Showing posts with label pas kedah pembohong. Show all posts
Showing posts with label pas kedah pembohong. Show all posts

Thursday, 13 February 2014

Kisah Maya : Mahfuz Kantoi Malam Jumaat di Papua New Guinea !! @MukhrizMahathir


Malam Mencekam Kisah ini bermula ketika 2008, Banyak yang mengikuti kisah ini.. jadikan "kes" ini tauladan buat pemimpin lain...


4 tahun SPRM siasat, masih tak tahu punca. Belum lagi dakwa dimahkamah! Kalau masuk mahkamah, mau 10 tahun kes ni dok tangguh-tangguh.


Pergerakan Pemuda UMNO Kedah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah memulakan siasatan berhubung dakwaan kes penyelewengan pelaburan balak oleh Kerajaan PAS di Papua New Guinea.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata siasatan itu perlu dibuat supaya rakyat Kedah mengetahui intipati berkaitan salah guna kuasa yang berlaku semasa zaman pentadbiran Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai Menteri Besar Kedah.

Menurutnya, perjumpaan dengan SPRM itu bagi menyahut cabaran Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri sekarang, pimpinan Barisan Nasional dan UMNO mencari sebarang salah laku kuasa semasa Kedah diperintah Pas.

"Pada 2012, Pemuda Gerakan Kedah telah membuat laporan berkaitan isu balak ini tetapi sehingga sekarang masih dalam siasatan, jadi kita minta SPRM ambil tindakan segera berkenaan isu balak di Papua New Guinea yang telah mengalami kerugian sebanyak RM13.49 juta," katanya kepada pemberita di Pejabat SPRM di sini hari ini.


Beliau berkata pada 12 Okt 2008, Kedah Corporation Berhad (KCB) anak syarikat milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) telah menandatangani Perjanjian Penjualan Saham dengan MAS Incorporated (Papua New Guinea) Ltd (MAS) dengan membeli 70 peratus saham dalam syarikat tersebut.

Pada 18 Okt 2012, Pemuda Gerakan Kedah telah meminta menteri besar ketika itu (Azizan) memberi penjelasan berhubung projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea yang mengalami kerugian kira-kira RM13.49 juta.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang berkata berdasarkan laporan Jabatan Audit Negara (2011), kerajaan Kedah mengalami kerugian dalam projek pembalakan dan perladangan yang didaftarkan di negara itu.

"Mahfuz berkata tiada sebarang salah laku pada zaman pemerintahan Pas tetapi di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa mereka telah menyalah guna tadbir urus kerana tidak melakukan perbincangan sebelum membuat pelaburan balak itu," kata Shaiful Hazizy.-

Ini baru permuluaan edisi londeh !! kita tak aibkan sapa-sapa tetapi si Mahpus been yang lontar kita tangkap... so kepada mahpus n geng.. stanby...

Wednesday, 5 February 2014

PANAS !! Baru 4 Tahun Rompak ? Mampukah Kerajaan Negeri mengharamkannya." #HanyaDiKedah @BuletinTV3






Macam mana kerajaan Kedah nak benarkan 3000 hektar lagi balak untuk ditebang!! Kalau tak bagi, dah tentu salah dari segi undang-undang, kerana projek itu sudah diluluskan!

 
Contohnya seperti projek di Gunung Inas. Pas lulus projek Ladang Sejahtera 5000 hektar. Pada zaman Pas ianya baru tebang 2000 hektar. Sekarang projek itu dihentikan atas arahan MB Kedah. Kalau mengikut perjanjian, sebanyak 3000 hektar lagi balak akan ditebang!!

Inilah hasil yang rakyat khususnya dikawasan baling terpaksa terima selepas memberi Pas memerintah selama sepenggal..Baru sepenggal perintah tapi kesannya seperti 40tahun.




Baca keterangan dari Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah,
Kelulusan tender dan konsesi aktiviti pembalakan dibuat oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pas sebelum ini.

