Saturday 24 August 2013

Kisah di sebalik kehadiran TPM #HariKoperasi13 di DataranDarulAman Jitra Kedah. @MuhyiddinYassin @MukhrizMahathir #KEDAHAMANMAKMUR







Pakej Insentif kepada sektor koperasi di negara ini perlu dikaji semula supaya selaras dengan agenda transformasi negara dalam melonjakkan lagi sumbangan sektor itu kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya kerajaan mengutamakan kajian semula pakej insentif tersebut bagi memastikan koperasi terus diberikan peluang saksama untuk menceburi pelbagai bidang perniagaan yang baharu serta meningkatkan rantaian sedia ada.

Ini bertujuan memastikan gerakan koperasi turut sama menyumbang kepada agenda transformasi negara.

"Saya berpendapat sudah sampai masanya untuk Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengkaji semula pakej insentif yang ditawarkan kepada sektor koperasi," katanya pada majlis perasmian Hari Koperasi Negara 2013 di Dataran Darul Aman, Bandar Darul Aman.

Katanya hari ini koperasi memainkan peranan utama sebagai penjana pertumbuhan ekonomi. 

Sumber

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.


No comments:

Post a Comment