Monday 22 October 2012

Tasha Shilla Peragakan Fesyen Baju Simbol Salib



Minggu lepas, berlangsungnya majlis pelancaran tema pakaian ‘fairy tale’ untuk Anugerah Skrin 2012. Sempena majlis ini, beberapa orang selebriti wanita iaitu Erra Fazira, Anzalna Nasir termasuklah Tasha Shilla telah memperagakan baju dari pereka fesyen masing-masing.

Namun, timbul isu tak diingini apabila baju rekaan Hazwani Osman yang diperagakan oleh Tasha Shilla dikatakan mempunyai simbol salib. 

Para peminat yang melihat rekaan ini mengakui bahawa pereka fesyen tidak sensitif dan ia menimbulkan ketidak-puashatian terhadap mereka.


Sebentar tadi, OHBULAN! berjaya menghubungi Tasha Shilla dan selebriti ini agak terkejut apabila diajukan pertanyaan mengenai simbol ‘salib’ tersebut.

‘Hah?? Memang tak perasan pun dan bagi Tasha memang tak ada apa-apa simbol pun pada baju yang diperagakan Tasha,” tegas Tasha ketika ditanya.

Ditanya samada Tasha terlepas pandang mengenai perkara ini, pantas dia menjawab, “Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang. Pereka fesyen juga ada ketika Tasha memakai baju itu.”

Tasha yang sangat terkejut dengan isu ini memberitahu bahawa ia tidak sepatutnya timbul dan menyerahkan pada pereka fesyen untuk menjelaskan mengenai perkara ini.


“Bagi Tasha, pemikiran sesetengah orang yang terlalu negatif dan Tasha berfikiran positif ketika memperagakan baju tersebut. Isu ini tak patut timbul dan Tasha tak mahu komen banyak-banyak,” ujar Tasha.

Pereka baju tersebut, Hazwani Osman, ketika dihubungi menjelaskan bahawa ia sememangnya bukanlah simbol salib dan tak terlintas langsung apa-apa niat untuk mereka baju seperti itu.

Hazwani menjelaskan bahawa itu cumalah tali reben yang mengikat ‘hood’ dan gaun yang dipakai Tasha pula mempunyai garis melintang merah didalam. Secara kebetulan, tali ikatan ‘hood’ menjulur kebawah dan ia cuma menghasilkan simbol ‘t’ dan bukannya salib.

“Saya memang tak ada niat langsung dan tak pernah terlintas difikiran saya mengenai simbol tersebut,” jelas Hazwani.


Ditanya adakah dia akan menukar rekaannya selepas kontroversi ini, Hazwani menjawab, “Sebagai pereka, saya memang menitikberatkan segala rekaan saya dan setiap rekaan saya, saya akan ambil respon dari orang ramai.”

“Saya akan lebih berhati-hati lepas ini. Apa boleh buat, pemikiran orang lain-lain. Kalau mereka fikir negatif, maka negatif lah yang mereka nampak,” tambah Hazwani lagi.

“Saya masih berpegang kuat pada agama dan isu ini tak pernah ada dalam niat saya,” jelas Hazwani mengakhiri perbualan. sumber MAYA

No comments:

Post a Comment