Sunday 14 October 2012

Yayasan Taqwa (MAIWP) dan PEKEMA salurkan sumbangan untuk pelajar Sekolah di Baling, Kedah.



Bersemangat !!!! Murid sekolah menyanyikan
lagu satu Malaysia

Baling_Seramai 400 orang pelajar sekolah rendah dan menengah di Daerah Baling dari pelbagai golongan dan latar belakang di raikan pada satu Majlis khas yang di adakan pada 13 oktober 2012. Bertempat di Kompleks Rakan Muda Derah Baling. Serentak dengan itu juga, Majlis pelancaran peringkat Kebangsaan di lancarkan.Sumbangan persekolahan sesi 2013 Daerah Baling Disempurnakan oleh YB senator Mej. Jen. Dato' Seri Jamil Khir Bin Baharom (B) menteri Di Jabatan Perdana Menteri Merangkap pengerusi pemegang amanah. Turut hadir YBhg Dato' Abdul Azeez Bin Rahim, Pengerusi Yayasan Pembangunan Rakyat Baling (YPRB), Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBhg. Dr Muhammad Yamin B. Ismail, PPD Daerah Baling, Pengerus Besar Yayasan Taqwa (MAIWP) Tuan Hj. Ahmad Ayob Bin Hj. Ibrahim.


Sumbangan ini, bertujuan untuk memberi motivasi, kelegaan dan kecerian kepada mereka yang kurang berkemampuan serta bagi membantu meingan beban yang ditanggung oleh keluarga sempena musim persekolahan sesi 2013 nanti. Sumbangan set barangan persekolah bernilai RM215.00 kepada setiap seorang menjadikan sumbangan bernilai RM 86,000.00.

Di harap dengan program seumpama ini sedikit sebanyak mampu melahirkan genarasi Islam yang prihatin pada masa akan datang. Pihak Yayasan Taqwa (MAIWP) ingin memberi mesej yang jelas kepada ibubapa atau waris bahawa masih ada lagi lagi pihak yang prihatin diluar sana dalam menjaga  kebajikan mereka yang kurang berkemampuan. Selain itu juga, sumbangan serta program yang di anjurkan adalah salah satu amanah yang dipertanggujawabkan untuk memberi galakkan dalam menuntut ilmu dan dengan ilmu sahajalah kita dapat mengubah nasib serta kehidupan dengan lebih selesa. Ingatlah kemiskinan bukan untuk di warisi.

Program merupakan siri jelajah pihak Yayasan Taqwa keseluruh negara.Sumbangan yang disalurkan Oleh Yayasan Taqwa (MAIWP) datangnya Wang Zakat Baitulmal MAIWP.

Pada majlis ini juga, pihak Yayasan PEKEMA iaitu Persatuan Pengimport & Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia, turut menyalurkan sumbangan berupa wang tunai RM100 kepda pelajar yang terplih.Manakala penyampaian sumbangan AZAM niaga turut disampai kepada Peniaga-peniaga yang terpilih. sumbangan di salurkan oleh MPWK (Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga).

Pendaftaran

Slip penerimaan

Ishak Mat bersama PPD Baling dan
Pengerusi PEKEMA

Ceria...terima Peralatan sekolah











No comments:

Post a Comment