Showing posts with label hiburan. Show all posts
Showing posts with label hiburan. Show all posts

Tuesday, 18 February 2014

KISAH 2 DIVA ? ARTIS/POLITIK RETAK MENANTI BELAH !! #MeleTOP


Pelakon utama Filem Sembilu, Erra Fazira hari ini sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor Mohammad Adib Husin. 

Erra Fazira, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 40, tiba di pekarangan mahkamah bersama teman rapatnya, Umie Aida dan Erma Fatima pada jam 11.45 pagi tadi.

Perkahwinan Erra Fazira ini merupakan perkahwinan kedua baginya selepas bercerai dengan pengarah filem, Yusri KRU. ~Sinar

Saturday, 8 February 2014

Penyokong Pembangkang kencam Lawak #Sepahtu kerana Satey & penjara #Kajang ? #maharajalawakmega 2013



Adegan tonggeng rahim mengingatkan KK kepada seseorang... heheh dengan selamba jep berkata "saya masih ingat hukum Tuhan'....


Tak kan lah ada pihak yang terasa dengan persembahan satiralawak yang sepahtu buat... tak perasan plak ye... secara kebetulan artis pun tersa juga dengan kehangatan PRK Kajang..


Embedded image permalink

Friday, 7 February 2014

"BEBAS DAN MUZIKAL KOMEDI " TUGASAN MINGGU INI. #MaharajaLawakMega #MLMfinal @datoacmizal



Saksikan Secara Lansung MaharajaLawakMega 2013 akhir  di "Screen" TV, pc mahupun Screen handphone masing-masing. Teruskan mengundi peserta kegemaran korang ye.. dan KK akan akan meluagkan masa bersama seisi keluarga dan teman turut serta menonton lah ye..... http://tontonline.blogspot.com/

Layakah sepahtu menjuarai MLM 2013 kali ini..


Thursday, 23 January 2014

Pelokon Laksanakan #ProjekPikatSuami atas Kapal Terbang. #AnugerahMeleTOP



Sebelum ini mereka mereka menafikan perhubungan 'intim' lastly' bila dah kantoi baru nak nganku... kalau dah lentok-lentok ok lah... kot noh...


Selepas Zizan Razak tampil menafikan gosip mereka bercumbu dalam kapal terbang ketika perjalanan ke Amerika Syarikat baru baru ini, Emma Maembong pula hari ini tampil memberikan kenyataan beliau.

Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Emma Maembong berkata sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Amerika Syarikat ada masanya beliau tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.


“Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka tapi tidak pula keluar cerita”

“Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi yang kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman,” jelas Emma Maembong.

Emma Maembong turut berkata yang beliau merasa sedih apabila cerita itu dikeluarkan terlebih dahulu tanpa bertanyakan apa apa kepada dirinya atau Zizan Razak sendiri — tetapi seperti teman lelakinya, beliau juga tidak melatah akan isu ini.

Rotikaya

Monday, 20 January 2014

SEMAKIN BANGSAT !!! PENYANYI INI DI HALAU KERANA BERTUDUNG. @MyMeleTOP



Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus dimalukan dengan diarahkan turun daripada pentas utama ketika majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu pada insiden jam 8.00 malam tadi.

Arahan berbaur perkauman tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong. Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung dengan meminta dia mencari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan tersebut.

“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah isukan mengenai tudung yang saya pakai. Hanya semasa hari majlis tersebut, Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”

Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul kemudian dalam persembahannya turut bersimpati dengan mengundang Marina untuk naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”. (baca lanjut)



Friday, 15 November 2013

Allahyarham P.Ramlee tahu apa yang berlaku masa depan ? @MyMeleTOP

Sesetengah orang menganggap filem sebagai sebuah Hiburan. Ini ialah makna tersirat yang mungkin kita terlepas pandang ketika menonton filem Bujang Lapok.

Karya asal Legasi.My


Wednesday, 5 December 2012

Gempar !!! Toyol dah kena Tangkap...


Nasib baik tips peniruan ini hanya muncul selepas SPM habis. Kalau tidak gua rasa ramai remaja pintar akan menggunakan teknik membawa masuk super toyol ke dewan peperiksaan di bawah

GENIUS!

Thursday, 29 November 2012

Panas !!! Pelakon Insaf Selepas Puas Tiduri Sedozen Gadis

seorang pelakon lelaki mengaku sukan kegemarannya adalah sex dan turut dikatakan mempunyai hampir sedozen sekandal yang kebanyakannya tergolong di kalangan selebriti dan model. Amboi, dah macam tak ada sukan lain agaknya mamat ni. (Gambar Hiasan)
Namun begitu, setelah sekian lama berskandal dengan ramai wanita, akhirnya pelakon lelaki ini dikatakan ingin bersara daripada kegiatan tidak bermoral tersebut dan berhasrat untuk berkahwin dengan seorang wanita biasa yang bekerja di sebuah butik.

Gambar Hiasan
Dalam pada itu, teman rapat pelakon ini turut memaklumkan bahawa pelakon tersebut ingin menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan dan perkara tersebut telah diumumkan olehnya sendiri di sebuah parti yang diadakan pada bulan lalu.
Apa yang menghairankan di sini adalah lelaki kasanova tersebut dikatakan memilih bakal isterinya bukan kerana kecantikan atau tubuh badan yang menggoda, tetapi disebabkan oleh sikap wanita tersebut yang dikatakan terlalu lemah lembut dan tidak materialistik. Alah, takut kalau cari yang cantik dan seksi nanti ‘maintenance’ tinggi sangat. Tak mampu pula nak tanggung semua? Jadi cara je lah yang bias-biasa, asalkan sejuk mata memandang.
Nampaknya setelah enam bulan menjalinkan bibit-bibit cinta, pasangan kekasih ini telah berani untuk mendedahkan hubungan mereka kepada umum dan turut berkongsi foto-foto mesra mereka di laman Instagram. Lebih menarik lagi, baru-baru ini si gadis telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dia sedang memakai sebentuk cincin di jari manis. Mungkinkah cincin tersebut diberikan oleh si buah hati? Hmm..apa pun diharapkan selepas berkahwin pelakon ini boleh berubah sikap dan menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.
sumber : ohbulan

Wednesday, 28 November 2012

[Video] Seram Dalam Lif Yang Sangat Kejam.


Cerita seram di blog, pelbagai cerita seram di tullis ada kisah di jalan raya, di

asrama, hotel dan bermacam lagi kisah benar yang berlaku...kali ni ada enam 

cerita seram yang dari kisah sebenar, Prank rancangan TV Brazil ini

tersangat keji tetapi genius.







Anda mungkin juga meminati:

Wednesday, 31 October 2012

'Mangaribut' Bukan Istilah Mencarut -



PETALING JAYA: Pelakon Taiyuddin Bakar atau Thai menjelaskan perkataan 'mangaribut'yang menjadi simbol apabila dipertuturkannya menerusi filem Apa Celop Toqq bukan perkataan mencarut sebaliknya membawa maksud menggelabah.
Thai berkata, dia tidak berniat untuk memperkenalkan istilah yang negatif kepada masyarakat sebaliknya ia sebagai satu kesinambungan kepada perkataan 'Apa Celop'yang dihasilkannya sehingga popular sebelum ini.
"Idea ayat 'mangaribut' itu datang daripada saya sendiri untuk digunakan dalam filem terbaru saya dan ia bukan memberi apa-apa maksud negatif sebaliknya untuk menggambarkan sifat gelabah seseorang," ujarnya kepada mStar Online.
Selain 'mangaribut', Thai memberitahu dia turut memperkenalkan ayat 'orang dok nengok ajelah kau ni' dalam filem tersebut sebagai salah satu lagi simbol kepada filem arahan Ahmad Idham itu.
Dalam pada itu, ditanya mengenai perselisihan faham yang didakwa berlaku di antara dia dengan Ahmad Idham, Thai berkata perkara itu diperbesar-besarkan oleh pihak lain dan ia hanya masalah kecil.
Katanya, pertengkaran adalah perkara biasa namun jangan terlalu terbawa-bawa sehingga boleh merosakkan hubungan dan merugikan kedua-dua belah pihak.
"Ada satu titik kita akan jumpa satu simpang yang boleh menyebabkan perselisihan faham dalam satu perkara dan saya menganggap itu perkara biasa kerana ia berkaitan dengan kerja.
"Bagaimanapun ia adalah perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan baik," katanya.
Sementara itu, Thai berkata, dia amat berterima kasih kepada Ahmad Idham kerana telah banyak membantu mempopularkan jenama 'Apa Celop' sehingga ia menjadi satu fenomena.
Thai berkata, walaupun ia adalah idea asalnya tetapi pengaruh pengarah terkenal itu telah merealisasikan impian berkenaan.
"Kalau Idham tak popularkan jenama 'Apa Celop' itu tidak akan ke mana dan penggunaan perkataan itu telah menjadi fenomena dan ikutan masyarakat," jelasnya.
Filem Apa Celop Toqq sedang ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia bermula 25 Oktober lalu.
mstar

Sunday, 28 October 2012

Zubir Dakwa Rozita Che Wan Cipta Alasan & Gambar Bogel Adalah Tulen


sumber di petik sebuah laman portal hiburan  RotiKaya :- kenyataan yang di petik dari laman Facebook wartawan hiburan seolah-seolah menggambar yang foto tersebut adalah tuen...Lama kami tidak mengusik wartawan popular ini yang tidak pernah sepi daripada kontroversi persis seorang selebriti. Ya, kita bercakap tentang Zubir Berita Harian.
#02 Zubir Dakwa Gambar Bogel Rozita Che Wan Tulen - ROTIKAYA
Jumaat lalu, gempar dunia hiburan tempatan apabila sekeping gambar bogel di’dakwa sebagai Rozita Che Wan mula timbul di’internet & ia’nya lantas di’nafikan.
Aktress popular ini menyangkal yang beliau tergamak untuk melakukan perkara tidak senonoh sebegitu lebih lebih lagi diri beliau merupakan seorang yang buta teknologi.
Zubri Berita Harian yang kita tahu mempunyai pengetahuan luas dalam dunia hiburan mendakwa gambar tersebut sebagaioriginal & Rozita Che Wan ‘menipu’ — lebih kurang.
“Isu gambar bogel Rozita Che Wan kini tersebar luas di’internet Apa lagi nafikan je la selagi boleh, cipta pelbagai alasan kukuh pertahankan diri walaupun gambar itu original!”, tulis Zubir.
#03 Zubir Dakwa Gambar Bogel Rozita Che Wan Tulen - ROTIKAYA
#01 Zubir Dakwa Gambar Bogel Rozita Che Wan Tulen - ROTIKAYA

Wednesday, 24 October 2012

Foto : Aksi Mesra Eyka Farhana Bersama Kekasih



Mula dikenali dengan drama ‘Juvana’, Eyka Farhana, 17, kini semakin meningkat naik dipersada seni. Mungkin kerana usia yang masih muda, Eyka dilihat bersifat terbuka dan tidak segan untuk ‘memperkenalkan’ teman lelakinya di laman sosial. Mesra! Itulah yang dapat dilihat melalui foto-fotonya bersama teman lelakinya.
Bagi anda yang tidak kenal dengan Eyka, dia merupakan seorang pelakon remaja yang telah membintangi beberapa buah drama di antaranya Juvana, Sejadah Kaabah, dan juga Ramadan Terakhir. Pelakon remaja ini menjadi tumpuan apabila dia berjaya membawa watak Nadia, anak kepada makcik kantin didalam drama ‘Juvana’.
Berikut foto-foto mesra Eyka Farhana bersama teman lelaki : Foto Klik Sini

Monday, 22 October 2012

Tasha Shilla Peragakan Fesyen Baju Simbol Salib



Minggu lepas, berlangsungnya majlis pelancaran tema pakaian ‘fairy tale’ untuk Anugerah Skrin 2012. Sempena majlis ini, beberapa orang selebriti wanita iaitu Erra Fazira, Anzalna Nasir termasuklah Tasha Shilla telah memperagakan baju dari pereka fesyen masing-masing.

Namun, timbul isu tak diingini apabila baju rekaan Hazwani Osman yang diperagakan oleh Tasha Shilla dikatakan mempunyai simbol salib. 

Para peminat yang melihat rekaan ini mengakui bahawa pereka fesyen tidak sensitif dan ia menimbulkan ketidak-puashatian terhadap mereka.


Sebentar tadi, OHBULAN! berjaya menghubungi Tasha Shilla dan selebriti ini agak terkejut apabila diajukan pertanyaan mengenai simbol ‘salib’ tersebut.

‘Hah?? Memang tak perasan pun dan bagi Tasha memang tak ada apa-apa simbol pun pada baju yang diperagakan Tasha,” tegas Tasha ketika ditanya.

Ditanya samada Tasha terlepas pandang mengenai perkara ini, pantas dia menjawab, “Sebagai model, Tasha hanya peragakan baju tersebut dan bukannya terlepas pandang. Pereka fesyen juga ada ketika Tasha memakai baju itu.”

Tasha yang sangat terkejut dengan isu ini memberitahu bahawa ia tidak sepatutnya timbul dan menyerahkan pada pereka fesyen untuk menjelaskan mengenai perkara ini.


“Bagi Tasha, pemikiran sesetengah orang yang terlalu negatif dan Tasha berfikiran positif ketika memperagakan baju tersebut. Isu ini tak patut timbul dan Tasha tak mahu komen banyak-banyak,” ujar Tasha.

Pereka baju tersebut, Hazwani Osman, ketika dihubungi menjelaskan bahawa ia sememangnya bukanlah simbol salib dan tak terlintas langsung apa-apa niat untuk mereka baju seperti itu.

Hazwani menjelaskan bahawa itu cumalah tali reben yang mengikat ‘hood’ dan gaun yang dipakai Tasha pula mempunyai garis melintang merah didalam. Secara kebetulan, tali ikatan ‘hood’ menjulur kebawah dan ia cuma menghasilkan simbol ‘t’ dan bukannya salib.

“Saya memang tak ada niat langsung dan tak pernah terlintas difikiran saya mengenai simbol tersebut,” jelas Hazwani.


