Thursday 18 October 2012

Apa Kes !!! Kalau nak cari Perempuan "Hebat" mestilah di BETONG, Thai.



Keghairahan lelaki Malaysia terhadap layanan hebat pelacur Betong hingga mereka sanggup berhabis duit bagi mendapatkan khidmat wanita terbabit rupa-rupanya tersirat rahsia di sebaliknya.

Sebelum diulit para pelacur ataupun dikenali sebagai ‘Darling Betong’, lelaki terbabit terlebih dulu dikatakan terkena ilmu guna-guna atau sende (dalam bahasa Siam) yang dipakai pelacur terbabit bagi menarik perhatian para pelanggan.

Terdapat pelbagai cara yang digunakan sama ada menerusi minuman yang diberi, hembusan atau sebutan nama, lelaki yang menjadi mangsa akan terus mendekati wanita itu tanpa membuat sebarang rundingan harga.

Difahamkan, kegiatan tersebut sering dilakukan pelacur bukan beragama Islam yang berasal dari Chiangmai serta Chengrai manakala mangsa pula terdiri daripada lelaki beragama Islam ataupun berketurunan India.

Dakwa seorang penduduk di situ yang hanya mahu dikenali sebagai Nas, 23, perbuatan seumpama itu telah digunakan sejak dahulu lagi oleh sebilangan wanita yang bekerja sebagai pelacur di pusat hiburan serta hotel-hotel murah di pekan tersebut.

Menurutnya, ilmu guna-guna yang dipakai mereka adalah untuk memikat lelaki Malaysia yang datang berseorangan mahupun berkumpulan tanpa mengira usia serta warna kulit.

KK
Pehhhh.... Patut la....Apapun terpulanglah kepada niat kita, untuk mengunjungi Betong, Thai....KALAUU NIAT KITA BAIK INSYAALLAH kita di lindungi.... 

2 comments:

  1. hoo....syok gambar hiasan tu.... lagi ramai orang tengok kalu...lagi banyak saham dapat tu......hati-hati ye....sekadar beritahu.

    ReplyDelete