Showing posts with label PAS kedah PEMBOHONG. Show all posts
Showing posts with label PAS kedah PEMBOHONG. Show all posts

Saturday, 24 May 2014

Gempar !! "SIASAT SEMULA INSIDEN MEMALI" JANGAN SAMPAI MATI SIA-SIA. #HanyaDiKedah




siasat semula kes memali, nak siasat apa lagi. satu malaysia tahu fakta ibrahim libya menentang polis dengan kekerasan setelah mengujudkan kumpulan bagi menentang kerajaan setelah diminta menyerah diri mereka menentang melalui kekerasan beberapa anggota polis terkorban dan begitu juga dipihak kumpulan ibrahim libya termasuk beliau sendiri terkorban.

Kes ini lebih kurang macam di Sauk Grik dulu.Yang perlu siasat siapa yang menghasut kumpulan ini sehingga taksub untuk menentang kerajaan bukan kah amanat hj hadi Pas, kemudian kenapa mereka ini dikebumikan tampa dimandi dan dikafan. Dan yang paling penting tabung kutipan untuk balu dan anak yatim yang bapa terkorban dimana lesap bernilai RM 1.4 juta tabung ini dipengerusikan oleh mat sabu.- Komen dari Blog


Zainal bin Ismail atau nama pena C.N Al-Afghani terasa amat kesal sekali dengan tindakan  PAS “Hingga kini Pas terutama di Kedah gagal melunaskan janji mereka kepada rakyat dan gagal sama sekali mengotakan kata-kata dan melaksanakan perjuangan Pas yang dilabelkan sebagai parti Islam,” 


KLIK - ISU PENYELEWENGAN TABUNG MEMALI


Photo: #PRKTelukIntan : Di Khabarkan malam tadi Kutipan derma tabung memali mencecah belasan ribu ringgit...semalam. kemana duit ini akan pergi?

Mengapa PAS sehingga sekarang, masih enggan berterus-terang tentang
Tabung Derma Memali yang jumlah duitnya puluhan juta ringgit tetapi pembahagiannya tidak pernah
sampai ke tangan golongan yang telah mereka jadikan umpan untuk mengutip derma dari seluruh rakyat Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Dan setiap kali persoalan Tabung Derma Memali ditimbulkan, pasti ada seseorang yang sangat resah dan kelam-kabut.

SEBENAR YANG KENA SIASAT TABUNG UNTUK BALU MEMALI DAN WARIS YANG MENINGGAL TU....

Kahhhh !! kahhh padam muka uma kena "bahong" lagi ler... Duit derma hat dulu dema dah samun..... mana Musa Hitam yang hampa kata dah join hampa... tak mai-mai pun. Tak kan hampa nak kena 2 kali bahong.. tu dah jadi bangang... malam tu saja Depa kutip RM12k .....

Monday, 3 February 2014

Tahniah !! YB Nasir Zakaria mampu lakukan sesuatu demi Rakyat di Kangkongkan. #HanyaDiKedah



Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat Md Khalil Abdul Hadi, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Pinang Romani Wan Salim dan Ketua Pemuda PAS Kedah Nasir Zakaria. Himpunan yang sengaja diadakan di hadapan Kompleks Pekan Rabu, mengambil kesempatan dari kehadiran orang luar balik/bercuti. Himpunan selama dua jam yang bermula pukul 3.30 petang itu turut membabitkan 10 badan bukan kerajaan (NGO).

Kononya "langau" hendak tunjukkan yang mereka berjuang untuk rakyat. tapi habok pun tarak. KEHADIRAN "langau" ini membuatkan pelawat tidak mendapat keselesaan  serta menutup rezeki  penianiaga di Kompleks pekan rabu. Bayangkan siapa yang hendak melawat dan membeli sedangkan puak langau ini berhimpun didepan pintu... Menyalak... Ini semua..Poyooo


Penganjuran himpunan bantah kenaikan harga atau Turun 3.0 anjuran Pemuda Pas Kedah yang berlangsung hari ini dikecam peniaga Kompleks Pekan Rabu.

