Tuesday 16 October 2012

Gempar !!!! Calon PAS Kupang bertikam lidah dalam Masjid selepas solat subuh..

Gambar hiasan

ini berita pasnas yang baru KK terima dari salah seorang penyokong tegar Ustaz Taib Azzamuddin.. cerita ini belaku kira-kira minggu lepas di sebuah Masjid di Kampung..... tak payah la.... KK beritahu. Ceritanya bermula begini..

Semasa berlaku pertandingan pemilihan PAS peringkat Cawangan Kampung tersebut yang teletak di laluan lebuh raya Kulim Grik, Penyandang ketua Cawangan tersebut cuba mempertahan Jawatan, tetapi dicabar oleh Ketua Pemuda PAS cawangan iaitu seorang guru  di sekolah Agama, Ketua Pemuda PAS adalah orang kuat YB Johari (ADUN Kupang) sering dilihat bersama serta mengiringi YB Johari  di Majlis Anjurah PAS, Kupang. Manakala  ketua cawangan merupakan seorang pesara merupakan orang lama serta penyokong kuat Ustaz Taib azzamuddin. Pada pemilihan yang lepas, berlaku pertandingan sengit di antara keduanya. sehinggalah keputusannya memihak kepada orang kuat YB johari dengan kemenanga hanya 1 undi.

Gambar di kaburkan,Ketua Cawangan PAS
yang baru hanya menang 1 undi jer..
Selepas dari kejadian maka berlaku perpecahan PAS di Kampung tersebut, menjadi 3 Puak, Penyokong Ustaz Taib di ketuai oleh bekas ketua Cawangan ..... manakala puak Cg. Joe di ketuai ketua Cawangan yang baru iaitu guru sekolah agama tebabit. dan satu puak lagi kira dok makan untung la.... yang mana mai semua depa sapu. Rupanya hasil dari pemilihan tersebut belarutan sehinggalah berita ini di keluarkan.

Bicara infomer KK lagi.... Bekas ketua Cawang tersebut telahpun menghantar surat dan membuat permohonan untuk menubuhkan Cawangan PAS yang baru.... sampai macam tu sekali perbalahan puak PAS ni... kalau korang nak tau aku sebutkan sedikit "KLU" Cawangan Baru tu.. PAS Cawangan Kg. Jenalik, Kupang. Korang carilah sendiri..sebab kat kampung  tu juga ada nama Kampung Seberang Jaya, Kupang. kihhhhh...kihhh
back to story..pasal bertikam lidah tadi...

Kekalahan Bekas  Ketua Cawangan Tersebut.. di tangan seorang ketua pemuda PAS, amat sukar di terima dan menjatuhkan moral serta reputasi beliau.. mungkin selama ini beliau berasa amat selesa dengan jawatan yang di sandang di Cawangan tersebut, menyebabkan selepas kekalahan tersebut, beliau jarang menghadirkan diri serta mendirikan solat di Markaz Pas, ok... untuk pengetahuan semua pembaca Kat kampung tu.. orang PAS lebih suka solat kat Markaz walaupun jarak Masjid dengan Markaz dalam 200 meter je...  beliau lebih selesa mendirikan solat berjemaah di Masjid, walaupun di pujuk oleh ahli yang lain untuk hadir ke Markaz.

Gambar yang di kaburkan adalah bekas
ketua Cawangan PAS Kg. Tersebut.
Pekara ini sampai ke pengetahuan ketua Cawangan yang baru, menyebabkan pelbagai spekulasi dan andaian di buat... macam-macam cerita dari ahli-ahli PAS ini, biasalah ahli PAS suka buata fitnah...... ada yag kata bekas ketua cawangan du pujuk untuk masuk UMNO.. maka pada suatu subuh minggu lepas bertembunglah si kedua mereka... di Masjid .... dan selepas menunaikan solat subuh dengan megah dan bongkak si Ketua cawangan PAS yang baru telah memerli bekas ketua cawangan... maka berlaku perbalahan yang di dengar sekalian jemaah yang ada... termasuklah ahli-ahli UMNO serta ahli PAS sendiri.. sehingga terpaksa di suraikan.

KK mendapat maklumat ini dari Infomer KK yang juga ahli PAS cawangan Kampung tersebut  ketika pertemuan kami di suatu tempat. Maka terpulanglah kepada pembaca untuk mempercayainya atau tidak. KK cuma menyampaikan seperti apa yang di sampaikan oleh Infomer KK. Jika ada maklumat terbaru komen la......

No comments:

Post a Comment