Friday 26 October 2012

Bodoh sombong pentadbiran PAS Kedah bikin rakyat sengsara. #TukarKedah.


Kerajaan Kedah Patut Rujuk MITI Dahulu Sebelum Melabur Di Papua New Guinea - Mukhriz

ALOR SETAR, 25 Okt - Kerajaan Kedah sepatutnya merujuk kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum mengambil keputusan untuk membuat pelaburan pembalakan di Papua New Guinea (PNG) yang kemudian mengalami kerugian.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata sungguhpun bukanlah satu peraturan untuk mana-mana kerajaan negeri merujuk kepada MITI sebelum membuat pelaburan luar, tetapi lebih baik sekiranya mereka berbuat demikian.

"Ada antara mereka yang berbuat demikian atas inisiatif sendiri. Amalan terbaik adalah untuk memaklumkan kepada kami kerana kami boleh beri nasihat sama ada rakan kongsi itu adalah rakan kongsi yang tepat atau tidak. Sama ada ini adalah perniagaan yang sebenar atau sebaliknya.

"Ini bukanlah untuk campur tangan tetapi setidak-tidaknya untuk mengelak perkara seperti ini daripada berlaku. Kami hanya dapat tahu selepas laporan audit diumumkan," katanya selepas merasmikan 'Oblong Port' di Menara Alor Setar di sini Khamis.

Laporan Audit 2011, yang dikeluarkan baru-baru ini, menyebut bahawa Kedah Corporation Berhad (KCB), sebuah anak syarikat Menteri Besar Incorporated, membeli 70 peratus saham dalam MAS Incorporated (PNG) Ltd bernilai RM31.21 juta untuk membangunkan dua kawasan seluas 114,429 hektar di Papua New Guinea, tetapi dihentikan oleh lembaga pengarah KCB pada 1 Mac tahun lepas.- BERNAMA


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment