Sunday, 18 August 2013

Sunway Mentari "Syurga Dunia" ala Pekan Pattaya. #rakyatnews @Khalid_Ibrahim

Foto
WARGA asing yang dipercayai menjadi tukang urut menunggu pelanggan di kaki lima sejak tengah hari.

‘Bagai suasana pekan Pattaya’

Kawasan komersial dan kediaman di sekitar Sunway Mentari, di sini, tidak seluas mana tetapi kini umpama ‘neraka’ dunia bagi masyarakat setempat berikutan kewujudan pelbagai premis pelacuran, hiburan dan perjudian selain kekerapan berlaku jenayah.
Lebih membimbangkan, jumlah warga asing yang bekerja dan menetap di situ dikatakan melebihi penduduk tempatan.
Jika satu ketika dulu kawasan itu dipenuhi warga Afrika, kini keadaan bertambah teruk apabila turut menjadi tumpuan pendatang dari Indonesia, Thailand, China, Vietnam dan Filipina hingga terasa seolah-olah berada di luar negara.

Lebih memburukkan keadaan, kebanyakan warga asing terbabit dalam kegiatan tidak sihat seperti menjadi pekerja seks, tukang urut batin, pelayan pelanggan di kelab malam, aktiviti perjudian dan dadah, selain bekerja tanpa permit dengan menyalahgunakan pas pelancong. akhbar Metro Ahad


Dengan maklumat dan laporan yang meluas dari media, apakah pihak PBT di bawah Kerajaan Pakatan Haram Selangor tidak dapat berbuat sesuatu mengenainya ? 

Bukankah Unit Amal PAS itu ditubuhkan untuk memerangi perkara mungkar dan batil? Atau Unit Amal PAS memang bacul untuk menguruskan perkara sedemikian? Atau Unit Amal PAS takut nak kacau periuk nasi Cina DAP.

No comments:

Post a Comment