Ia disifatkan sebagai tindakan biadab kerana tidak memaklumkan kepada pihak pengurusan dan peniaga di situ menyebabkan berlaku suasana tidak menyenangkan dalam kalangan peniaga dan pelanggan. 

Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Azmi Shahab, terkejut apabila mendapat rungutan daripada peniaga terbabit berikutan kehadiran peserta Turun 3.0.

Menurutnya, perhimpunan tanpa keizinan itu adalah kurang ajar sekali gus mencalar imej kompleks perniagaan itu sendiri.

"Tindakan mereka adalah satu pencerobohan terhadap keharmonian Pekan Rabu sebagai pusat perniagaan utama di bandar raya ini.

"Penganjuran perhimpunan itu menganggu ketenteraman orang ramai dan peniaga. Pekan Rabu hari ini menjadi tumpuan orang ramai memandangkan ia hari cuti umum,"



Kecewa dengan penganjuran terbabit, Azmi berkata, pihaknya akan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

"Kami kesal kerana penganjur seolah-olah mempergunakan peniaga di sini untuk menyokong tindakan mereka sedangkan kami tidak terlibat dengan kenaikan harga barang.

"Ramai peniaga merungut dan rasa kecewa kerana kehadiran orang ramai terganggu akibat perhimpunan itu," katanya. 



Tanpa Nama berkata...
Tu pun import mai mana macai2 hijau depa utk bg riuh ramai kt Pekan Rabu.. macai2 PAS yg bodo2 ni ja duk rajin lg ikut.. yg dh serik dgn pemerintahan rejim PAS 2008 dlu tobat tk mai dah..

tgk muka sekoq2 tu dpt habuan duit minyak moto RM 8 serong sekoq..
depa pakai Pekan Rabu sbb pa? sbb hari cuti boleh angkut gambaq mcm ramai org..pdhal nk amik peluang org2 luaq yg beli belah..

yg kedua.. ada beberapa kedai/ hali koperasi Pekan Rabu.. tu puak totok2 PAS..

utk pengetahuan hangpa..salah satu yg kaki kuat kempen PAS.. tp bodo tktau apa.. tu kedai juai minyak angin dan makjun.. kedai tu se aras dengan kedai2 jual kerepek2 yg bersambung dgn jejantas tu.. cukup pekat lendir hijau PAS.. tp dlm kedai siap juai ubat seks jantan betina di celah2 minyak angin.. 

kt belakang siap ada juai pam vakum seks.. ITU LA SALAH SEKOQ KEDAI PENCACAI PAS/AHLI KOPERASI PEKAN RABU yang hangpa patut tau!!

wahai macai bahlol PAS... nak pemuhong org luaq buleh la kencing meleleh2.. jgn pemuhong org Aloq Setaq!!

Sunday, 16 June 2013

Peristiwa Hitam !! BN Kedah Jangan Ulang Perangai Lama. #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir


Tak kan benda yang "simple" dan "kecil anak" macam ni kita terpaksa nak huraikan...  Memang tak faham atau sengaja tak nak faham.. Memang puak-puak PAS "kaki Fitnah" sengaja nak putar belitkan faktar sebenar jer... atau terpaksa "MEMPERBODOHKAN" diri yang dah kurang cerdik....tu

Kisahnya ringkas jer.... Macai-macai PAS sengaja memutarkan belitkan Fakta sebenar berhubung dengan Pusat Tahfiz Sain Pulau Tuba. Di TANGGUHKAN .... bukan di HENTIKAN.... Di TANGGUHKAN .... bukan di HENTIKAN.... Di TANGGUHKAN .... bukan di HENTIKAN.... Di TANGGUHKAN .... bukan di HENTIKAN.... tak yang pun KK nak kena Ulang. sengaja bubuh warna hijau nak bagi puak PAS faham.

kalau tak faham-faham juga .. seperti saranan rakan seperjuangan duke of UMNO  puak macai Pakatan kena pi Tuisyen, sebab gagal Bahasa Malaysia kalau boleh tu ajak ler sama Lim Guang Eng. 

Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba Langkawi tertangguh disebabkan segala peruntukan untuk projek tersebut telah habis digunakan oleh Kerajaan Pas Kedah semasa mereka memerintah dulu.

Maknanya duit untuk buat projek tu, Pas pakai untuk projek lain, ataupun mereka dan kroni dah kebas duit projek tu!!
Sebab tu selama 5 tahun mereka memerintah dulu, mereka masih gagal untuk sambung balik projek Pusat Tahfiz tu. Nak sambung apa duit dah takdak. Ruj Blog Kedah ke Kl.

Kepada rakan-rakan dalam PAS pejuang maya, Jangan "nak" Zalim sangat.. Kalau benar itu, akuilah jangan nak tunjukkan kebodaohan kepada umum sangat. Ingatlah kalau sebelum ini Allah dah Izinkan PAS mentadbir Kedah.. Tetapi Allah dah tarik balik nikmat dan kesempatan yang diberikan. Tentu ada sesuatu yang kita LUPA dan Lalai semasa kita mendapat kesempatan itu.... 

KK : Blogger PAS bukan Bodoh...tetapi kurang cerdi jer....

Saturday, 8 June 2013

Kenangan Terindah catatan terindah buat Ustaz Azizan dan PAS di Kedah. #HanyaDiKedah #5tahun3billion



Kenangan terindah Ustaz Azizan Razak Bekas MB Kedah dan juga bekas Persuruhjaya PAS Negeri ketika meninjau salah satu Projek "yang mengkayakan Kroni".

Untuk pengetahuan semua, Artikel ini di "cedok" sepenunya dari Medan Tempur Kedah 
apa yang ditulis ini dari kaji selidik yang MTK jalankan sendiri mengikut isu isu yang pernah kami ( bloggers Kedah) bangkitkan sebelum ini.. Masih banyak lagi isu isu agak sulit yang belum dikeluarkan kerana ada beberapa pekara masih dalam siasatan..

Itulah sebanyak banyaknya bangkai busuk yang ditinggalkan oleh kerajaan Pas untuk rakyat Kedah walaupun hanya sepenggal memerintah.. Banyak pekara yang perlu dilakukan oleh YAB Datuk Paduka Mukhriz untuk mencuci bangkai yang ditinggalkan oleh mereka..

Walaupun berat untuk memikul amanah sebagai Menteri Besar, Aku yakin dengan kemampuan YAB Datuk Paduka merealisasikan impian anak Kedah untuk menjadikan Kedah sebagai negeri perindustrian, pelancongan dan pertanian.. Teruskan membaca dan nilaika sendiri sejauhmana kejayaan yang di kecapi oleh PAS di kedah di sini
?
?

lembah Agro

keli k
 

Thursday, 23 May 2013

Masyaallah !! Tuan Guru Hj. Salleh Pondok Sik, bakal deserang sakit jantung dengar ucapan ini. #HanyaDiKedah #blackout505 @abby_abadi112




Ya Allah,kurniakan kepada kami isteri kami, zuriat keturunan kami sejuk mata memandang & jadikan kami pemimpin kpd orang orang yang bertakwa.
 
Tetapi bagaimana pula dengan ucapan kat bawah ni...inikah mencermin "ketakwaan" seorang pemimpin. Pemimpin yang akan membawa jemaah PAS di kedah. Aku pun hairan bagaimana PAS Kedah boleh dipimpin seorang yang "bertuhankan" anwar dan DAP.


Kalau maca inikalikah gaya... kemungkinan perpecahan dalam akan lebih teruk lagi.. Kemana hilangnya suara ulama DALAM PAS.

Inikah Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru di lantik... Lansung pengucapan tidak mencermin seorang pemimpin yang akan membawa dan mengemudi jemaah. Dimana letak ciri-ciri ketakwaan sebagai pemimpin islam.



Wednesday, 15 May 2013

Panas !!! Mantan MB Azizan Razak luah perasaan sedih dan pilu dengan sikap Penyokong PAS. #HanyaDiKedah #black505 #PascaPRU13



Bismillahir-Rahmaanir-Rahim kisah ini bermula....

di sini . ini merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih benar seorang yang bergelar Pesuruhjaya PAS dan Mantan Menteri Besar.., tetapi mengapa ada yang "melukakan" hatinya. sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…



Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar.  Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan. 

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar  perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan  untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."


Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang  calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah. 

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun  dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"? 

MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan  meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan  Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan".  Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".

Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas. 

Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali. 

Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.

Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan  Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur. 

Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long  he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off".  Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.

Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok." 

"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah. 

Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar,  bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.

Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk.  Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan  membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.

Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu".

Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan  qasar.

Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.

Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.

Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!

Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah. 

Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.

Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.

Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur.  Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.

Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!

Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok!

KK cuma nak pesan jer..Takdir Allah, terimalah seadanyaAllah sebaik-baik perancang. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua. Sifat orang yang BERIMAN adalah tenang menghapai setiap dugaan dan Cabaran. Tenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. so..orang PAS jangan jadi "Pencacai DAP dan PKR".


Monday, 13 May 2013

Tudia !! 'Yang ni betul-betul kena tipu' Geran tak dapat duit bakal lesap #TolakPR #HanyaDiKedah


Mengenangkan kembali nasib yang menimpa PAS di Kedah, apatah situasi yang melanda penduduk yang selama berjuang untuk mendapatkan sepucuk geran tanah di Kawasan Gunung Inas kupang, Kedah.

Mereka yang meduduki dan ada yang bercucuk tanam di atas tanas usaha selama bepuluh tahun. Selepas PAS berjaya memerintah negeri Kedah mereka dijanjikan pelbagai janji manis. Akan diberikan geran tanah ke atas tanah usaha tersebut. Sebagai hak milik mereka. Padahal tanah yang mereka usahakan merupaka tanah rizab kerajaan dan diwartakan sebagai hutan simpan kekal. Selama 5 tahun mereka ditipu, malahan gerombolan regim PAS Kupang pula mengutip duit dari penduduk, jika ingin memohon geran tanah tersebut.
"Ada sesetengah bayar RM4,000, ada yang bayar RM3,000..RM500 – RM600 ni biasa ja bayar (kepada pejabat DUN Kupang)

Ermmmm... Kepada pendudk kampung yang terlibat, dah dapat ker Geran tanah seperti yang dijanjikan oleh matan YB dan juga wakil kerajaan PAS Kedah. Jika belum apa 'tunggu lagi'... Ermmm macam menghasut plak ayat tu... Kehhh kehhh.. "Kalau geran tak boleh, janji duit yang hampa bagi tu dapat balik cukup ler, simpan resit tu elok-elok.. Nanti ramai kita pakat pi tuntut. "Tak kan 'pemimpin' Islam nak lari kot..

KK cuma nak ingatkan jer......

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 8 April 2013

Gempar !! PAS Kedah tidak bergaduh. #GE13 #PRU13 #TukarKedah #SaveKedah



Dakwaan pergeseran antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi kini dianggap 'rahsia umum'.

Tahun lalu, pentadbiran negeri Kedah dilanda kemelut apabila Phahrolrazi dan pesuruhjaya PAS III Kedah, Dr Ismail Salleh enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.
Kedua-dua pemimpin PAS itu bertindak demikian dipercayai kerana tidak berpuas hati dan kecewa dengan kepimpinan Azizan berhubung pelbagai isu yang melanda pentadbirannya.

PAS Pusat dan negeri akhirnya mengadakan pertemuan khas - yang berlarutan sehingga jam 3 pagi - bagi menyelesaikan masalah itu sebelum mengarahkan kedua-duanya menerima semula jawatan tersebut.

Sementara itu, Mahfuz juga percaya kontroversi pembalakan di Tasik Pedu tidak akan menjejaskan usaha PAS Kedah untuk mengekalkan pentadbiran mereka di Kedah.

"Cuma sekarang ini kita fikir macam mana kita mahu terangkan kepada rakyat," katanya.

