Pada 05/02/14 jam lebih kurang 5.30 petang semasa Zainal
(mangsa) pulang dari kerja bersama seorang rakannya yg dikenali sebagai
Iman,mangsa dan Iman ada minum minuman keras sebanyak 5 tin.
Kemudian Iman telah mengajak mangsa ke
rumah Mayling di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, bertujuan untuk meminta hutang
ayah Iman sebanyak Rm 300 drp Mayling.Semasa tiba di hadapan rumah Mayling,
Iman telah meminta hutang tersebut kepada Mayling. Mayling bersetuju
dan terus masuk ke dalam rumah manakala mangsa bersama rakannya menunggu di
luar rumah.
Tidak lama kemudian Mayling telah
keluar dengan membawa sebilah parang panjang dan terus mengejar mangsa dan
Iman. Mangsa dan Iman telah melarikan diri namun mangsa telah ditetak di
pergelangan tangan kiri.
Kemudian mangsa di bawa oleh penduduk
kampung ke Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan seterusnya di bawa ke Hospital Umum
Kuching kerana mengalami kecederaan parah dan ditempatkan di wad
kecemasan.Hasil pemeriksaan doktor menyatakan semasa menerima mangsa, mangsa
dalam keadaan putus pergelangan tangan kiri, namun keadaan mangsa stabil.
Menurut doktor, Kecederaan mangsa
berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu alat/ senjata tajam yg berukuran panjang
lebih kurang 2 kaki.
Sumber Gambar - DTR FB Group & tENGOK tvoNLINE
No comments:
Post a Comment