Showing posts with label PAS Kupang. Show all posts
Showing posts with label PAS Kupang. Show all posts

Tuesday, 14 May 2013

#HanyaDikedah : " Duit dah Bagi, Geran Mana Pi " YB Johari perlu selesaikan. #TolakPR



Alhamdulillah... PRU13 dah selamat berlalu, kini tiba pula untuk rakyat tuntut janji. Tapi bagi KK buat masa ini KK tak nak lagi nak tuntut apa yang dijanjikan oleh kerjaan BN di Kedah. ye lah kan.. Dah BN dapat merampas kembali dan menumbang Regim PAS di negeri ini.

Apa yang KK nak bangkitkan disini, ialah Janji-janji PRU12 oleh kerajaan PAS Kedah semasa mentadbir negeri ini dan juga yang telah di "lacurkan" oleh PAS di Kupang ini. "Awas !! jangan diingat Kalau Barisan Nasional memerintah dan mentadbir di DUN Kupang, kami akan lupa apa yang PAS Kupang buat kat kami" ujar seorang sahabat ini. YB Jo harus bertangungjwab !! jangan lepas tangan dalam hal ini... dia janji nak selesaikan hal ini sebelum PRU13 nak bagi geran tapi "haram" janji tinggal janji.

Luahan hati dari seorang sahabat, berhubung dengan "kes geran tanah usaha". Beliau serta mereka yang terlibat dalam "kes" ini akan sedaya upaya mendapatkan geran ataupun duit  yang mereka telah serah kepada Pejabat YB Johari Abdullah bekas ADUN Kupang. Apa cara sekali pun, termasuklah laporan Polis berdasarkan resit serta bukti-bukti yang ada.


Makin kayalah sekarang YB Joe dan kroni-kroni dia..... patut la makin ramai yang berimpit dengan YB Johari.  



Lihat dukumen yang dikeluarkan PEJABAT YB PAS KUPANG.....
SURAT TANPA NAMA.. COP PUN TIADA.  


korang mesti terfikirkan..... macamana pej. YB PAS boleh kutip duit

Monday, 13 May 2013

Tudia !! 'Yang ni betul-betul kena tipu' Geran tak dapat duit bakal lesap #TolakPR #HanyaDiKedah


Mengenangkan kembali nasib yang menimpa PAS di Kedah, apatah situasi yang melanda penduduk yang selama berjuang untuk mendapatkan sepucuk geran tanah di Kawasan Gunung Inas kupang, Kedah.

Mereka yang meduduki dan ada yang bercucuk tanam di atas tanas usaha selama bepuluh tahun. Selepas PAS berjaya memerintah negeri Kedah mereka dijanjikan pelbagai janji manis. Akan diberikan geran tanah ke atas tanah usaha tersebut. Sebagai hak milik mereka. Padahal tanah yang mereka usahakan merupaka tanah rizab kerajaan dan diwartakan sebagai hutan simpan kekal. Selama 5 tahun mereka ditipu, malahan gerombolan regim PAS Kupang pula mengutip duit dari penduduk, jika ingin memohon geran tanah tersebut.
"Ada sesetengah bayar RM4,000, ada yang bayar RM3,000..RM500 – RM600 ni biasa ja bayar (kepada pejabat DUN Kupang)

Ermmmm... Kepada pendudk kampung yang terlibat, dah dapat ker Geran tanah seperti yang dijanjikan oleh matan YB dan juga wakil kerajaan PAS Kedah. Jika belum apa 'tunggu lagi'... Ermmm macam menghasut plak ayat tu... Kehhh kehhh.. "Kalau geran tak boleh, janji duit yang hampa bagi tu dapat balik cukup ler, simpan resit tu elok-elok.. Nanti ramai kita pakat pi tuntut. "Tak kan 'pemimpin' Islam nak lari kot..

KK cuma nak ingatkan jer......

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, 10 March 2013

PAS sapu Bangunan milik Pejabat Daerah (Bekas Pejabat Perhilitan ) jadi Markas Besar PAS Kupang. @TukarKedah




Saja nak bagi bagi tau.... nak riuh sikit pasal Bangunan tu.. Ramai yang dok tanya pasal bangunan tu.. Dulu masa zaman UMNO perintah bangunan tu dijadikan sebagai Pejabat penghulu Mukim Kupang kemudianya di jadikan sebagai Pejabat perhilitan daerah Baling.

Sememang umum mengetahui sikap PAS umpama Regim Zionis Selepas mereka berkuasa. Apa saja yang berada depan mata depa, jika mengutung periuk nasi diaorang 'comfirm' diaorang akan sapu. Malahan sanggup menipu rakyat..janji perut depa kenyang dulu.

Awat hebat sangatkah PAS Kupang sekarang ni ehhhhh.... Sehingga menjadikan Bekas pejabat Penghulu mukim dan juga pejabat Perhilitan Daerah Baling sebagai Markaz Pemuda PAS Kupang. Apa keistimewaan PAS atau ada orang dalam di Pejabat yang membenarkannya.. 

Jika bangunan berkenaan adalah milik Kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pejabat Daerah.. Apa Kuasa pejabat Daerah selepas pembubaran dewan DUN. 


Jika dakwaan bangunan berkenaan telah di buka tender untuk sesiapapun yang ingin mendudukinya bila tarikh tender pengumuman tu ? 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 7 March 2013

Dulu Ustaz PAS kini @tianchua pulak "Hina @PDRMsia #LahadDatu



APA PERSAMAAN USTAZ NI DENGAN TIAN CHUA...



ANAK DIDIK DAP !!!


Lahad Datu: Kenyataan Tian Chua diselar

Beberapa pemimpin dan pemerhati politik menyelar Naib Presiden PKR Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah semalam dengan dakwaan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.

    
NONE
Mereka berkata kenyataan Tian Chua (kiri) itu tidak bertanggungjawab dan keterlaluan memandangkan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu bersabit soal keselamatan dan keamanan negara.
    
Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak sensitif kepada isu keselamatan negara.
    
"Dengan membuat kenyataan seumpama ini, dia boleh dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat paling rendah. Ini adalah satu kenyataan melulu yang tidak kita harapkan daripada seorang manusia yang sopan.
    
"Apa yang boleh kita harapkan daripada dia apabila kita betul-betul berada dalam peperangan jika dia boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu terhadap insiden pencerobohan di Lahad Datu," katanya kepada Bernama apabila dihubungi.
    
Antara lain, laporan yang tersiar di laman berita rasmi PKR itu memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.
    
"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata anggota Parlimen Batu itu.
    
Justeru, Tunku Abdul Aziz mahu rakyat menilai peribadi Tian Chua dan berfikir sebelum memilih pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
    
Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.
    
Kejadian itu turut menyaksikan 12 penceroboh bersenjata yang merupakan sebahagian daripada 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan Malaysia, terkorban.
    
Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Tian Chua itu sebagai "jahat dan jahil" . 
    
"Umno tidak akan mempermainkan soal keselamatan negara dan tidak mungkin menjadi pengkhianat kepada negara tercinta yang Umno telah berjuang untuk memerdekakan.
    
"Umno bukan macam pembangkang dalam beberapa peristiwa yang lepas telah mengkhianati negara ini," katanya. 
    
Nada sama dilontarkan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang menggelar Tian Chua sebagai "pembawa cerita bohong bersiri" yang sentiasa mencari kesalahan Umno dan kerajaan walaupun dalam situasi genting.
    
"Dia adalah ekstremis dan saya tidak terkejut dengan kenyataannya itu. Memang tugas dia memburukkan Umno tanpa bukti, tapi secara spontan... Ini membabitkan isu keselamatan, dan bukan (masa untuk) political mileage," tegasnya.
    
Bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani pula berkata seharusnya semua pihak ketika ini bersatu dan tidak mencampur aduk politik dengan soal keselamatan negara.
    
Tegasnya, tindakan sewajarnya harus diambil terhadap Tian Chua dan mana-mana pihak yang dilihat menghasut rakyat supaya tidak mengulangi perbuatan sama.
    
Bernama

Wednesday, 27 February 2013

Pendedahan Eksklusif !! Terkini Guru SMK Calon PAS untuk DUN Kupang terbongkar . #PakatanHarapanRakyat @NajibRazak @MuhyiddinYassin


KK di beritakan oleh beberapa orang ahli PAS,  Seorang guru Agama sebuah Sekolah Kebangsaan antara calon pilihan untuk mewakili PAS di DUN Kupang pada PRU13 ini. Beliau yang menjawat Jawatan politik sebagai Setiausaha PAS Kawasan Baling, yang begitu aktif membantu perjalanan politik PAS di kawasan Baling ini. Selepas PAS kawasan Baling menggugurkan YB Ustaz Taib Azamuddin sebagai YDP Kawasan digantikan dengan YB Johari Abdullah. 


Beliau yang di maksudkan ialah Ustaz Hassan Bin Saad. Merupakan orang kuat YB Johari Abdullah. Khabar angin yang bertiup kencang yang menyatakan Ustaz Hassan sebagai Calon di sokong dengan Bukti Video dari berita awani. APa yang dilihat kelibat Guru Agama sekolah menengah Kebangsaan di Kupang ini menghadiri Pelancaran "manifesto Pakatan Rakyat" di selangor.

Guru Sekolah sanggup tinggalkan sesi persekolahan, walaupun ketikan di utara hari persekolahan untu ke Program Politik pembangkang. Ambil cuti tanpa gaji atau Cuti tahunan atau MC.... cer cer story cikit.....

Makin Popular ler bakal YB ni......

P/S : Maknanya calon muda ustaz hilmi yang disebut-sebut sebgai calon YB jadilah......

Tuesday, 29 January 2013

VIDEO Panas !! Dalang "songlap" duit Tanah Gunung Inas bakal di Dedahkan oleh Peguam UMB @TunFaisal #SlmtknGngInas #TukarKedah


Peguam Penasihat kepada UMB (Unit Media Baru)
Pemuda UMNO Malaysia, meneliti dukumen.
Berhubung dengan kenyataan yang di keluarkan oleh Pejabat YB Johari yang mengakui ada menerima wang dari penduduk kampung yang membuat permohonan Tanah usaha di Gunung Inas. baca disini Panas !!!!! Pejabat YB PAS Kupang mahu Saman Akhba.  


sekiranya duit itu dikaut oleh pejabat YB Johori, yang didalangi oleh mreka yang cuba untuk mengambil kesempatan kepada penduduk kampung yang kurang berkemampuan. inilah padah sekiranya Pejabat YB menyalahgunakan mandat yang diberikan rakyat.


Satu memorandum berkaitan hal tersebut akan dihantar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat dan pihaknya akan melihat perkara itu dari sudut undang-undang.



Apa-apa pun selepas Pembongkarkan masalah ini, maka kelam kelin=butlah pejabat YB mahupun Pejabat MB menafikan hal ini. Mungkin Pejabat Tanah akan menjadi mangsa Kambing Hitam PAS Kedah dalam Isu Ini.



Monday, 28 January 2013

Panas Berapi ! Pejabat YB PAS Kupang mahu Saman Media berhubung ISU TANAH Gunung Inas.#TukarKedah #SlmtknGngInas @tunfaisai

Kenyataan Dari Pejabat YB Johari PAS Kupang.
Tahak Lahmad
Untuk makluman pembaca. jom kita Dengar dan baca Jawapan yang di keluarkan oleh Pejabat YB Johari PAS  Kupang. BERHUBUNG kenyataan En Tahak pada sidang media di Kampung Iboi.

 
Memang Puak Pencacai Pas ini... Bodoh... Korang kena dengar betul apa Video kat bawah.. pakcik ni Pun tak cakap di yang mohon tanah tu...tapi nama beberapa orang anaknya yang memohon. Resit yang dikelurkan bukan atas namanya tapi anak-anaknya. cuma dia yang mengusahakan tanah-tanah tu. 

Video di bawah merupakan antara mangsa rompakan oleh regim PAS.


Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.

"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.

"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi. kUPANG

Pejabat YB ADUN Kupang di "pecahkan" Dukumen Tanah Lesap. #TukarKedah #SlmtknGngInas



Nahhhhh !!! Kesabaran penduduk Kampung setelah sekian lama menanti, Penduduk pemohon Tanah kecewa dan tidak tahan sabar gara-gara menunggu terlalu lama tanah yang diteroka diberikan geran hak milik.. ada juga marah-marah selain bertanyakan mengenai status geran hak milik tanah mereka sehingga kadang-kala ada yang naik angin. Ketika sesi dialog bersama Penasihat undang-undang UMB.



Apa yang lebih sedih, Penantian mereka umpama menunggu Bulan Jatuh keriba. Dah ler.. Duit permohonan dah di bayar, Demi untuk memelik sebidang tanah usaha yang sah. Sanggup menghabiskan wang simpanan, ada juga yang bergadai demi mendapatkan senaskah geran.Padahal yang yang diusahakan selama ini sudah mengeluarkan hasil.

Hal ini berlaku disebabkan, kerajaan PAS kedah yang pada ketika itu telah memengangi PRU 12 Negeri kedah sedang "Galak gila" meraikan kemenangan tersebut, telah berjanji akan memberikan geran tanah usaha kepada penduduk Kampung di sekitar gunung Inas, Baling.

Ini adalah bertujuan bagi, merasuah serta mengurang perasaan marah penduduk kampung terhadap "regim tua Zionis" PAS kedah untuk mengeluarkan kayu balak di kawasan TADAHAN AIR dan Hutan Simpan Kekal Gunung Inas.



Licik sungguh "wayang yang di amainkan oleh "regim" PAS, Tindakan diktaktor Azizan Razak yang mengumumkan pemberian Geran Tanah Usaha Gunung Inas. menyebabkan Penduduk sekitar Gunung Inas yang mengusaahakan tanah tersebut begitu teruja. 


Puak regim PAS yang didalangi oleh "orang" Pejabat YB DUN Kupang, menubuhkan jawatankuasa yang "ahli-ahli" hantu untuk merompak wang peduduk kampung yang mengusahakan tanah di Gunung Inas. ratusan ribu di rompak tanpa sedar oleh pemohon tanah usaha konon untuk urusan pejabat tanah. Tetapi malangnya Resit yang dikeluarkan oleh jawatankuasa tersebut hanyalah yang di beli dikedai runcit bukanya dari pejabat tanah.

Akibat desakan dari pelbagai pihak termasuklah Media, terhadap "orang-orang" dari pejabat YB ADUN Kupang yang menjadi dalang mengaut duit permohonan tanah usaha gunung Inas. Pihak terbabit mendesak YB Kupang bertanggujawab dalam hal ini, memandang alamat yang tertera di dalam surat dan resit di keluarkan oleh Pejabat YB ADUN Kupang. 

Secara tiba-tiba... "tersengaja" "di rancang" atau "betul berlaku" Pejabat YB kupang di pecah masuk pada Jun 2012.

Pihak ADUN Kupang, YB Johari memberikan alasan bahawa Proses permohonan tanah usaha gunung inas terbantut dan menjadi perlahan kerana di sebabkan segala dukumen yang berkaitan dengan Tanah tersebut telah hilang. Licik sungguh alasan tersebut tetapi itulah jawapan paling Bodoh... yang aku penah dengar....apa di desak oleh ADUN Bayu pada sesi Sidang Dewan Negeri.

Adakah Dukumen Permohonan tanah disimpan di pejabat ADUN ?????




Sunday, 27 January 2013

Panas !!! Pengakuan berani RM10K telah diserahkan ke Pejabat ADUN Kupang. #TukarKedah #SlmtknGngInas #pas #KL112 @SPRMMalaysia


Kamal Subaki menunjukan Surat Kebenara sementara
Bukanya Geran seperti yang di janjikan.

Hebat sungguh Muslihat yang di maikan oleh Regim Pas di Kupang Ini. Untuk mendapat sepucuk/Sehelai Geran Tanah perlu membayar ribuan ribu ringgit. Padahai Tanah tersebut merupakan tanah yang telah di ushakan puluhan tahun dahulu. tanah yang terletak di Kaki Gunung inas.

Benarkah kos tersebut harus di bayar kepada Pejabat Tanah dan Galian Daerah ATAU sengaja di cipta oleh Oleh pejabat ADUN Kupang. Bagi mencari kepastian..... apakah sebenar yang belaku. Apakag ada UNSUR-UNSUR penyelewengan yang berlaku dalam urusan permohon tanah ini....

Video di bawah merupakan antara mangsa rompakan oleh regim PAS.



Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.

"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.

"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi, 

Tuesday, 8 January 2013

PAS di Baling jadi "dayus" pasal penggunaan "Kalimah ALLAH" @anwaribrahim @abby_abadi112


KEPUTUSAN MAJLIS TERTINGGI PAKATAN "Kalimah ALLAH" SEMUA AGAMA BOLEH GUNA.



Mana suara  puak-puak PAS di Baling yang selama ini dok gebang depalah pejuang Islam sejati. HENDAK PERTAHAN ISLAM konon.... kes penggunaan Kalimanah Allah pun dah "terkesok" atau dalam bahasa boleh "kecut teloq". 

Awat la hampa ini... Mana pendirian tok-tok guru hampa, Pemimpin-peminpin hampa....

