Wednesday, 17 October 2012

Kenyataan Hans Isaac beri tekanan buat Neelofa





Dua hari lepas, kenyataan ‘serius’ dari Hans Isaac mengenai status hubungannya bersama Neelofa telah hangat diperkatakan oleh media-media tempatan.
Namun, kenyataan tersebut masih lagi samar-samar samada mereka berdua benar-benar mempunyai hubungan atau pun tidak. Semalam, kenyataan terbaru Hans Isaac melalui Gua pula memberitahu bahawa Hans menafikan dia bercinta dengan Neelofa.
“Jika benar saya bercinta, saya akan maklumkan kepada semua dan tidak perlu untuk keluar sebarang gosip yang tidak benar.” – Hans Isaac dipetik dari Gua.
Isu ini menjadi semakin mengelirukan apabila kini Neelofa yang hanya dapat dihubungi oleh Utusan telah memberitahu bahawa dia agak tertekan dengan perkara yang sedang berlaku. Pelakon ini mengambil jalan berdiam diri supaya tidak mengusutkan lagi keadaan dan menjelaskan bahawa kenyataan Hans telah mengundang pelbagai situasi kepadanya.
“Kenyataan Hans yang mengatakan kami sedang berkawan serius telah mengundang situasi tidak terkawal ke atas diri saya. Sebab itu, maaflah, saya tidak boleh komen apa-apa lagi, tolonglah faham.”
“Saya tidak boleh kata ya atau tidak. Itu saja, saya tak mahu mengusutkan lagi keadaan. Saya rasa soal hubungan kami, lebih baik tanya dia saja. Biar dia jawab, sebab dia di pihak lelaki,” tambah Neelofa. sumber

No comments:

Post a Comment