"Sifat orang yang berlilmu tinggi adalah merendahkan hari kepada manusia dan takut kepada Tuhan"
Kes menghina agama islm semakin menjadi-jadi dan ia semakin medapat perhatian daripada masyarakat yang amat prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh merosakan akidah dan boleh menganggu gugat perpaduan kaum.
Sepatutnya perkara sebegini perlu ditanggani oleh pihak yang mempunyai ilmu serta kepentingan mencorakan perpduan kaum di Malaysia. Tetapi lain pulak yang berlaku keatas pembikin video kontrovesi seorang lelaki meraikan Aldilfitri bersama anjing.
Mahu betulkan akidah, Latifah Koya tuduh JAKIM berniat jahat.
Kedua-dua peguambela pelatih anjing, Maznah Mohd Yusof, 38
mendakwa kenyataan kerajaan yang mencadangkan wanita berkenaan dipulihkan
akhlaknya sebagai perkara yang berniat jahat dan tidak berasas."Kenyataan
tersebut berniat jahat, tidak berasas dan berat sebelah kepada hak perundangan
Chetz (Maznah) yang ketika ini dalam siasatan.
"Ia jelas menunjukkan pihak berkuasa meneruskan serangan
tidak adil mereka dan propaganda ke atas Chetz," menurut N. Surendran dan
Latheefa Koya dalam satu kenyataan media hari ini.
Semalam, Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan agar
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil peluang membimbing dan
memulihkan akhlak Maznah yang kini menjadi kritikan ekoran video memaparkan
dirinya bersama tiga ekor anjing yang menyambut hari raya di YouTube baru-baru
ini.
Dalam pada itu, Surendran dan Latheefa berkata, anak guamnya itu
masih belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan dan sikap menghakimi
sesuatu perkara sebelum diputuskan di muka pengadilan telah menafikan hak asasi
Maznah untuk membela diri.
"Timbalan Menteri berkenaan, Jabatan Perdana Menteri dan
Jakim perlu tahu Maznah belum didapati bersalah atas sebarang kesalahan.
"Apakah asas Maznah dikritik atas tingkah lakunya? Ini
menunjukkan kerajaan dan Jakim bertindak sebagai hakim, juri dan pendakwa tanpa
Maznah diberi peluang untuk membela dirinya," tulisnya lagi
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment