Tuesday 18 February 2014

Guru Terima Ugutan Rogol Daripada Seorang Murid Tahun Tiga. @MuhyiddinYassin


Seorang guru di Kedah mendakwa menerima ugutan rogol daripada seorang murid Tahun Tiga.
Murid lelaki dari SK Lanai menghubungi guru wanita itu dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi: "Cikgu, tunggu saya akan rogol anda, tidak lama lagi."
Rakan kepada guru tersebut yang menghubungi pejabat The Star di sini berkata, ugutan dari murid tersebut amat mengejutkan sekolah di Kupang yang terletak kira-kira 6km dari bandar Baling dan seluruh negeri itu.
"Dia (guru) trauma kerana anak muridnya berani membuat ugutan seperti itu," kata rakan mangsa, guru berusia 29 tahun dari Alor Gajah di sini yang kini mengajar di sekolah terbabit.
Murid lelaki itu didakwa bertindak mengancam guru tersebut kerana ingin mempertahankan seorang rakannya yang tidak dilantik sebagai ketua kelas.
Guru berusia 39 tahun itu berada di rumahnya di Bandar Putri Jaya, Sungai Petani, ketika menerima ugutan tersebut kira-kira pukul 10.30 malam, 13 Februari lalu.
Beliau yang dalam keadaan ketakutan meminta suaminya untuk memeriksa siapa yang menghubunginya dan mendapati panggilan itu dibuat oleh seorang kanak-kanak lelaki.
Suaminya turut menghubungi nombor tersebut semula dengan menggunakan telefon awam dan seorang lelaki dipercayai berusia sekitar 30-an menjawab panggilan itu.
Lelaki itu kemudiannya mengaku anak saudaranya telah menggunakan telefon bimbit miliknya.
Dia turut memberitahu akan menghukum kanak-kanak lelaki itu dan melaporkan perkara tersebut kepada ibu bapanya.
Guru itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis Kuala Muda pada 14 Februari lalu.
Perkara itu disahkan oleh seorang pegawai kanan polis.
Ketika dihubungi, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai pembantu kanan di sekolah rendah itu berkata, mereka telah meminta ibu bapa kanak-kanak lelaki itu datang ke sekolah tersebut hari ini (Isnin).
"Kita ingin mengenal pasti apa yang mendorong kanak-kanak itu untuk membuat ancaman tersebut kepada gurunya dan sama ada kanak-kanak itu memerlukan bantuan psikiatri," katanya.
Kanak-kanak lelaki itu turut diberitahu tidak hadir ke sekolah pada Ahad.-mstar 

No comments:

Post a Comment