Monday, 29 October 2012

Politik kepartian dalam Masjid_taktik PR raih sokongan.


MAIK Siasat Imam Tidak Baca Teks Khutbah Disediakan

KOTA BAHARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) akan menyiasat dakwaan ada imam atau khatib yang tidak membaca teks khutbah yang diedarkannya termasuk khutbah khas Aidiladha tahun ini.

Setiausaha MAIK Che Mat Che Muda berkata pihaknya akan mengambil tindakan jika mereka yang dilantik oleh MAIK itu ingkar arahan dengan sengaja tidak membaca teks khutbah yang disediakan.

Kebiasaannya MAIK mengeluarkan teks khutbah khas untuk Aidilfitri dan Aidiladha yang disahkan Pengerusi Jawatankuasa Panel Khutbah yang juga Mufti Kelantan dan diedarkan kepada masjid di bawah pentadbirannya untuk dibaca kepada jemaah, katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Beliau mengulas dakwaan ada imam atau khatib di negeri ini yang membaca khutbah berbau politik dan boleh mengelirukan umat Islam yang disediakan pihak lain.

Sebelum ini, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Datuk Ibrahim Ali turut mengecam Dewan Ulama PAS Kelantan yang didakwa masih mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang dianggap mengelirukan dan menanam bibit kebencian terhadap pemimpin negara.

Bagaimanapun, Che Mat berkata ada surau dan madrasah yang bukan di bawah pentadbiran MAIK menggunakan khutbah yang disediakan pihak lain, dan ini di luar kawalan MAIK.-BERNAMA

P/S: malahan khutbah berbaur politik kepartian turut berlaku di Baling. Memang sudah menjadi taktik takti PR menghentam serta meraih sokong.... Ada juga khatib yang membaja khutbah dari kalangan mereka yang berjawatan dalam perkhidmatan kerajaan (guru) dan juga khatib jemputan.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment