Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, 12 April 2014

PETANDA KIAMAT BESAR ? 15 APRIL 2014 FENOMENA BULAN BERWARNA `MERAH DARAH`

BULAN MERAH DARAH 15 APRIL 2014

Houston Sebuah fenomena alam menarik akan terjadi pada malam 14-15 April 2014. Saat itu, akan terjadi gerhana bulan.

Sebelum tengah malam, satelit Bumi itu akan berwarna kemerahan. Seperti darah (blood moon).

Gerhana pertengahan April menjadi yang pertama dari gerhana penuh dari 4 gerhana bulan berturut-turut atau 'tetrad series of eclipses' tahun 2014. Empat gerhana berturut-turut adalah peristiwa yang cukup jarang berlaku. Seri tersebut terakhir terjadi pada tahun 2003 dan 2004. Ini hanya akan terjadi tujuh kali lagi di abad ini.

Segelintir orang meyakini blood moon itu adalah sebuah pertanda, baik kiamat atau akan datangnya bencana.

Seperti dongeng yang dimuat dalam buku, "Four Blood Moons: Something Is About to Change"(Worthy Publishing, 2013) karya John Hagee, yang menunjukkan hubungan antara 4 gerhana bulan penuh dengan nurbuat soal kiamat.

Menurut ilmuwan, ketika mekanisme di balik gerhana yang kurang difahami dengan baik, mereka dianggap pertanda khabar buruk, seperti halnya komet. Seperti Komet Elenin yang pernah dianggap planet liar Nibiru, yang akan menabrak dan mengguncang Bumi. Kini Elenin telah mati.

"Sekarang orang tahu bahwa gerhana seperti itu hanya kejadian normal, pada siklus tata surya, hal-hal yang telah terjadi secara teratur selama ribuan tahun dan yang akan terjadi selama ribuan tahun ke depan," demikian ujar Geoff Gaherty dari Starry Night Education, seperti Liputan6.com kutip dari web sains SPACE.com, Kamis (10/4/2014).

Dia menambahkan, kaitan antara 'ramalan bencana' dan kejadian astronomi hanya karangan dari pikiran manusia. "Satu-satunya hal yang terjadi selama gerhana bulan adalah bahwa Bulan menghabiskan beberapa jam melewati bayangan Bumi, hampir tidak ada sesuatu yang harus dikhawatirkan."

Berkat internet, orang-orang mendengar tentang bencana yang terjadi di sudut Bumi yang lain, termasuk gempa, tsunami, erupsi gunung -- yang tak pernah mereka pedulikan di masa lalu.

"Sebagai pengamat langit yang antusias, saya sedih mengetahui banyak hal-hal indah di langit seperti gerhana bulan, dianggap sebagai pertanda bencana," tambah Geoff Gaherty.

'Blood Moon'

Istilah blood moon amat jarang digunakan dalam kalangan astronomi. Kalaupun menggunakannya, para astronomi menggunakannya sebagai sebagai nama alternatif untuk Hunter's Moon (bulan purnama yang mengikuti Harvest Moon, yang biasanya muncul pada akhir Oktober).

Hunter's Moon, seperti juga Harvest Moon, naik perlahan pada malam musim luruh sehingga bersinar melalui lapisan tebal atmosfera Bumi. Warnanya menjadi merah oleh hamburan Rayleight (hamburan elastis dari cahaya atau radiasi elektromagnetik lain oleh partikel lain) dan polusi udara.

Namun, sebuah gerhana bulan adalah sesuatu yang sangat berbeza. Itu terjadi saat Bulan melepasi bayangan Bumi.

Bayangan Bumi terdiri dari dua bahagian: sebuah inti gelap disebut "umbra", dan bahagian luar yang lebih terang disebut "penumbra".

Alih-alih gelap total, bayangan inti biasanya menjadi oranye atau merah oleh cahaya yang melewati cincin atmosfera yang mengelilingi Bumi.

Tergantung bagaimana keadaan atmosfera Bumi yang dilewati cahaya Matahari, umbra boleh berwarna dari terang tembaga-merah-hingga hampir hitam sepenuhnya

Pada kesempatan yang jarang berlaku ini cahaya mencapai Bulan memiliki warna seakan darah, tetapi tidak ada cara untuk meramalkan hal tersebut sebelumnya. Jadi, tidak ada alasan untuk menyebut sebuah gerhana bulan tertentu sebagai blood moon hingga akhirnya ia menunjukkan warnanya.

Kerana orbit Bulan sedikit senget dibanding jalur matahari di langit, seringkali Bulan lewat di atas atau di bawah bayangan Bumi, sehingga tak terjadi gerhana.

Kadang Bulan hanya melepasi penumbra dan menghasilkan apa yang disebut gerhana penumbra, di mana bulan hanya sedikit tertutup bayangan Bumi (yang seakan tidak disedari perbezaannya oleh para pengamat langit. Ada 2 gerhana penumbra yang terjadi pada 2013 iaitu pada 25 Mei dan 18 Oktober).

Ada juga gerhana bulan separa, di mana Bulan hanya sedikit tertutup bayangan Bumi. Seperti yang terjadi pada 25 April 2013. Gerhana bulan yang terhitung jarang adalah ketika Bulan melewati bahagian paling gelap dari bayangan Bumi: gerhana bulan total yang terjadi pada 10 Desember 2011.

Sunday, 20 January 2013

Luahan hati seorang guru tentang anak didiknya. @inspirasiilami




Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor.

Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnyatetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat.

Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya.

Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif.

Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

“Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?” Dia terkejut dan wajahnya berubah.

“Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu.” Jawabnya

“Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?”

” Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu.”

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, “Maafkan cikgu, …….” Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

- Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi. – Facebook Medialah.com

Wednesday, 16 January 2013

18 sg : Tragis !!! Pengajaran bagi mereka yang mudah alpa. Angkara mereka yang meneguk "air setan"


Jika masih di bawah umur atau yang tidak kuat melihat foto-foto ini mohon tidak melihatnya. Jika terjadi sesuatu akibat melihat foto-foto ini seperti trauma atau mual, bukan tanggung jawab kami.


Dalam tragedi itu hanya satu orang yang selamat, sementara lainnya menemui ajal dalam kondisi mabok. Sebetulnya ada dua korban yang masih hidup saat peristiwa tersebut terjadi namun satu di antaranya meninggal saat perjalan ke rumah sakit.

Foto-foto ini di ambil oleh salah seorang yang selamat dalam insiden tragik tersebut. yang secara kebetulan mengabadikan peristiwa ini saat masih berada dirumah dan pesta miras bersama-sama hingga sesaat setelah kereta yang mereka tumpangi menemui kecelakaan yang sangat hebat dan memotong-motong tubuh mereka.

Satu hal yang harus kita ambil dalam peristiwa seperti ini adalah sebuah pelajaran, iaitu betapa pentingnya untuk tidak mengemudi saat dalam keadaan mabuk. Sebagaimana kita ketahui bersama bahawa ketika seseorang berada dalam pengaruh minuman keras maka tidak akan dapat mengendalikan diri. Memandu dalam keadaan mabuk akan anda ketehui sendiri akibatnya.

Yang masih di bawah umur atau yang tidak kuat melihat foto-foto ini mohon tidak melihatnya. Jika terjadi sesuatu akibat melihat foto-foto ini seperti trauma atau mual, bukan tanggung jawab kami.




















Read more: http://www.borakkosong.com/2013/01/kecelakaan-tragik-kerana-mabuk-tubuh.html#ixzz2I6DePEPx

Tuesday, 15 January 2013

Bakar Kereta JPJ : Seorang lagi suspek di Tahan @PDRMsia @bernamadotcom.



IPOH: Polis menahan seorang lagi suspek bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan 10 kenderaan termasuk milik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seri Manjung di Pekan Ayer Tawar berhampiran Seri Manjung dekat sini, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Perak SAC Datuk A. Paramasivam berkata polis suspek berumur 40 tahun itu ditahan di Taman Muhibbah, Sitiawan Sabtu lepas pada 7 malam.

"Ini menjadikan kesemua suspek ditahan seramai empat orang yang mana tiga daripadanya berumur 17, 40 dan 33 tahun berasal dari Ayer Tawar dan Changkat Keruing, Pantai Remis," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.


Beliau berkata kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan. "Setakat ini siasatan kita (polis) mendapati lori terbabas sebab kelajuan...bila terbabas ia langgar bas dan menyebabkan pelanggaran kenderaan yang lain," katanya.



Paramasivam meminta orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu yang boleh menggugat ketenteraman awam dan meminta saksi tampil menyalurkan maklumat kepada polis.

Dalam kejadian itu kenderaan pacuan empat roda JPJ diterbalik dan dibakar orang ramai di Km 12 Jalan Sitiawan-Ipoh dilampu isyarat berhadapan Sekolah Methodist, Ayer tawar.

Kemalangan itu turut melibatkan sebuah lori sawit, sebuah lori pasir, dua bas sekolah, tiga kereta sedan, sebuah jip dan sebuah motosikal mengakibatkan empat cedera parah dan 11 cedera ringan. -BERNAMA

Tuesday, 8 January 2013

Tahukah Anda Nama-Nama Raja Pada Kad Daun Terup?


sekadar info untuk pengetahuan am. 

1. Spade = David/Raja Daud

Daud ( داود Dāwūd) ialah nabi yang juga merupakan raja Bani Israil. Semenjak masih muda telah menyertai tentera Bani Israil di bawah pimpinan Thalut melawan pasukan bangsa Palestin yang dipimpin Jalut (Goliath). Daudlah
yang berjaya membunuh Jalut, sehingga dipuji sebagai pahlawan perang. Setelah Raja Thalut meninggal, Daud menggantikannya sebagai raja. Allah mengangkat Daud sebagai nabi dan rasul-Nya.

Kepadanyalah diturunkan kitab Zabur. Daud memiliki beberapa mukjizat, kecerdasan akal, memahami
bahasa burung, dan melembutkan besi hanya dengan menggunakan tangan kosong dan Daud juga memiliki suara yang paling merdu daripada semua suara umat manusia, sama seperti Yusuf yang diberikan wajah yang paling tampan.

Daud memulakan pembangunan Bait Suci iaitu Baitul Muqaddis yang telah diselesaikan oleh anaknya Sulaiman, yang ketika ini dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa. Daud meninggal pada usia 100 tahun dan dikebumikan di Baitul Muqaddis.
2. Club = Alexander the Great/Iskandar Agung

Alexander (yang) Agung, (bahasa Yunani: Μέγας Ἀλέξανδρος (“Megas Alexandros”), bahasa Inggeris: Alexander
the Great) adalah seorang penakluk berasal dari Macedonia. Beliau diakui sebagai salah seorang pemimpin tentera paling genius sepanjang zaman. Beliau juga menjadi inspirasi bagi penakluk-penakluk seperti Hannibal, Pompey dan
Caesar dari Romawi, dan Napoleon. Pada masa pemerintahannya yang singkat, Alexander mampu menjadikan Macedonia sebagai salah satu empayar terbesar di dunia.

3. Heart = Charlemagne/ Raja Perancis

Karel yang Agung atau Karel Agung (Perancis: Charlemagne; bahasa Latin: Carolus Magnus atau Karolus Magnus; bahasa Jerman: Karl der Große; bahasa Inggeris: Charles the Great, bahasa Itali: Carlo Magno) (742 atau 747 – 28 Januari 814), adalah raja kaum Frank dari tahun 768 hingga 814 dan kaum Lombard dari tahun 774 hinggai 814.
Beliau dinobatkan sebagai Imperator di Rom pada hari krismas tahun 800 oleh Paus Leo III. Beliau dianggap sebagai pengasas Tamadun Rom yang Suci (dengan gelaran Karel I). Melalui penaklukan dan pertahanan, beliau mengukuhkan dan mengembangkan kekuasaannya hingga meliputi sebahagian besar Eropah Barat. Beliau juga sering dianggap sebagai pengasas Perancis dan Jerman, bahkan tidak keterlaluan dianggap sebagai pengasas Eropah.
4. Diamond =Julius Caesar

Gaius Julius Caesar (Latin: C·IVLIVS·C·F·C·N·CAESAR¹) (13 Julai 100 SM–15 Mact 44 SM) adalah seorang pemimpin tentera Rom yang kekuasaannya terhadap Gallia Comata memperluaskan lagi dunia Rom sehingga ke Oceanea Atlantic, melancarkan serangan Rom pertama ke Britan, dan memperkenalkan pengaruh Rom terhadap Gaul (Perancis kini), sebuah pencapaian yang kesan langsungnya masih terlihat hingga kini.
Julius Caesar bertarung dan memenangi sebuah perang saudara yang menjadikannya penguasa terhebat dunia Rom, dan memulai reformasi besar-besaran terhadap masyarakat dan pemerintah Rom. Beliau menjadi diktator seumur hidup, dan memusatkan pemerintahan yang makin melemah dalam republik tersebut.
Nota Tambahan:
4 jenis kad (Spade, Heart, Diamond, Clud) = 4 musim dalam 1 tahun.
52 kad = 52 minggu dalam 1 tahun.
13 fasa kad = 13 fasa bulan

sekadar info untuk pengetahuan am. 
sumber: www.gallerydunia.com, billyinfo.blogspot.com

Sunday, 6 January 2013

Teman lelaki buka mulut

ORANG ramai berhimpun untuk meratapi kematian mangsa 
rogol berusia 23 tahun di New Delhi, India semalam.


NEW DELHI - Teman lelaki seorang gadis yang maut selepas dirogol secara beramai-ramai dan diserang dengan kejam sehingga mencetuskan ketegangan di India, menceritakan pengalaman ngerinya kepada media.
Temuramah lelaki yang namanya tidak didedahkan itu disiarkan oleh saluran televisyen Zee News.
Menurutnya, kejadian pada 16 Disember lalu itu berlaku apabila mereka menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumah mangsa di pinggir New Delhi selepas menonton wayang.
Sebaik sahaja masuk ke dalam bas, dia dan kekasihnya diserang sebelum mangsa dirogol dalam bas oleh enam lelaki yang mabuk. Dia dan mangsa turut dipukul dengan batang besi. Insiden itu berlaku selama dua jam setengah. Mereka kemudian dicampak keluar dari bas terbabit dalam keadaan bogel.
"Serangan itu sangat ganas dan saya tidak sanggup menceritakannya kepada kamu. Binatang pun tidak akan bertindak sedemikian," katanya yang patah kaki.
Lelaki itu mengkritik pihak polis kerana lambat tiba di tempat kejadian. Polis juga mengambil masa selama 30 minit berikutan percanggahan pendapat mengenai balai polis mana yang perlu mengambil tanggungjawab ke atas jenayah itu, sebelum membawa mereka ke hospital.
"Saya ada melawatnya di hospital. Dia memberikan semua maklumat terperinci mengenai penyerangnya dan mahu melihat mereka dibakar hidup-hidup," katanya lagi.
Berikutan siaran temuramah itu, polis India semalam telah membuka kertas siasatan ke atas Zee News.
Kertas siasatan itu didadftarkan pada Jumaat. Polis mendakwa temu ramah itu boleh menyebabkan identiti mangsa diketahui, sekali gus melanggar undang-undang India. - AFP

Wednesday, 2 January 2013

Wanita dua anak madukan suami


Rahsia seorang wanita beranak dua ‘memadukan’ suami selepas dipercayai bernikah dengan seorang doktor di Thailand, Julai lalu, terbongkar apabila rumah dihuni pasangan itu di Penggaram, di sini, diserbu pihak berkuasa, semalam.
 

Dalam serbuan itu, wanita berusia 35 tahun terbabit berkeras kononnya sudah ‘menceraikan’ suami pertama ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) Batu Pahat, jam 1.30 pagi.

Malah, seorang lelaki berusia 40-an, dipercayai abang wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu, memarahi doktor terbabit yang dikatakan menjalin hubungan sulit dengan adiknya.

Pada masa sama, seorang lelaki dipercayai suami pertama wanita terbabit juga tiba tidak lama kemudian dan hanya mendiamkan diri.

Ketika mendedahkan perkara itu, Timbalan Ketua Penguat Kuasa JAJ Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pada mulanya, wanita terbabit menafikan dia dan suami keduanya itu sudah bernikah, tetapi mengubah pengakuan selepas didesak.[metro]

Wednesday, 26 December 2012

Model dan Blogger Malaysia Dedah tubuh dalam facebook #Blogger

Model Professional Malaysia, Sofea Putih Dedah Tubuh Dalam Facebook Dan Blog.
Baru-baru ini dunia hiburan Malaysia dikejutkan lagi dengan satu lagi agedan berani mati model professional iaitu Sofea Putih


 Malaysia, Sofea Putih Dedah Tubuh Dalam Facebook Dan Blog.