Kerajaan negeri sebelum ini mempertahankan kelulusan aktiviti pembalakan di situ dan menegaskan ia bertujuan untuk projek ladang buah-buahan bagi meningkatkan pendapatan negeri._ Kedah Lanie.


Dalam saat pilihan raya menjelma, Pertembung sesama sendiri dan sikap ingin menunujukan pengaruh masing-masing. Tentunya Mat Sabun syiah membuka banyak lubang  serta laluan kepada musuh azizan menyerangnya. 

mari kita lihat apa yang berlaku sebenarnya yang terjadi mengikut kupasan dari blog Kedah Ke KL . Mana pernah Phahrol keluarkan kenyataan 'Enjin 3 selindir kat Azizan'.. tu media UMNO tuu. Orang-orang Phahrol tak pernah ugut pun nak tutup bilik gerakan, mana pernah!

Phahrol pun tak pernah kena 'culik' 2 jam dalam sekolah, tak pernah ehhh.. semua tu dusta belaka.

Phahrol tak pernah buat sidang media 'khas' untuk maki Azizan di rumah dia dulu. Dia tak buat, UMNO FITNAH!!

Malah Phahrol tak pernah pun keluar kenyataan dalam SINAR yang dia dah 'bersedia' untuk jadi MB. Dia tak cakap pun. Muka sama, tapi bukan dia!

Malah Nasir Mustaffa yang dok kutuk MB dalam 'Zello' pun, hanya rekaan UMNO semata-mata. Depa kawan baik Azizan dengan Phahrolrazi ni, siap boleh cium pipi.

Phahrol tak pernah suruh pun 'orang Azizan' belot kat Sungai Limau, dia mana pernah pi sana, dia siap berdoa, Ustaz Azizan jadi calon Sungai Limau!

Kiranya tak pernahlah Phahrol kutuk Azizan dalam ceramah Pas. Kalau anda pernah tengok, mungkin itu hanya kembar Phahrol. Macam Anwar cakap, 'muka macam saya, tapi perut tak sama!

Jadi kesimpulannya, jumpa orang jangan tengok muka, tapi tengok perut, pastikan perut dia sama, untuk kenal pasti seseorang individu.



Tuesday, 2 April 2013

Ehhh!!! "Apo kono jang" #SaveKedah #TolakPR #ManifestoBukanJanji #BNBagus  


Menteri Besar Kedah Dato' Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan di bawah pimpinan beliau tidak akan memberikan janji-janji baru untuk PRU13 sebaliknya hanya akan menumpukan perhatian ke atas usaha menunaikan janji-janji lama.

Ini menunjukan bahawa kempinpinan PAS 'cuak' dan tiada wawasan untuk memajukan Kedah. Apa erti pemimpin kalau tak berani menongkah arus mahu berjanji untuk mensejahterakan rakyat.

Pada PRU 13 ini regim PAS yang di ketuai Azizan tidak membentang manifesto atau berani memberikan janji atau harapan untuk diwarkan kepada rakyat kerana mereka tidak berkemapuan untuk memerintah.

Selain itu juga regim PAS di kedah terpaksa tunduk dan menyembah kehendak DAP dan PKR. Senarai calon telah pun dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi oleh kerana tiada persefahaman antara mereka, soal percalonan ini tidak dapat diselesaikan seperti yang dikhabarkan.

Hanya tiga parti sahaja yang terlibat dalam pakatan pembangkang tapi perkara seperti ini tidak dapat diselesaikan, sedangkan Barisan Nasional (BN)yang mempunyai lebih banyak parti komponen masih boleh berkerjasama secara harmoni dalam memilih calon.

Ini berikutan tindakan Anwar mengumumkan nama calon PKR bagi Parlimen Alor Setar malam tadi sedangkan DAP berkeras mahu bertanding di situ.

Semakin dekat dengan PRU13, semakin terbongkar permasaalahan yang berlaku dalam PAS di Kedah, rupanya PAS di negeri Kedah ini bertuankan DAP.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 22 March 2013

[Video] Edisi Khas Asam Pedas #PRU13: Cg Non Memali CABAR @MahfuzOmar Berdebat 403. #TukarKedah @TajudinSik @abby_abdi112 #1Malaysia



Beranikah Mahfuz Omar terima cabaran ini




Beranikah Mahfuz Omar Bedebat dengan Cikgu ABC ni.... Mungkin juga Mahfuz akan jadi macam Azizan meroyan dan kecut teloq..Pandai sangatkah puak pas berdebat berdasarkan Fakta... setahu aku Mahfuz pendidikan tahap sekolah....... ermmm tak payah cakap la... PAS kalau bercakap suka auta.

Sekarang kita tunggu apa jawapan Mahfuz Been... dan juga PAS Kedah berhubung cabaran Cg. Non... KK cuma sekadar menyapaikan ajer........

seterusnya klik sini

[Video] Edisi Khas Asam Pedas #PRU13: Pengakuan Cg Non Memali "Kafirkan" Ibubapa. #TukarKedah @TajudinSik #1Malaysia

Salinan Surat dari Bapa Cg. Non
muka surat 1

Luahan kesal Bapa kepada Cg. Non terhadap sikap beliau yang sanggup mengkafirkan keluarga semata-semata Amanat Hj Hadi.


Salinan surat tersebut dari bapa saya yang meluahkan rasa kesalnya terhadapa sikap saya yang seperti mengkafirkannya. Tidak menegur dan bersalaman walaupun di hariraya.Saya lakukan ini semata-mata terikut dengan amanat Haji Hadi yang diamalkan dalam perjuangan PAS.

muka surat 2


Sebelum ini saya menyerahkan anak sulung tinggal bersama ibubapa etika berusia 1 tahun 6 bulan. seteah berusia 11 tahun saya cuba ambil kembali atas dasar tidak mahu dipelihara oleh ibubapa yang tidak bersama PAS. Tindakan drastik ini menyebabkan ibu saya teramat sedih sehingga bapa menulis surat ini. Semoga Allah ampuni saya dan cucuri rahmatNya ke atas Roh bapa.....Alfatihah...


saksikan video pengakuan berani Cg. Non Memali....


ikuti sambungan artikel ..seterusnya.

#Cg Non Cabar Mahfuz Debat

Wednesday, 20 March 2013

[Video] Kecoh !!!! Pasang bendera Pun nak tunjuk samseng #PRU13 #TukarKedah @hmetromy


Gempar !! Sikap tidak bertolak ansur dan samseng yang di amalkan oleh penganut PAS makin teserlah tak kala menjelangPRU 13 ini. Mereka menganggap seolah Negeri kedah ini seolah hak mutlak mereka. 

Dimana semangat tolenrasi dan semangat perpaduan di kalangan masyarakat kampung yang kita amalkan dari dulu. Hanya kerana PRU dan perbezaan politik kita sanggup hilang sahabat dan jiran.

Peristiwa ini, mengajar kita dimana semangat kekeluargaan dalam masyarakat Kampung. Menurut suber, Kes berlaku di sebabkan berlaku pertikaman lidah antara kedua-penyokong Parti ketika hendak memaang bendera Parti.

Dimana menurut sumber lagi sejak beberapa PRU lepas, perjanjian di kalangan penduduk kampung atas dasar "perpaduan" akan memasang bendera parti mengikut pembahagian kawasan (kiri dan kanan bahu jalan) tetapi perjanjian ini telah di "cabuli" oelh penyokong PAS kerana taksub dengan hasutan dan sikap ego keras kepala mereka.




Cuma KK nak pesan kepada kedua-dua belah pihak, Jangan jadikan pilihan raya sebagai tempat untuk menunjukkan siapa hebat dan siapa kuat atau hendak bergaduh kerana kita sepatutnya sudah matang berpolitik dan menjadikan PRU 13 ini sebagai satu peristiwa yang baik untuk dikenang.

Jangalah kita tidak  bermain dengan sentimen dan emosi orang ramai, ceramah berapi-api bagi menanam kebencian dan akhirnya itulah yang berlaku (kekecohan).