Thursday 13 February 2014

Kisah Maya : Mahfuz Kantoi Malam Jumaat di Papua New Guinea !! @MukhrizMahathir


Malam Mencekam Kisah ini bermula ketika 2008, Banyak yang mengikuti kisah ini.. jadikan "kes" ini tauladan buat pemimpin lain...


4 tahun SPRM siasat, masih tak tahu punca. Belum lagi dakwa dimahkamah! Kalau masuk mahkamah, mau 10 tahun kes ni dok tangguh-tangguh.


Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memulakan siasatan berhubung dakwaan kes penyelewengan pelaburan balak oleh Kerajaan PAS di Papua New Guinea.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata siasatan itu perlu dibuat supaya rakyat Kedah mengetahui intipati berkaitan salah guna kuasa yang berlaku semasa zaman pentadbiran Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah.

Menurutnya, perjumpaan dengan SPRM itu bagi menyahut cabaran Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri sekarang, pimpinan Barisan Nasional dan UMNO mencari sebarang salah laku kuasa semasa Kedah diperintah Pas.

"Pada 2012, Pemuda Gerakan Kedah telah membuat laporan berkaitan isu balak ini tetapi sehingga sekarang masih dalam siasatan, jadi kita minta SPRM ambil tindakan segera berkenaan isu balak di Papua New Guinea yang telah mengalami kerugian sebanyak RM13.49 juta," katanya kepada pemberita di Pejabat SPRM di sini hari ini.


Beliau berkata pada 12 Okt 2008, Kedah Corporation Berhad (KCB) anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) telah menandatangani Perjanjian Penjualan Saham dengan MAS Incorporated (Papua New Guinea) Ltd (MAS) dengan membeli 70 peratus saham dalam syarikat tersebut.

Pada 18 Okt 2012, Pemuda Gerakan Kedah telah meminta menteri besar ketika itu (Azizan) memberi penjelasan berhubung projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang mengalami kerugian kira-kira RM13.49 juta.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara (2011), kerajaan Kedah mengalami kerugian dalam projek pembalakan dan perladangan yang didaftarkan di negara itu.

"Mahfuz berkata tiada sebarang salah laku pada zaman pemerintahan Pas tetapi di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa mereka telah menyalah guna tadbir urus kerana tidak melakukan perbincangan sebelum membuat pelaburan balak itu," kata Shaiful Hazizy.-

Ini baru permuluaan edisi londeh !! kita tak aibkan sapa-sapa tetapi si Mahpus been yang lontar kita tangkap... so kepada mahpus n geng.. stanby...

No comments:

Post a Comment