Menurut Facebooknya, Sofea Putih merupakan bekas pelajar SBP di Pahang dan didakwa merupakan bekas pelajar IPT di Selangor. Model yang berani posing maut ini dilahirkan di Pahang pada 19 Mei 1994. 

Dalam photoshoot yang dipaparkan dalam galeri Facebook Sofea Putih (kini mungkin dah ditutup) dia bergambar separuh bogel (bogel?) dengan Ali Akhbar. Gambar tersebut telah tersebar luas sejak minggu-minggu lepas. Selain itu terdapat juga orang menyatakan yang Sofea Putih berani untuk mengambil gambar tersebut kerana dia bukan wanita tulen. Dia adalah 'lelaki'. Admin tak pasti betul atau tidak tetapi hanya mengetahuinya selepas membaca dari orang lain. 

Read more: banyak lagi kat sini.

Banyak Stadium utama Negeri untuk anjur Liga Malaysia 2013 waktu malam 'belum lulus'. #FAM #harimauMalaya

Stadium Darul Aman.

Hanya 4 stadium dibenar anjur perlawanan waktu malam.


HANYA empat stadium setakat ini mendapat kelulusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menganjurkan permainan pada waktu malam.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, empat stadium itu ialah Stadium Shah Alam di Selangor; Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang; Stadium Jalan Besar di Singapura dan Stadium Negeri Sarawak di Kuching.

Hamidin yang juga Naib Presiden FAM berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat bersama anggota majlis JKPT bagi membincangkan perkara berkaitan stadium dengan lebih lanjut hujung minggu ini.

"Saya difahamkan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban dan Stadium Perak di Ipoh sedang menjalankan kerja penambahbaikan
fasiliti...(kemungkinan besar) mereka akan bermain pada waktu petang.

"(Bagaimanapun) kita akan menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa di mana-mana stadium (yang terlibat dengan saingan Liga Malaysia 2013) bagi memastikan pasukan yang berhasrat untuk beraksi pada waktu malam mematuhi peraturan yang kita tetapkan," kata Hamidin ketika dihubungi Bernama.

Hamidin turut memberi jaminan persiapan pasukan kelab dan negeri yang bersaing dalam Liga Malaysia 2013 tidak akan terjejas walaupun skuad kebangsaan yang dibimbing oleh Datuk K.Rajagobal dijadualkan terlibat dengan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 pada Februari depan.

"Kalendar Liga Malaysia 2013 sudah (hampir) siap dan kita yakin persiapan pasukan kelab dan negeri tidak akan terganggu," katanya.

Liga Malaysia 2013 akan membuka tirai secara rasmi pada 5 Januari depan menerusi perlawanan Piala Sumbangsih antara juara Piala Malaysia, Kelantan menentang juara Liga Perdana, Angkatan Tentera Malaysia di venue yang masih belum ditetapkan FAM.

Aksi Liga Perdana dan Liga Super 2013 masing-masing akan bermula pada 7 dan 8 Januari.

Piala FA 2013 melibatkan 30 pasukan dari Liga Super, Liga Perdana dan Liga FAM akan bermula 25 Januari depan. - Bernama

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 25 December 2012

Info Banjir : 11,000 Mangsa terpaksa dipindahkan. #1Malaysia

(Gambar 1) Seorang pekerja resort, Che Ramlah Mat Nasir, 55 

menyelamatkan kerusi dari dihanyutkan setelah kawasan resort itu dilanda 
banjir ekoran hujan lebat di pusat peranginan Cherating, Selasa. 
Meskipun cuti umum sempena perayaan Krismas, namun kawasan pelancongan 
itu lengang dari kunjungan orang ramai berikutan musim tengkujuh yang 
melanda pantai timur kini. -fotoBERNAMA

Mangsa Banjir Di Pantai Timur Kini Hampir 11,000


KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk petang Selasa dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 10,800 mangsa dipindahkan berbanding lebih 6,000 mangsa pada sebelah pagi.


Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi Selasa, dan jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 3,218 berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara pula, sejumlah 2,376 mangsa dipindahkan di Pahang berbanding 1,743 pagi tadi, manakala mangsa banjir di Johor kekal 16 orang.
Di TERENGGANU, mangsa banjir di Hulu Terengganu meningkat kepada 1,052 orang petang Selasa manakala Kuala Terengganu menyaksikan pertambahan 91 mangsa kepada 808.
Bilangan mangsa di Besut ialah 1,096 diikuti Dungun (744), Setiu (717), Kemaman (611) dan Marang (269).

(Gambar 2) Anggota Tentera turut membantu membawa penduduk-penduduk
Kampung Gong Duek untuk keluar selepas jalan Pasir akar ditutup kepada semua kenderaan ringan akibat banjir, Selasa. Banjir yang melanda kawasan Hulu Besut
dianggap luar biasa kerana didapati membabitkan kawasan yang sebelum ini belum pernah dinaiki air.

 - fotoBERNAMA
Pusat penempatan banjir yang beroperasi di Terengganu ialah di daerah Besut (16), Dungun (12), Hulu Terengganu (16), Kemaman (13), Kuala Terengganu (lapan), Marang (10) dan Setiu (18).


Sementara itu, Jalan Jerangau-Jabor yang ditutup pagi Selasa dibuka semula kepada semua lalu lintas pada sebelah petang.

Bagaimanapun, Kilometer 13 Jalan Tembila ditutup kepada semua kenderaan ringan kerana ditenggelami air sedalam semeter dan Jalan Penarik-Permaisuri di Kampung Nyatuh juga ditutup kepada kenderaan ringan.

Di KELANTAN, jumlah terbesar mangsa dipindahkan ialah di Pasir Mas iaitu 2,049 diikuti Kuala Krai (355), Kota Baharu (264), Tanah Merah (217), Pasir Puteh (245), Machang (47) dan Tumpat (41).

Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai; Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah; dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Rantau Panjang masih mencatat bacaan di atas paras bahaya, menurut portal rasmi kerajaan negeri itu.

Setakat petang Selasa, tiada lagi jalan utama di negeri itu ditutup kepada kenderaan dan tiada laporan kemalangan jiwa. Cuaca ketika ini mendung dan diselangi hujan renyai.
Di PAHANG, 2,152 mangsa dipindahkan di Kuantan, Pekan (167) dan Rompin (57).

Beberapa laluan di kawasan Sungai Lembing ditutup kepada lalu lintas bermula Selasa berikutan paras air Sungai Lembing yang semakin meningkat.
Dalam pada itu, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang melawat mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sinar Mutiara di Pekan berharap mereka bersabar.


(Gambar 3) PRIHATIN…
Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang Tunku Azizah berkenan membantu menyediakan makanan kepada mangsa banjir ketika melawat Pusat Pemindahan Situasi banjir di Pahang makin membimbangkan dengan pertambahan mangsa banjir di pusat pemindahan berbanding Isnin apabila hujan turun secara berterusan sejak pagi tadi.
 -fotoBERNAMA
Titah baginda, pihak bertanggungjawab kini sedaya upaya membantu mangsa yang terjejas dan meminta mereka tidak menyalahkan pihak berkenaan jika bantuan lewat sampai.

"Saya harap mereka tidak menyalahkan pihak yang datang memberi bantuan... mungkin keadaan jalan yang tidak berapa baik dalam keadaan cuaca hujan begini menyebabkan bantuan sedikit terlewat," titah baginda. - BERNAMA


P/S : Semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Harap semua Mangsa banjir dapat bersabar serta berhati-hati.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 24 December 2012

Helang Cuba Sambar Bayi, di sangkan Makanan.


Helang merupakan haiwan pemangsa yang sering memburu mangsanya di udara dan di darat dan jarang menyerang manusia.. Jom Tengok Video !!!



Namun, siapa sangka, seorang bayi yang disangka sebagai makanannya telah disambar dan nyaris dibawa terbang ke udara.Kejadian tersebut sempat dirakam oleh seorang pejalan kaki.