Wednesday 28 August 2013

Bangsat & Pondan : @cmlimguaneng 'haramkan' tayangan #TandaPutera #Merdeka56 #1Malaysia @rakyatnews_my


Kerajaan negeri pimpinan DAP akan meminta pengusaha pawagam di negeri ini tidak menayangkan filem Tanda Putera dengan mendakwa ia mengandungi unsur-unsur sensitif dan fitnah yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu pemberita kerajaan negeri akan meminta kesemua pawagam di negeri ini supaya tidak menayangkan filem ini, yang dijangka akan mula ditayang di pawagam esok.

Tanda Putera ialah sebuah filem arahan Datuk Shuhaimi Baba yang dibintangi Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim.

Filem biografi bersejarah mengenai perdana menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya pada masa itu Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang berlaku sekitar masa selepas rusuhan kaum pada 1969.



Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir Chow Kon Yeow berkata pihaknya akan menulis surat kepada kesemua pengendali pawagam di negeri ini supaya tidak menayangkan filem ini.

Chow memberitahu pemberita beliau berharap kesemua pawagam di negeri ini akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dengan tidak menayangkan filem ini.

Dalam laporan sebelum ini, Suhaimi telah meminta masyarakat melihat filem ini sebagai filem yang membangkitkan rasa sayang kepada negara dengan mengekalkan keamanan yang ada dan bukannya menjadikan ia sebagai satu filem yang mendorong kepada perkara yang tidak harmoni.

Beliau berharap masyarakat dapat mengubah persepsi tentang filem ini dengan keluar menonton Tanda Putera kerana ia tidak seperti apa yang digambarkan sebelum ini.

Astro Awani

KK : Bangkitlah !! Bangkitlah Wahai Melayu Pulau Pinang...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment