Saturday 27 October 2012

Kaji semula Pemansuhan Hukuman Mati mandatori pesalah Dadah_Tan Sri Lee Lam Thye


KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mendapatkan pandangan umum sebelum keputusan muktamad dibuat berhubung cadangan untuk mengkaji semula pemansuhan hukuman mati mandatori bagi pesalah dadah, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata walaupun cadangan itu bertujuan menyelamat rakyat Malaysia yang menjadi keldai dadah di luar negara, tetapi bagi kes di Malaysia, ia diketahui umum bahawa pengenalan dan pelaksanaan hukuman mati mandatori bagi pesalah dadah, tidak menjadi penghalang kepada pengedaran dadah.

"Bagi pandangan saya, alasannya tidak cukup menyakinkan untuk mewajarkan penghapusan hukuman mati, atas alasan kita mahu membantu menyelamat nyawa keldai dadah rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mangulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengenai cadangan kerajaan untuk menangguhkan hukuman mati mandatori bagi pesalah dadah di negara ini sehingga kajian mengenai kewajaran itu selesai.

Lee berkata perlu terdapat alasan yang lebih meyakinkan untuk menghapus hukuman mati bagi pesalah dadah memandangkan hakikat kesalahan dadah adalah lebih serius daripada membunuh kerana dadah boleh menghancurkan generasi muda, masyarakat dan negara.

Tambahan pula, katanya tiada kajian untuk menyatakan hukuman mati telah manakutkan pengedar dadah kerana masih terdapat banyak kes tangkapan sama ada bersabit mengedar atau memiliki dadah.
"Hujah saya ialah kita tidak perlu terburu-buru membuat keputusan berhubung perkara penting seperti ini sebelum kita yakin bahawa keputusan yang kita buat adalah betul dan wajar.
"Ia tidak perlu semata-mata berdasarkan alasan hak asasi manusia dan kemanusiaan. Jika ini alasannya, apa pula dengan hak mereka yang telah musnah oleh dadah," katanya.
Lee menekankan bahawa tiada jaminan kesalahan berhubung dadah akan berkurangan jika hukuman mati mandatori dimansuhkan.
"Atau adakah kerana mereka yang menyokong pemansuhan hukuman mati merasa bahawa undang-undang tidak boleh dibenarkan untuk menentukan hidup mati seseorang dan hanya Tuhan yang berhak mengambil nyawa.

"Dan akhirnya, jika kita mahu membuang hukuman mati, mengapa hanya melibat kesalahan dadah dan tidak yang lain. Adakah kita bersedia untuk menimbang pemansuhan hukuman mati bagi semua kesalahan sebagai hukuman yang tidak sesuai dengan sistem keadilan moden dan bertamadun.


"Jadi terdapat banyak isu yang perlu dilihat sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad dan kritikal di mana rasionalnya mesti ditegakkan," kata Lee. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.









2 comments:

  1. Hukuman sedia ada sudah memadai dan kalau kita mansuhkan maka pengedaran dadah di negara akan menjejaskan generasi akan datang. Sedangkan undang undang sedia ada tidak dapat menahankan peningkatan pengedaran dadah akan tetapi ia nya dapat menurunkan aktiviti pengunaan nya.

    ReplyDelete
  2. hukuman mati kerana mengedar boleh membawa panganiayaan kepada orang yg tidak bersalah.hukuman ini hanya sesuai untuk untuk kes jelas seperti kes bunuh dan lain lain.hapusnya hukuman mati kerana dadah.

    ReplyDelete