Pengarah Jabatan Perhutanan Kedah, Ku Azmi Ku Aman berkata, kelulusan itu diberikan kepada syarikat pembalakan secara berperingkat manakala pengeluaran beberapa lesen operasi termasuk di kawasan hutan Padang Terap dikeluarkan beberapa bulan lalu.

Beliau berkata, pemberian lesen operasi mengeluarkan balak itu mengambil masa sehingga setahun setengah sebelum sesebuah syarikat dibenarkan menjalankan aktiviti pembalakan.

“Kelulusan konsesi adalah berbeza dengan pengeluaran lesen iaitu kelulusan diberikan lebih awal sebelum lesen dikeluarkan.

“Kita mengambil masa agak lama untuk keluarkan lesen kerana prosesnya membabitkan kerja mengenal pasti kawasan (tanah) serta menanda pokok yang boleh ditebang (matang),” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Hadir sama Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim dan Adun Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Katanya, pihaknya tidak boleh menyekat pengeluaran lesen kepada syarikat balak selepas tender diluluskan.

Bagaimanapun, ia akan memastikan prosedur yang ketat agar pembalakan berlaku secara terancang dan sistematik bagi mengurangkan kesan alam sekitar mengikut akta ditetapkan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembalakan yang berlaku di kawasan hutan simpan hanya membabitkan hutan simpan pengeluaran dan bukan hutan simpan perlindungan.

Menurutnya, terdapat 300,000 hektar kawasan hutan simpan bagi seluruh negeri manakala hutan simpan pengeluaran 180,000 hektar.

“Daripada keluasan itu, hanya 2,800 hektar dibenar untuk dilesenkan. Ini yang berbeza dengan kelulusan. Kelulusan banyak tapi yang dilesenkan tidak banyak.

“Ia dilakukan secara terkawal iaitu mengamalkan sistem penebangan terpilih dengan kriteria ditetapkan di samping mematuhi syarat iaitu perlu memperoleh sijil Malaysian Criteria and Indicator untuk mengeksport kayu hidup,” katanya.

Ditanya kemungkinan wujud penyelewengan di peringkat proses kelulusan, Ku Azmi berkata, perkara itu tidak berlaku kerana pihaknya mengambil semua permohonan dan kerajaan negeri memberi kelulusan atas cadangannya.

“Dari perspektif jabatan, penyelewengan tidak berlaku kerana setiap permohonan dikenakan premium RM12,000 sehektar. Setiap permohonan yang dibuat perlu disertakan dengan premium sebelum diluluskan,” katanya.

Sementara itu, kira-kira 80 peratus hutan di negeri ini adalah kawasan hutan terpulih yang melalui proses penebangan 30 tahun lalu.

“Aktiviti pembalakan yang dilakukan terhadap hutan di sini mengikut sistem giliran iaitu 30 tahun sekali. Jika ikut statistik, purata pertumbuhan pokok satu sentimeter (cm) setahun, kalau 30 tahun bermakna 30 cm pertumbuhan.

“Pertumbuhan itu jika ditambah saiz yang sedia disimpan iaitu 50 cm akan menghasilkan saiz pokok sudah matang,” katanya.

