Monday 29 October 2012

Khutbah Berbaur Politik :- Siapa yang harus bertanggungjwab. #TukarKedah





Sebagai umat Islam mereka perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah agama seperti mengumpat, mengeji, memfitnah sesama seagama apatah lagi bercakap tentang politik. Apabila menghampri suasana PRU 13.
baca selanjutnya kat link di bawah ini:-

kamera kupang: PANAS!!!: RAKAMAN AUDIO KHUTBAH JUMAAT ...


Khutbah Aidiladha kebencian di Kelantan.

KOTA BHARU 26 Okt. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) kerana masih mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang mengelirukan dengan menyeru ke arah perpecahan dan menanam bibit-bibit kebencian kepada para pemimpin negara.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) berkata, sayap Pas itu mengulangi semula khutbah berbau kebencian tersebut dalam teks yang diedarkan ke seluruh surau dan masjid sempena Hari Raya Aidiladha hari ini.

Beliau berkata, teks khutbah kali ini lebih keras jika dibandingkan teks khutbah Hari Raya Aidilfitri lepas yang telah dipertikaikan oleh banyak pihak.

"Sangkaan saya, setelah ditegur keras oleh saya dan beberapa pihak lain kerana mengeluar dan menyebarkan teks khutbah Hari Raya Aidilfitri yang berunsurkan hasutan politik sebelum ini, tentulah DUPK akan mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang bernada lebih kendur.

"Rupa-rupanya tidak begitu, di mana teks khutbah Aidiladha DUPK yang dibacakan pada hari ini bernada lebih keras, sekali gus memberi gambaran betapa tidak takutnya DUPK kepada Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) selaku pihak berkuasa agama negeri.

"Hakikat betapa DUPK begitu berani mencabar kewibawaan Maik jelas terbukti melalui sanggahan keras teks khutbah Aidiladha DUPK kepada teks khutbah Aidiladha Maik yang menyeru kepada perpaduan dan kesatuan bangsa Melayu kerana perpaduan dan kesatuan bangsa Melayu merupakan satu jalan untuk membentuk kesatuan dan perpaduan umat Islam seluruhnya yang lebih besar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada Ogos lalu, beliau menyelar tindakan kerajaan Pas Kelantan membenarkan imam dan khatib masjid serta surau negeri ini membaca khutbah Aidilfitri dikeluarkan DUPK yang menyimpang daripada tujuan asal dan boleh mengundang perpecahan umat Islam.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, teks khutbah Aidiladha DUPK itu dengan bongkak menolak mentah-mentah seruan perpaduan yang dibuat Maik.

"DUPK menyatakan perpaduan yang dimahukan oleh Pas adalah atas asas akidah tauhid, bukan melalui ajaran kebangsaan yang sempit dan bukan melalui pemahaman sekular yang sesat, seolah-olah mereka yang bukan dari kalangan ahli dan penyokong Pas tidak mengesakan Allah sahaja lagaknya.

"Bagaimanapun, di dalam kelantangannya menyindir dan menghentam pihak lain, DUPK sebenarnya hanya memperlihatkan tembelang sebenar Pas yang bertopengkan agama semata-mata,'' katanya.

Katanya lagi, teks khutbah DUPK tidak lebih daripada satu cubaan Pas untuk memindahkan kegagalannya melaksanakan hukum hudud di Kelantan kepada Kerajaan Pusat sahaja.

"Sebagaimana yang telah saya dedahkan sebelum ini, Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Guaman Pas Pusat, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong, sendiri telah mengakui betapa kerajaan Pas Kelantan sebenarnya berkuasa untuk melaksanakan hukum hudud, hanya ia tidak melaksanakannya sahaja," katanya.
Justeru itu, beliau menyeru pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas ke atas DUPK kerana mengeluar dan menyebarkan teks khutbah yang tidak bertanggungjawab ini.

"Saya juga ingin menyeru orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan politik sempit Pas yang melalui teks khutbah DUPK, menyeru secara halus rakyat agar menolak bantuan dan pemberian Kerajaan Pusat kepada mereka dengan menyifatkannya sebagai rasuah," katanya.UTUSAN

No comments:

Post a Comment