Friday 21 February 2014

ALHAMDULILAH !! #Terimakasih Kerajaan Malaysia WANG #BR1M3.0 SUDAH MASUK KE AKAUN . @NajibRazak #JanjiDiTepati #BR1M





Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank bertujuan memudahkan urusan pemindahan wang kepada penerima bantuan kerajaan itu. Mengikut jadual bantun BR1M akan di kreditkan pada 22 Feb, Al-Hamdullilah hari ini 21 Feb pun ramai rakyat MALAYSIA sudah menerima bantuan rakyat ini... 

"Sebelum ini, penerima BR1M perlu menunggu lama dan beratur panjang untuk menerima wang BR1M sehingga menyebabkan keadaan tidak selesa, sehubungan itu, kabinet telah sebulat suara meluluskan pemberian BR1M 3.0 kali ini disalurkan terus kepada penerima menerusi akaun bank tanpa melalui pelbagai prosedur yang menyusahkan.

Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia. Penyaluran wang bantuan itu secara terus kepada penerima adalah membuktikan keikhlasan kerajaan membantu rakyat dalam meringankan beban kos sara hidup dan untuk memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa sistem urusan kerajaan dan urusan perbankan adalah cekap dan amanah.



No comments:

Post a Comment