 SUMBER : Dosa Balak Pas 

Saturday, 23 March 2013

Panas !!! Siapa Ahli PAS yang buat Azizan "kecut Teloq". #TukarKedah @hmetromy


Panas !!! lagi kem MB kita ini sebelum menjelang PRU13 nampaknya azizan razak terpaksalah berulang alik ke KMC untuk berubat. kehhhh kehhh ini angkara beberapa orang musuh dalam selimut yang mengatur dan menyusun pelbagai strategi untuk menjatuhkan MB kedah yang juga pesuruhjaya PAS kedah ini.
Berita ini jiga salah satu penyebab yang akan membuatkan Azizan Razak kesakitan "berdenyut-denyut". Keikhlasan kerajaan pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) membantu menyelesaikan masalah rakyat membuka hati 72 anggota dan penyokong PAS Taman Tunku Yaakob, Alor Mengkudu di sini, menyertai Umno.
Kata mereka kegagalan PAS dan pemimpinnya membantu mereka selain terlalu taksub untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 sehingga mengabaikan pelbagai isu lain yang berkaitan Islam menyebabkan mereka tawar hati terhadap parti itu.
"Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan sekali-kali menganiaya rakyat namun terpulang kepada individu untuk berfikir dan menilai niat baik kerajaan BN," kata wakil mereka, Ahmad Man kepada pemberita di sini, Sabtu.
Beliau bersama yang lain sebelum itu menyerahkan borang keanggotaan Umno kepada Pengerusi Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah. Hadir sama Anggota Parlimen Alor Setar Datuk Seri Chor Chee Heung yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Penduduk taman pernah memohon bantuan untuk warga emas, ibu tunggal dan anak yatim namun sehingga hari ini tiada apapun disumbangkan kerajaan negeri," katanya. Menurut Ahmad, 47, Anggota Dewan Undangan Negeri Alor Mengkudu yang juga exco kerajaan negeri Datuk Dr Ismail Salleh juga tidak pernah melawat kawasan mereka apatah lagi menunaikan janji semasa pilihan raya terdahulu.
Bagi anggota PAS seumur hidup, Mohd Ridzuan Abdul Wahab, 32, beliau sedih dengan sikap pemimpin PAS yang gagal membela isu seperti penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam dan juga Kolej Universiti Insaniah.
"Kelemahan PAS ini menyebabkan saya hilang keyakinan kemampuan pemimpin-pemimpinnya termasuk di peringkat pusat membela kepentingan umat Islam," katanya menambah mereka akan membantu Umno merampas kembali Kedah daripada pembangkang.
Mohd Ridzuan juga tidak gentar berhadapan tindakan pulau oleh anggota PAS lain.
Sementara itu Ahmad Bashah berkata tindakan bekas anggota dan penyokong PAS keluar parti bukan gimik yang direka oleh Umno.
"Umno tidak terlibat dalam kes ini. Ia adalah kemahuan mereka. Kita akan bantu mereka cawangan Umno Taman Tunku Yaakob dalam masa terdekat bagi memenuhi permintaan mereka," katanya. -BERNAMA

P/S : sedih dan sadis melihatkan apa yang berlaku kepada Azizan Razak, tapi apakan daya itu semua salah "KAU" juga....

Sunday, 17 March 2013

Pemberotakan di Kedah sudah sehebat Isu #LahadDatu.



Apakaitan Bendera hitam dengan Isu Penculikan  Dato' IR Phahrolrazi Zawawi. Semalam berlaku pertelingkahan di anatara Puak peberontak IR Phahrilrazi dan penyokong kuat MB kedah Azizan Razak.Phahrolrazi dihalang oleh penyokong pro MB Kedah supaya tidak berceramah kerana tidak mahu dia merosakan majlis dan ceramah Pas tersebut.



Menurut sumber, Bendera hitam yang tidak mempunyai lambang merupakan bendera dari kem MB Kedah, Azizan Razak. Azizan di katakan, mengarahkan pengikUtnya memasang dan menaikan bendera Hitam kerana beliau tidak mahu merosakan imej parti jika mnggunakan bendera asal PAS. licik juga otak orang tua ini, Bendera itu juga melambangkan memberi isyarat kepada penolakan Terhadap Mat Sabu di Pendang & Kuala Kedah.


Bendera ini dipasang atas dasar penolakan terhadap fahaman syi'ah yang dibawa oleh Mat Sabu. Pemasangan bendera hitam dan beberapa banner anti Mat Sabu ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan pro-MB yang menolak Mat Sabu yang kini semakin rapat dengan Dato' IR Phahrolrazi Zawawi.



Keakrabkan yang ditonjolkan Mat Sabu dan IR Phahrolrazi mengusarkan Azizan Razak. Tu... La azizan semua salah Hang... dik manja & beri muka sangat kat exco hang tu... kan tak pasal-pasal depa dok jolok hang turun.....

S

Thursday, 14 March 2013

Ini Bukan kes #LahadDatu : Awas !! Bendera "Pemberontak " di kesan di Kedah. #TukarKedah.



Setelah lambang PAS bulan sabit diharamkan, parti ini mengambil lambang bulan purnama penuh. Benderanya juga diterterakan bulan purnama hijau seperti yang ada hari ini.
 
Apa MAKNA semua ini ? Jom kita fikirkan mengapa Bendera rasmi PAS yang berwarna hijau putih di gantikan dengan hitam Putih. Sebelum bejuang pun PAS dah sanggup 'melacurkan' lambang perjuangan parti sediri.

Inikan pula, nak membenarkan dan memberikan undi kepada puak PAS ? Fikir-fikirkan lah wahai pengundi sekalian.


KK ingatkan, Kejadian pelik ini berlaku di Kawasan Baling sahaja, rupanya "Virus Azizan" dah merebak keseluruh pelusuk negeri Kedah. "Virus Azizan" atau lebih dikenali "anti Azizan razak" di pelepori oleh Orang kanannya juga EXCO kerajaan negeri Kedah....KK malas nak story panjang-panjang cerita ini. semua dah boleh agak dah sapa dia.



Rupanya tindak menaikan bendera PAS hitam Putih, adalah tindakan yang disengajakan bertujuan untuk rasa ketidakpuasan hati Penyokong PAS kepada Pesuruhjaya PAS kedah itu yang juga menteri besar Kedah. Azizan Razak di Kritik hebat apabila banyak tindakan serta keputusan yang di buatnya merugikan PARTI PAS sendiri. 


Azizan juga, GAGAL melaksanakan projek yang di janjikan dalam manifesto. dia juga tidak mampu mentadbir negeri malahan kegagalanya dalam menangani ISU ISANIAH sehinggakan Pentadbiran di ISANIAH lumpuh.

menurut sember lagi, "Tindakan "memboikot" Azizan akan terus kedengarkan sehingga lah PRU13, akan ada lebih banyak lagi peti Undi serta Markaz PAS di negeri Kedah akan ditutup. Rupanya musuh azizan dalam PAS ini banyak ????

Saturday, 8 December 2012

Gempar !! Apa Kes Masyarakat cina tunjuk perasaan. #TukarKedah


Al-Kisah pergolakan terbaru yang berlaku di Kedah. sehingga Masyarakat cina sanggup turun berdemo bersama penduduk lain demi mempertahan hak serta sumber rezeki mereka yang di tutup dan dirampas oleh sebuah Syarikat pengorek Pasir. Dimana hendak mereka merayu dan meminta pertolongan.... Jom ikuti kisah nya.



Baca selanjutnya kat [ sini ]





Wednesday, 31 October 2012

Upacara menakjubkan dari PAS kedah #TukarKedah





Hahahahh.... mAKIN tAKBUR PULAK PUak PAS.... 




Memang terbaiklah azizan... yang mudah "dilembukan" oleh orang kepercayaan beliau sendiri. Macamana kerajaan negeri Kedah NAK SEMBUNYI lagi tentang Projek Lembu..lah Lembu.... Nak sangat sangat main dengan lembu, 


Beberapa Ahli Parlimen penyokong kerajaan hari ini membidas pembangkang kerana cuba 'menutup mata' terhadap isu lembu di Kedah walaupun perkara itu dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010-2011.

Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) berkata laporan itu menyatakan kerajaan Kedah membelanjakan RM1 juta untuk mengimport dan membela lembu dari Australia.

"Skandal ini sama seperti NFC (National Feedlot Corporation ) tetapi kita tidak nampak pula ia dibawa oleh pembangkang. Ada yang mengatakan RM1 juta itu satu jumlah tetapi kalau dibandingkan dengan ekonomi Kedah, sudah tentu RM1 juta itu adalah besar.

"Saya ingin terangkan skandal RM1 juta ini jika dibandingkan dengan peratusan terhadap Bajet Kedah yang bernilai lebih kurang RM1 bilion, ia kira-kira 0.1 peratus.

"NFC kalau dibandingkan dengan Bajet kerajaan Persekutuan juga hanya lebih kurang 0.1 peratus. Adakah `double standard' di mana pembangkang mengkritik NFC tetapi pada masa yang sama menutup mata kepada satu skandal `cowgate' di Kedah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Hamim Samuri (BN-Ledang) mengenai Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 pada persidangan Parlimen di sini, hari ini.

Hamim pula yang turut bersetuju mengenai sikap berat sebelah itu berkata laporan audit itu bukanlah satu hukuman tetapi ia lebih kepada penemuan untuk siasatan di peringkat kementerian bagi menambah baik mana-mana kekurangan.

Sementara itu, Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) bertanya sama ada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mempunyai pilihan negara pengimport lembu lain jika Australia menyekat bekalan lembu sekiranya tidak mengikut piawaian yang ditetapkan negara itu.

Beliau berkata berikutan pelaksanaan sistem Jaminan Rangkaian Pembekal Pengeksport (ESCAS) oleh Australia berhubung pengeksportan lembu dari negara itu, ia seolah-olah ada ancaman bahawa negara itu akan menyekat pengeksportan bekalan lembu.

"Jika ia sekat apa pilihan kita, ini penting untuk sempurnakan tuntutan agama (ibadah korban). Apakah kita hanya bergantung kepada Australia, New Zealand...apakah kita tidak boleh bergantung kepada India, Vietnam, Kemboja, Indonesia," katanya yang membahaskan rang undang-undang sama. - BERNAMA


Friday, 26 October 2012

Bodoh sombong pentadbiran PAS Kedah bikin rakyat sengsara. #TukarKedah.


Kerajaan Kedah Patut Rujuk MITI Dahulu Sebelum Melabur Di Papua New Guinea - Mukhriz

ALOR SETAR, 25 Okt - Kerajaan Kedah sepatutnya merujuk kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum mengambil keputusan untuk membuat pelaburan pembalakan di Papua New Guinea (PNG) yang kemudian mengalami kerugian.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata sungguhpun bukanlah satu peraturan untuk mana-mana kerajaan negeri merujuk kepada MITI sebelum membuat pelaburan luar, tetapi lebih baik sekiranya mereka berbuat demikian.

"Ada antara mereka yang berbuat demikian atas inisiatif sendiri. Amalan terbaik adalah untuk memaklumkan kepada kami kerana kami boleh beri nasihat sama ada rakan kongsi itu adalah rakan kongsi yang tepat atau tidak. Sama ada ini adalah perniagaan yang sebenar atau sebaliknya.

"Ini bukanlah untuk campur tangan tetapi setidak-tidaknya untuk mengelak perkara seperti ini daripada berlaku. Kami hanya dapat tahu selepas laporan audit diumumkan," katanya selepas merasmikan 'Oblong Port' di Menara Alor Setar di sini Khamis.

Laporan Audit 2011, yang dikeluarkan baru-baru ini, menyebut bahawa Kedah Corporation Berhad (KCB), sebuah anak syarikat Menteri Besar Incorporated, membeli 70 peratus saham dalam MAS Incorporated (PNG) Ltd bernilai RM31.21 juta untuk membangunkan dua kawasan seluas 114,429 hektar di Papua New Guinea, tetapi dihentikan oleh lembaga pengarah KCB pada 1 Mac tahun lepas.- BERNAMA


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 23 October 2012

PANAS !!! LAGI BLOGGER PAS KEDAH DILONDEH SAMPAI NAMPA "ANU'. #TukarKedah




Inilah akibatnya jika.. nak berhujah tanpa fakta.. Bolgger tersebut yang amat 
terkenal dan popular dikalangan pemuja-pemuja PAS serta pencacainya. 
IKUTI  PEMBONGKARAN LEBIH BERFAKTA DARI BOLGGER MEDAN TEMPUR

Pertama sekali aku ingin ucapkan terima kasih selagi kepada barisan blogger 

Pas Kedah @Kedahla yang aku tau selama ni memang panas hati dengan 
geng geng TMK termasuk aku sebab sebelum ni aku banyak kali dah dedah 
siapa tulang belakang disebalik blog tu klik sini ..

Sampai ostolia depa pi..sakan sungguh
Tapi macam biasalah, puak puak militan ni nama ja Islam, padahal perangai
serupa setan jugak..Buat salah tapi tak mau mengaku last2 tuduh orang
lain fitnah depa...Bila kantoi balah dalam Facebook mula lah block sebab
takmau tanggung malu dengan soalan soalan panas yang akan ditanya..

Lepas aku bongkar siapa pemilik blog Kedahla, si Zulkifli Yahaya yang juga
Timb YDP Pas Alor Star merangkap ketua unit Urusetia Penerangan Pas Kedah
terus block aku dalam Facebook..






Kali ni giliran setpol MB pulak si sanusi setpol..Pada mulanya masa TMK main
isu Gunung Inas dan Bukit Kachi Sintok dia dah unfriend aku sebabnya tak boleh
nak jawab beberapa soalan dalam FB..Tapi aku masih boleh buka tengok Status
facebook dia..Kemuncaknya beberapa hari lepas masa dia keluar kenyataan
pasal kerugian projek Papua New Guinea di Facebook..Baca kat bawah ni 

Beberapa fakta berkaitan kes Kedah Corp Berhad (KCB) dan perniagaannya
di Papua New Guinea (PNG) dan 99 East Langkawi (2007).

1. Kerugian perniagaan berjumlah RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah
adalah kos pengurusan perniagaan dalam beberapa aktiviti dan kos pengurusan
 pinjaman, bukan penyelewengan atau rasuah. 

2. RM134 juta (USD44 juta) ialah jumlah pinjaman yang dibuat oleh KCB
dengan Capital Investment Agency untuk membiayai mengambilalihan 70%
kepentingan dalam Mas Incorporated (PNG) Ltd. yang berjaya memperolehi
 kawasan pembalakan di PNG. Ia juga bai membiayai aktiviti lain KCB. Pinjaman
ini telah dibatalkan pada Januari 2010 setelah Jawatankuasa penilaian yang dilantik
oleh MBI mendapati ia akan menambahkan beban dan risiko kepada syarikat.

3. Pinjaman ini tidak mendapat kelulusan lembaga pengarah KCB, tidak
dimaklumkan kepada Lembaga Penasihat MBI dan perjanjian perniagaan tidak
dibawa untuk penelitian Penasihat Undang-undang Negeri.

4. Pelaburan perniagaan di PNG ditamatkan di pertengahan jalan untuk mengelak
risiko yang lebih besar.

Lalu aku pun sempat jugak komen 2,3 soalan pasal projek kat PNG tu sebelum dia
block aku





Tengok jawapan last sekali dia kata projek ni projek jangka panjang bukan macam 
berniaga goreng pisang..Hahahaha ayat defend tahap bodoh keluaq dari otak setpol..

sah, si sanusi ni takdak kote, kalau berani nak berhujah takpayah lah block
Bro, aku nak tanya hang, kat atas tu pun hang tulis Kerugian perniagaan berjumlah
RM6.4 juta yang dialami oleh KCB adalah adalah kos pengurusan perniagaan dalam
beberapa aktiviti dan kos pengurusan pinjaman kan ??

1) Kat bawah ni kah termasuk dalam kos pengurusan ??


Kesemua tuntutan yang dibuat tidak munasabah dan tanpa dokumen lengkap..



2) Kenapa KCB sanggup bayar duit LOBI Projek sampai RM1.21 juta kepada vendor 
(seorang bekas pemilik MAS yang dilantik KCB bagi menjalankan perniagaan di 
Papua New Guinea) sebagai 'goodwill payment' bagi pindah milik saham 70 peratus 
kepada KCB walaupun terma dalam perjanjian yang dibuat tidak memihak kepada KCB ?



3) Kenapa perlu bayar berjuta juta komisen kepada Perunding untuk projek 
tersebut ?? (boleh pulak komisen dalam kerajaan pas)



Kalau dah nak buat projek jangka panjang mestilah buat kajian dulu tengok 
kemampuan syarikat yang nak ambil pegangan saham tu.. Kalau ada buat kajian 
mesti bentangkan kepada pengarah syarikat sebelum keputusan dibuat? Ini 
pelaburan luar negara bukannya berniaga minyak belacak leman 3 suku..



Kalau KCB berani pinjam 134juta semata mata nak ambil alih 70 peratus kepentingan
 dalam Mas Incorporated maknanya mesti depa tau projek ni dapat untung dalam 
masa singkat..Ini projek balak bro, bukan goreng pisang tepi jalan..Keluasan tanah 
pulak seluas 114,429 hektar bukan sikit bro..Dah tentu balak balak kat situ 
semuanya besar dari balak kat Kedah..



Kalau bab untung duit BALAK kat Kedah ni pandai pulak hampa mencanang dalam 
ceramah kata Pas Kedah kutip hasil balak yang tinggi dalam tempoh singkat..



Tapi bila mai projek balak kat PNG pandai pulak spin kata rugi tu pekara biasa..
Dia spin pulak isu di 99east Langkawi..Adehh.. Mengaku sajalah  projek kat PNG
 tu memang tak dapat faedah apa apa pun..Tak payah lah nak tegakkan lagi 
kote yang memang dah lembik tu..



Aku harap sanusi jawab soalan soalan aku dalam blog dia memandangkan dia 
dah block akaun FB aku sebab tak mau tanggung malu dari ditanya dengan 
soalan soalan yang diluar kemampuan otaknya berfikir..



Kepada Zulya tak payahlah kata aku tak leh lawan hujah si sanusi tu dalam blog 
hang..Hang dengan sanusi sama ja kaki block orang dalam FB sebab tak xboleh 
jawab soalan aku tanya.

kk... TMK berhujah dengan fakta bukan auta...aduhhhai kedah 
la....jangan banyak auta..

Monday, 22 October 2012

GEMPAR !!!! :- SIAPA MAMAT NI..APA KAITAN MAMAT NI DENGAN PAS KEDAH..? #TukarKedah


Ni la Fisol tu...KCS 
yang sokong PAS nehhh...

Apa Kecoh-kecoh..."Puak PAS ni pun satu,,, Dalam kain punya mau cerita kat orang ka... Bikin senyap sudah...." Itu lah luahan seorang ucle cina di sebuah kedai makan POH KONG, Pekan lama Baling.... berkenaan politik semasa PAS di negeri Kedah...

Rupanya-rupa uncle yang umurnya lebih kurang 60 tahun, membaca akhbar berbahasa melayu, bukan tetapi sinar harian... mungkin dia baca tentang pergolakan politik di Kedah.....

Mungkin antaranya salah satu sebab, mengenai tentang kebodoh serta kedungulan puak-puak rejim PAS di Kedah ni... berkenaan KCS. Jom kita serba sedikit berkenaan KCS :-
Antara pak lebai PAS yang "bodo megheput" tak tau apa-apa yang dipergunakan Fisol..

"KCS tu bawah DYMM Sultan, sebuah badan eksekutif yang boleh dikatakan tertua di negara ni dan tidak ada kena mengena dengan sebarang fahaman politik. KCS ni depa melaksanakan dasar kerajaan sebagaimana yang ditentukan oleh MB...

Untuk pengetahuan hangpa, jawatan SUK ni pulak dilantik oleh DYMM Sultan setelah mendapat nasihat MB. Alaaa..macam jawatan Ketua Hakim Negara laaa...dilantik DYMM Agong atas nasihat PM..lebih kurang lagu tu la..
Dalam kes Ahmad Fisol yang ditukar dari jawatan YDP MDKP tu, ia adalah proses normal. Semua KCS bertukar-tukar kawasan dan bidang kuasa. Tak pelik pun! Aku ada ramai sedara mara dalam KCS..aku tau laaa... baca selanjutnya di  DUKE OF UMNO 





Wednesday, 17 October 2012

Detik Cemas !!!! 5 Syarikat Kontraktor tidak berdaftar yang terima Projek kerajaan Negeri Kedah di Kesan. #TukarKedah



kempinan ala ulama PAS di kedah hanya "omong kosong" dan tidak mampu mengawal nafsu. rupanya pak-pak lebai dalam pentadbiran PAS gelap mata melihat "duit"..Kepimpinan Ulama atau kerajaan yang telus yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat hanyalah satu hipokrasi tahap tertinggi. Nasib la pak-pak lebai, pemimpin PAS di Kampung-kampung terang-terang dah kena bohong... 

