Filem Tanda Putera mengisahkan persahabatan antara Tun Razak
dan Tun Dr Ismail sejak tercetusnya tragedi 13 Mei 1969
Penerbit
dan pengarah, Datin Paduka Shuhaimi Baba yakin filem arahannya berjudul Tanda Putera mampu menarik minat penonton apabila
ia ditayangkan pada 29 Ogos ini walaupun telah beberapa kali ditunda
penayangannya.
Shuhaimi
berkata, pihaknya telah melakukan beberapa promosi dan menyusun strategi
pemasaran bagi memastikan filem berkenaan akan dapat diterima oleh orang ramai.
"Benar
filem ini hampir dua tahun terperap kerana ditunda namun itu telah melemahkan
semangat kami di pihak produksi malah gembira dengan pengumuman tarikh tayanganTanda
Putera.
Jom Promo Filem Melayu ini :-
"Kami
akan memulakan strategi pemasaran dan promosi filem ini seperti mana dilakukan
dulu supaya dapat menarik orang ramai keluar menonton filem ini nanti,"
jelasnya kepadamStar Online.
Shuhaimi
ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat filem berkenaan di Makam
Pahlawan, Masjid Negara di sini pada Sabtu.
Dalam
perkembangan sama, Shuhaimi berkata, tidak sukar untuk mengembalikan momentum
filem berkenaan dikalangan penonton kerana menerusi satu kajian orang ramai
masih menyedari kewujudan Tanda
Putera yang ditunda
penayangannya.
Malah
kata Shuhaimi, rata-rata ada yang tidak berpuas hati ia ditunda dan masih
menunggu tayangan filem berkenaan di pawagam.
"Ramai
yang masih belum lupakan filem berkenaan walaupun ia telah beberapa kali
ditangguhkan daripada ditayangkan di pawagam sebelum ini dan ada yang marah kerana
dengan kelewatan itu.
"Dalam
kajian selidik yang kami lakukan penonton masih menyedari kewujuduan filem ini
dan dengan strategi pemasaran yang betul Insya-Allah akan menarik orang ramai
menonton," katanya.
Tanda
Putera memaparkan
kisah Perdana Menteri kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun
Dr. Ismail Abdul Rahman berusaha memulihkan negara susulan peristiwa pergaduhan
antara kaum pada tahun 1969.
Filem
yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh jemaah
Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan
terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik
di kalangan berbilang kaum masyarakat negara ini.
Tanda
Putera yang
dibarisi pelakon Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai, Linda Hashim, Norman
Hakim, Kavita Sidhu dan Riezman Khuzaimi itu diterbitkan Pesona Pictures Sdn
Bhd dan Finas dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC).
No comments:
Post a Comment