Sejak isu ini keluar, ramai pencacai PAS kat FB dan Twitter mula 'sawan" bila ditanyak bab "kalimah Allah" mereka jagi meroyan.. tak apalah bukan penting sangat cai-cai depa ni.

Apa-apa pun aku, harap kan PAS DI BALING yang di pimpin oleh USTAZ TAIB ooopppsss telupa pula, yang Ustaz taib dah kena tendang sebagai penaraju PAS di Baling... tak apalah... Sesiapa di kalangan Pemimpin PAS di Baling Boleh TAK NYATAKAN PENDIRIAN PAS Baling berhubung penggunaan Kalima ALLAH ? 


DR HARON DIN DAN ULAMAK PAS DI "ANJING" KAN OLEH ANWAR IBRAHIM

Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang berjaya menendang keluar Datuk Dr Haron Din dan Ulamak Pas daripada mencampuri mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang memutuskan kalimah Allah.


Dengan ketiadaan Dr. Haron Din dan beberapa ulamak Pas, Anwar bersama pemimpin tertinggi DAP serta Haji Hadi  meluluskan penggunaan Kalimah Allah oleh Agama Kristian.

Kalimah Allah bukan sahaja boleh digunakan oleh Agama Kristian tetapi oleh mana-mana Agama jika mereka mahu menggunakannya.

Datuk Dr. Haron Din dan Datuk Harun Taib sebelum ini membuat kenyataan bahawa mereka tidak sesekali membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh mana-mana Agama selain Islam. Barang sesiapa yang memberi keizinan mereka adalah dikalangan orang yang kufur.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas berpuashati dengan penggunaan kalimah Allah boleh digunakan dimana-mana tempat dan Pas telah pun buat fatwa pada tahun 2010 lagi.

Wednesday, 26 December 2012

So!!! Kepada PAS KAWASAN BALING serta konco-konconya.

BERANI KE ? PAS Di Baling Nak suruh Khatib Baca Khutbah Jumaat Hentam DAPigs dalam Isu Penggunaan "Kalimah" ALLAH.


PEHHHHHH....Makin hebat tok Imam serta khatib acuan PAS berkhutbah menghentam Kerajaan dengan pelbagai dakyah serta teori bagi menjatuhkan kesalahan keatas kerajaan sehinggalah pemberian baucer buku, BR1M serta kenaikan harga barang.

Kali ini aku nak dengar Imam-imam serta Khatib-khatib yang dok suka berpolitik dalam Masjid tu. Mengulas serta mempertahan kesucian kalimah "ALLAH" agar tidak di gunakan oleh penganut agama lain.

Kepada PAS KAWASAN BALING serta konco-konconya.

fikirlah demi perjuangan "Membangun Bersama Islam" seperti yang di ILHAM oleh Allahyarham Tuan Guru Ustaz Fadil Nor dan Mereka yang mati sahid dalam peristiwa memali, yang  mana isu ini dimain oleh puak PAS sebagai modal Ceramah.

Beranikah konco-konco PAS nak membantah atau nak memutarkan belitkan lagi kenyataan DAPigs demi Undi...

aku "UP" kan kembali audio Khutbah yang menghentam kerajaan oleh seorang Ustaz yang Mengajar di SEK. KEB. di Daerah Baling.

Rakaman AUDIO Khutbah Jumaat di Sebuah Masjid.

yang telah di sampaikan.

INI ADALAH #SIRI1


DAP mahu Pusat benar guna kalimah ALLAH
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Disember 2012
Lim Guan EngSHAH ALAM – DAP menggesa 

Kerajaan Persekutuan yang 

diketuai Barisan Nasional (BN) 

membenarkan perkataan ALLAH 

digunakan dalam semua Bible 

berbahasa Melayu seperti yang 

dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media sempena sambutan Hari Krismas hari ini yang disambut oleh penganut agama Kristian seluruh dunia.


“Selain membenarkan perkataan ALLAH seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.


“Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya.


Akhbar mingguan Katolik, The Herald pada tahun 2009 berdepan masalah apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang edisi Bahasa Malaysianya menggunakan perkataan ‘ALLAH’ untuk merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.


Bagaimanapun, dalam penghakimannya pada bulan Disember 2009, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan perkataan ‘ALLAH’ adalah salah di sisi undang-undang.


Penghakiman tersebut yang mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya dan kemudiannya digantung sementara menunggu rayuan kerajaan BN yang berhujah bahawa perkataan ‘ALLAH’ adalah eksklusif kepada umat Islam.

sinar