Sunday 25 August 2013

Detik Terakhir Sambutan #HariKoperasi13 yang berlasung #DataranDarul Aman, Jitra Kedah. @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir #KEDAHAMANMAKMUR






Setelah berlansung dengan jayanya pengangjuran Sambutan Hari Koperasi Negara 2013. Sambutan berlansung selama 3 hari berjaya mengumpulkan Lebih 40,000 koperasi di seluruh negara menyertai sambutan Hari Koperasi Negara yang diadakan di Dataran Darul Aman, Alor Setar, Kedah bermu 23 hingga 25 Ogos 2013.

Kini sambutan Hari Koperasi Negara melabuhkan tirainya setelah pelabagai koperasi yang berdaftar berkampung di Jitra ini.

Pameran galeri koperasi telah dibuka kepada orang ramai semasa sambutan HKN pada 23 hingga 25 Ogos 2013 yang akan membawa orang ramai menyusuri sejarah perkembangan gerakan koperasi dari dahulu hingga sekarang.

Berbagai acara menarik disediakan memeriahkan HKN tahun ini yang telah menerima kunjungan lebih. 40,000 pengunjung dari kalangan anggota dan bukan anggota koperasi. Sambutan tahun ini lebih istimewa kerana masih di dalam bulan Syawal dan kebetulan pula di dalam bulan kemerdekaan.

Selain daripada jualan dan ekspo produk koperasi dalam dan luar negara, diadakan persembahan kebudayaan daripada negeri-negeri, pertandingan tomoi Perlis dan pertandingan makan buah. Khidmat konsultasi serta klinik perniagaan berlandaskan koperasi untuk orang ramai yang berminat mengetahui dengan lebih mendalam tentang perjalanan koperasi juga disediakan.

Pada hari pertama 23 Ogos 2013, program Forum Perdana berlangsung dengan tajuk "Koperasi Pemangkin Kesejahteraan Rakyat". Ahli-ahli Panel bagi Forum Perdana ini adalah Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Zulkarnain Hamzah yang akan mengupas tajuk tersebut bersama-sama dengan Ustaz Fauzi Mustafa sebagai Moderator. Tidak ketinggalan juga persembahan nasyid daripada kumpulan Far East .

Acara perasmian telah diadakan pada 24 Ogos, pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah dari 14 booth mengikut negeri sempena Hari Raya. Ini diikuti dengan persembahan artis, Motor Show dan pertunjukan wayang kulit. Bagi acara kanak-kanak, turut diadakan aktiviti mewarna yang akan menceriakan lagi suasana.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment