Monday 26 August 2013

Sidang DUN Kedah, "Peberontak" Mahu "PAU" @MukhrizMahathir. #KEDAHAMANMAKMUR



Dikatakan yang pekerja-pekerja Insaniah Holdings Sdn Bhd akan berdemo depan Wisma hari ini untuk menuntut supaya kerajaan Negeri membayar gaji mereka yang tertunggak selama 3 bulan. Apa rasionalnya mereka meminta kerajaan Negeri membayar  gaji mereka tidak kita ketahui kerana mereka adalah sebuah syarikat sendirian berhad.


Maka adalah tugas besar CEO Insaniah Holdings memastikan gaji pekerjanya dibayar, bukan Kerajaan Negeri. 

Kita tahu yang kebanyakan pekerja Insaniah Holdings terdiri dari mereka yang memegang sekurang-kurangnya dua jawatan. Satu jawatan bergaji besar dalam Insaniah Holdings dan satu lagi jawatan dalam PAS yang tiada bergaji.

Secara terus-terangnya, mereka mendesak kerajaan negeri yang diterajui BN untuk membayar gaji pekerja parti PAS. 

Blog-blog dan portal Pro PAS memaparkan pelbagai isu yang remeh temeh tetapi  bakal memakan diri mereka sendiri. 

Isu yang besar yang sedang dimainkan oleh mereka ialah KUIN. Depa ni.. sebenarnya cuba nak tapau kerajaan Baharu Kedah... jer.. Kerja ngan orang lain.. tapi upah minta dengan orang macam "manusia" pun ada juga dalam dunia.. Wahai Macai PAS sudah-sudah "wat" kerja Kotor ni...

 

1 comment:

  1. Hat ni dari masa KUIN bawah Azizan & Jamil lagi dah macam caca-marba.. cer tengok kes kat bawah ni:

    Saya memang pening dengan pengurusan perkhidmatan KUIN dan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB);

    - Saya di berikan surat tawaran kerja oleh pihak KUIN pada 28 Februari 2011 dan surat tersebut telah ditandatangani oleh Pendaftar KUIN.
    - Di dalam surat tersebut termaktub bahawa saya akan diserapkan ke IHSB dan semua emolumen saya akan di bayar oleh pihak IHSB.
    - Apa yang pelik dalam pengurusan perkhidmatan saya ialah , sepanjang saya diserapkan oleh ke IHSB, pihak IHSB langsung tidak pernah mengeluarkan surat perlantikan saya berkhidmat di bawah IHSB.
    - Tiba-tiba apabila saya memaklumkan bahawa saya memohon untuk berhenti dalam tempoh sebulan saya terus diberhentikan oleh IHSB serta merta dalam 24 jam.
    - Sepatutnya mereka merujuk kepada pihak KUIN yang menawarkan pekerjaan kepada saya bukan memecat saya.

    Staf bongkar penyelewengan dan kelemahan pentadbiran KUIN di bawah Jamil diberhentikan 24 jam

    ReplyDelete