Thursday 20 February 2014

LAGI KES TEMBAKAN BERLAKU DI KULIM KEDAH. @BuletinTV3




Semakin menjadi-jadi pula jenayah berat seperti pembunuhan khususnya yang melibatkan senjata api. Mangsa tak mengira status, asalkan ada motif oleh pihak yang berdendam atau upah, Pastinya melibatkan nyawa yang melayang.

Kulim 20/02/14 - Satu kejadian tembak telah berlaku di lampu isyarat Kilang Inokom Kulim kira-kira pada pukul 9.00 pagi tadi dan seorang  pemuda berbangsa India berada dalam keadaan kritikal setelah terkena tembakan jarak dekat.

Menurut saksi kejadian yang juga teman wanita mangsa, kejadian berlaku dalam perjalanan saksi membawa mangsa menaiki sebuah motorsikal jenis Honda EX5 untuk mendapat rawatan susulan di Hospital Kulim.


Ketika sampai dihadapan kilang Inokom Kulim, sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang dinaiki 2 suspek lelaki India telah menghimpit motosikal yang dinaiki mereka dan melepaskan 5 atau 6 das tembakan ke arah mangsa. Apabila saksi memberhentikan motorsikal dia melihat mangsa sudah terjatuh tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal telah pun dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapat rawatan. Pihak Hospital mendapati terdapat empat kesan tembakan dibeberapa anggota badan mangsa.

Dalam siasatan awal pihak polis ditempat kejadian. Pihak Polis telah menemui dua kelongsong peluru jenis S&B 9x19 dan Thai Arms 9mm.

Sehingga kini pihak Polis masih lagi menyiasat secara terperinci kejadian tersebut dan menggenal pasti dua suspek yang menaiki motorsikal Yamaha 135LC  yang melepaskan tembakan kepada mangsa.

Sentisa berwaspa dan berhati-hati membawa diri.... undang-undang yang lebih berkesan untuk menangani kes tembak yang semakin berleluasa digubal. perlu merangka undang-undang untuk membenarkan pihak polis menahan suspek tanpa dibicara seperti Ordinan Darurat 1969 yang dimansuhkan pada 2011 kerana undang-undang seperti itu perlu ada dalam menjamin keselamatan rakyat, a merupakan langkah yang berkesan dalam menangani jenayah berat, terancang dan berkumpulan


No comments:

Post a Comment