Ditanya adakah dia akan menukar rekaannya selepas kontroversi ini, Hazwani menjawab, “Sebagai pereka, saya memang menitikberatkan segala rekaan saya dan setiap rekaan saya, saya akan ambil respon dari orang ramai.”

“Saya akan lebih berhati-hati lepas ini. Apa boleh buat, pemikiran orang lain-lain. Kalau mereka fikir negatif, maka negatif lah yang mereka nampak,” tambah Hazwani lagi.

“Saya masih berpegang kuat pada agama dan isu ini tak pernah ada dalam niat saya,” jelas Hazwani mengakhiri perbualan. sumber MAYA

Wednesday, 17 October 2012

Kenyataan Hans Isaac beri tekanan buat Neelofa





Dua hari lepas, kenyataan ‘serius’ dari Hans Isaac mengenai status hubungannya bersama Neelofa telah hangat diperkatakan oleh media-media tempatan.
Namun, kenyataan tersebut masih lagi samar-samar samada mereka berdua benar-benar mempunyai hubungan atau pun tidak. Semalam, kenyataan terbaru Hans Isaac melalui Gua pula memberitahu bahawa Hans menafikan dia bercinta dengan Neelofa.
“Jika benar saya bercinta, saya akan maklumkan kepada semua dan tidak perlu untuk keluar sebarang gosip yang tidak benar.” – Hans Isaac dipetik dari Gua.
Isu ini menjadi semakin mengelirukan apabila kini Neelofa yang hanya dapat dihubungi oleh Utusan telah memberitahu bahawa dia agak tertekan dengan perkara yang sedang berlaku. Pelakon ini mengambil jalan berdiam diri supaya tidak mengusutkan lagi keadaan dan menjelaskan bahawa kenyataan Hans telah mengundang pelbagai situasi kepadanya.
“Kenyataan Hans yang mengatakan kami sedang berkawan serius telah mengundang situasi tidak terkawal ke atas diri saya. Sebab itu, maaflah, saya tidak boleh komen apa-apa lagi, tolonglah faham.”
“Saya tidak boleh kata ya atau tidak. Itu saja, saya tak mahu mengusutkan lagi keadaan. Saya rasa soal hubungan kami, lebih baik tanya dia saja. Biar dia jawab, sebab dia di pihak lelaki,” tambah Neelofa. sumber

Filem pembunuhan Bin Laden Zero Dark Thirty akan dikeluarkan Disember ini.. ada kaitan dengan OSAMA ke ?


Trailer terkini filem Zero Black Thirty berkenaan misi membunuh Osama Bin Laden baru sahaja dikeluarkan betul ker..... Ianya arahan Katryn "The Hurt Locker" Bigelow dan akan muncul di pawagan Disember ini. 





Ianya arahan Katryn "The Hurt Locker" Bigelow dan akan muncul di pawagan Disember ini. 

Monday, 15 October 2012

Gempar !!! Bila Wonders Girls Berbaju kurung.Artis Malaysia ?


Comelkan... depa ni kumpulan Wonder Girls memang popular pun.... .depa buat konsert di Stadium Negara, Kuala Lumpur telah berlangsungnya  Wonder World Malaysia Tour 2012. 


Tak payah nak dedah sana-dedah sini.. buka sana-buka sini...... untuk menarik menarik peminat datang...... 

Kalau artis Luar Boleh Hormat budaya serta adat kita... kena artis kita masih lagi suka dengan cara barat.........

Saturday, 6 October 2012

[VIDEO] Muara Hati Dato' Ct & Hafiz Paling Kelakar.



Video Klip Muara Hari...... Sekar nak rileks jer.... Korang Layan la.. Dulu VIDEO ni... Selamat menonton.. peace Yooo!!

Friday, 5 October 2012

@LemanRLAWAK patah hati Lihat gambar @abby_abdi bercuti bersama madu di Genting Hinglands.



Nampaknya keakraban antara pelakon penuh kontroversi Abby Abadi dan Memey Suhaiza kini dikatakan semakin menjadi-jadi. Terbaru menerusi laporan Murai.com, Memey mengaku dirinya telah pergi bercuti bersama Abby Abadi dan anak-anak ke Genting Hinglands pada hujung minggu lalu.
Menurut Memey, hubungannya dengan Abby Abadi kini menjadi semakin rapat dan mereka kerap berhubung antara satu sama lain. Selain itu, mereka juga difahamkan sering berjumpa dan menghabiskan masa bersam anak-anak.
Memey turut melahirkan rasa bersyukur atas apa yang berlaku dan tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku.
“Selepas pertemuan pada ramadan yang lalu, hubungan kami bertambah akrab dan kami juga selalu berhubung. Insya Allah kalau tiada aral melintang saya dan Abby akan bercuti ke Beijing pula dalam masa terdekat ini.”
sumber