Puak-puak PAS di kedah... yang hanya pandai menghukum... apabila "orang yang menyokong kerajaan berkerja dengan orang PAS" haram... ini berlaku di Kupang...

Memang pemimpin ini hanya berselindung di sebalik Nama... PAPAN IKLAN, dan juga kopiah Putih... yang sudah menjadi trend puak-puak pas.....apa yang jelas di sebaliknya, telah berlakunya amalan kronisme dan rasuah yang berleluasa selain kelemahan dan ketidakcekapan yang ketara sepertimana yang direkodkan dalam teguran oleh Jabatan Audit Negara.

Kerajaan Pas Kedah bayar RM2.55j kepada 5 kontraktor tak berdaftar

KUALA LUMPUR 15 Okt. - Kerajaan Pas Kedah dikesan membuat pembayaran sebanyak RM2.55 juta kepada lima kontraktor yang tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) bagi melaksanakan kerja-kerja penyenggaraan tujuh perumahan awam kos rendah (PAKR) sepanjang 2010 hingga 2011.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, PAKR yang terlibat ialah Taman Seri Gemilang, Flat Seberang Terus, Taman Wira, Flat Alor Malai, Flat Simpang Kuala, Flat Tongkang Yard dan Taman Kota Nelayan.

Laporan sama turut mendedahkan carian profil syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 15 Februari lalu mendapati Pengarah bagi lima syarikat terbabit adalah individu yang mempunyai hubungan antara satu sama lain atau daripada keluarga yang sama.

Merujuk kepada laporan tersebut, SSM dalam maklumbalasnya pada tarikh sama mengesahkan salah satu daripada lima kontraktor tersebut tidak wujud dalam rekod pendaftaran syarikat.

''Semakan lanjut terhadap baucar bayaran mendapati sebanyak RM500,000 telah dibayar kepada kontraktor tersebut dengan menggunakan akaun bank dan nombor pendaftaran syarikat lain pada 2011," jelas laporan itu.

Selain itu, semakan audit mendapati jadual bahan (BQ) yang disediakan bagi 181 kerja berjumlah RM390,400 di Taman Seri Gemilang dan Flat Seberang Terus adalah tidak terperinci berbanding skop yang sepatutnya dinyatakan mengikut jadual kadar.

Laporan itu juga mengesan bayaran sebanyak RM59,419 telah dibuat terhadap tuntutan kerja oleh empat kontraktor di Taman Seri Gemilang dan Flat Seberang Terus walaupun kerja sebenar yang dilaksanakan berbeza dengan kerja-kerja yang dicatatkan dalam borang tuntutan bayaran.

''Satu kontraktor didapati membuat tuntutan berulang dalam baucar yang sama berjumlah RM5,600 bagi kerja dan rumah yang sama di Taman Seri Gemilang manakala terdapat tuntutan berulang berjumlah RM2,000 oleh dua kontraktor bagi kerja dan rumah yang sama.

''Kesemua tuntutan berjumlah RM7,600 bagi kerja penyenggaraan yang berulang itu telah dibuat kepada kedua-dua kontraktor terbabit," jelas laporan berkenaan.

Teguran-teguran lain yang dinyatakan dalam laporan tersebut ialah caj kerja pembersihan berulang (RM12,500), bayaran terhadap kerja yang tidak dilaksanakan dan rumah yang tidak wujud (RM44,540) dan pembaikan kerosakan bagi rumah berpenghuni (RM169,998).

Laporan itu berpendapat matlamat Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah untuk menyenggara PAKR dengan baik belum tercapai ekoran kerja yang dilaksanakan tidak memenuhi skop kerja dan pemantauan yang tidak berkesan oleh pihak pengurusan.

Namun mengikut maklum balas Bahagian Perumahan, Pejabat SUK Negeri Kedah bertarikh 13 Jun lalu, bayaran balik sebanyak RM86,259 telah diterima. Utusan