Friday 26 October 2012

Isu 'Pengorbanan' @abby_abadi112 jadi topik hangat Sambutan Idul Adha 1433 H.

Panas beb!! Bekas mufti Perlis hari ni dah belasah Ostazah Ebbi pasal kenyataan mengarut Ebbi tentang ibadah korban..

Dr Asri kata, kenyataan Ebbi tu boleh membawa erti Ebbi mengharamkan binatang yang disembelih secara halal..

Dan Asri menyifatkan, Ebbi patut sedar menyembelih binatang adalah tak sama dengan membunuh binatang seperti yang dinyatakan oleh Ebbi...

Ketika dihubungi oleh portal SGB, Dr Asri enggan mengulas banyak berhubung kenyataan terbaru Ebbi itu.

"Saya tak follow twitter dia, saya tak tahu. Saya tak tahu apa maksud dia. Perkara lekeh (remeh) sangat. Masalah siapa Abby, pergi ke dia lah (terpulanglah pada dia).. isunya ialah kenyataan dia adalah tak betul"

"(kenyataan Abby) tak benar, kalau kenyataan itu benar, kita telah membatalkan ratusan, ribuan korban orang, (kerana) kita menganggap binatang yang di sembelih besok kebanyakkannya bangkai. Tak sembelih sama dengan bangkai.

"Kenyataan tak betul, akibat (kenyataan tersebut) boleh membatalkan korban jutaan orang islam dalam dunia. Siapa pun yang keluarkan kenyataan itu tak betul", tegas beliau lagi. Sumber MPP


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment