Showing posts with label memali. Show all posts
Showing posts with label memali. Show all posts

Saturday, 24 May 2014

Gempar !! "SIASAT SEMULA INSIDEN MEMALI" JANGAN SAMPAI MATI SIA-SIA. #HanyaDiKedah




siasat semula kes memali, nak siasat apa lagi. satu malaysia tahu fakta ibrahim libya menentang polis dengan kekerasan setelah mengujudkan kumpulan bagi menentang kerajaan setelah diminta menyerah diri mereka menentang melalui kekerasan beberapa anggota polis terkorban dan begitu juga dipihak kumpulan ibrahim libya termasuk beliau sendiri terkorban.

Kes ini lebih kurang macam di Sauk Grik dulu.Yang perlu siasat siapa yang menghasut kumpulan ini sehingga taksub untuk menentang kerajaan bukan kah amanat hj hadi Pas, kemudian kenapa mereka ini dikebumikan tampa dimandi dan dikafan. Dan yang paling penting tabung kutipan untuk balu dan anak yatim yang bapa terkorban dimana lesap bernilai RM 1.4 juta tabung ini dipengerusikan oleh mat sabu.- Komen dari Blog


Zainal bin Ismail atau nama pena C.N Al-Afghani terasa amat kesal sekali dengan tindakan  PAS “Hingga kini Pas terutama di Kedah gagal melunaskan janji mereka kepada rakyat dan gagal sama sekali mengotakan kata-kata dan melaksanakan perjuangan Pas yang dilabelkan sebagai parti Islam,” 


KLIK - ISU PENYELEWENGAN TABUNG MEMALI


Photo: #PRKTelukIntan : Di Khabarkan malam tadi Kutipan derma tabung memali mencecah belasan ribu ringgit...semalam. kemana duit ini akan pergi?

Mengapa PAS sehingga sekarang, masih enggan berterus-terang tentang
Tabung Derma Memali yang jumlah duitnya puluhan juta ringgit tetapi pembahagiannya tidak pernah
sampai ke tangan golongan yang telah mereka jadikan umpan untuk mengutip derma dari seluruh rakyat Malaysia, bahkan di seluruh dunia. Dan setiap kali persoalan Tabung Derma Memali ditimbulkan, pasti ada seseorang yang sangat resah dan kelam-kabut.

SEBENAR YANG KENA SIASAT TABUNG UNTUK BALU MEMALI DAN WARIS YANG MENINGGAL TU....

Kahhhh !! kahhh padam muka uma kena "bahong" lagi ler... Duit derma hat dulu dema dah samun..... mana Musa Hitam yang hampa kata dah join hampa... tak mai-mai pun. Tak kan hampa nak kena 2 kali bahong.. tu dah jadi bangang... malam tu saja Depa kutip RM12k .....

Friday, 11 April 2014

"Oh my God," PERISTIWA MEMALI Tun Dr Mahathir TERLIBAT SAMA ? #HanyaDiKedah


 "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

TUN M JAWAB ISU MEMALI..



1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan. – chedet.cc


Tuesday, 2 April 2013

Tudia !!! Cikgu Non Memali kena Boooooooo #TolakPR #TukarKedah


Putaran waktu dirasakan begitu cepat berlalu, tanpa disedari telah genap 4 tahun Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengurus tadbir kerajaan, malah tiada siapa yang dapat menyangkal mahupun menafikan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan selama ini. Ini kerana semenjak Perdana Menteri mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2008, keadaan ekonomi negara terus berkembang baik berlatar belakangkan ekonomi global yang tidak menentu. 

Keberansangan dan perkembangan ekonomi dalam tempoh ini memperlihatkan kejayaan implementasi Program Transformasi Ekonomi (ETP) sekaligus membuktikan bahawa negara berada di landasan yang baik untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sebagai contoh, Keluaran Dalam negeri Kasar (KDNK) dan Pendapatan Negara Kasar (PNK) telah menunjukkan peningkatan yang ketara malah dijangka akan mencecah jumlah 1 trilion untuk kali pertamanya menjelang 2013. 

Tahun 2009, KDNK yang berada pada paras 629.9 billion telah meningkat sebanyak 749.1 billion pada tahun 2012 manakala PNK yang berada pada paras 605.3 billion telah meningkat kepada 698.0 billion pada tahun 2012. Pelaburan Langsung Asing (FDI) oleh syarikat atau pelabur luar negeri juga menunjukkan peningkatan sejak 2009 iaitu penerimaan yang ketiga terbesar dikalangan negara-negara Asean. 

Pelaburan yang masuk itu tidak hanya dinilai mengikut jumlah tetapi turut di nilai dari segi pelaburan yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai tambah. Selain dari itu, kerajaan juga telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 800,000 pada tahun 2012 berbanding 2011, sebanyak 313 741 sekaligus mencapai sasaran 66%. Tidak ketinggalan Indeks Bursa Malaysia turut menunjukkan angka peningkatan sebanyak 29% sejak tahun 2010. 

Malah laporan ‘Menjalankan Pernigaan’ yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 2013 turut mengatakan Malaysia yang berada pada tangga ke-12 adalah merupakan negara paling berdaya saing yang melonjak sebanyak 6 anak tangga berbanding 2011. Ia merupakan lonjakkan paling tinggi pernah direkodkan. Seterusnya keputusan kerajaan untuk membuat penyenaraian FGV telah meletakkannya sebagai kedua terbesar di dunia dengan meraih dana sejumlah 10 billion melalui tawaran awam permulaan. Ia seterusnya diikuti dengan penyenaraian IHH yang merupakan ketiga terbesar di dunia apabila meraih 6.67 billion daripada tawaran awam permulaan. Akhir sekali penyenaraian Astro yang merupakan ketiga terbesar di Malaysia telah meraih dana sejumlah 4.8 billion. 

Kesimpulannya biarpun diberikan masa yang agak singkat, ternyata usaha gigih dan kerja keras, Perdana Menteri telah berjaya mentransformasikan negara dalam pelbagai sudut termasuk undang-undang, ekonomi dan sosial. Malah semua usaha tersebut jelas menampakkan perubahan dan kesan yang ketara terhadap rakyat dan negara. 

Berbanding dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang hanya mampu berceramah untuk menipu rakyat, tetapi GAGAL mwngurus tadbir negeri-negeri yang dikuasai. Walaupun kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR, melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi namun pendekatan itu langsung tidak berjaya menarik minat kerajaan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan untuk melakukan perkara yang sama. 

Ini kerana mereka juga yakin dan percaya, Anwar hanya mampu beretorik, namun langsung tidak mempunyai bakat untuk mengurus tadbir ekonomi dengan baik. Sesuai dengan kenyatan mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang juga merupakan pakar ekonomi sebelum ini yang mengatakan Anwar telah gagal mengurus tadbir ekonomi negara apabila diuji semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Malah kecenderungan pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ itu dalam membuat kucar-kacir serta banyak disabitkan dalam aktiviti tidak bermoral, merupakan salah satu faktor penting untuk rakyat menolak pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum ke-13.

Pekara ini di dikuatkan lagi dengan tokoh akedemi klik dan baca disini Peluang Cerah Untuk BN Di PRU13, Kata Tokoh Akademik  sekarang marilah kita sama-sama membantu dan berusaha agar apa yang kita capai dan bangunkan sekarang akan menjadi warisan kepada generasi akan datang . Ingatlah !! jangan kita terpedaya dengan pihak-pihak yang menawarkan  pelbagai janji-janji manis yang belum tentu. 2008 sudah nampak kesilapan mereka 4 tahun lepas, lantas mahu menebus kesilapan

Monday, 1 April 2013

Gempar !!! Mat Sabu nak serbu Cg Non kes Tabung Memali. @sinaron9 @tunfaisal



SIAPA C.N Al-Afghani? Di kalangan orang Pas, nama itu tidak asing. Beliau merupakan exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga 1997.

Riwayat hidupnya juga menarik. Afghani atau nama sebenarnya Zainon Ismail pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan pada sekitar tahun 1988.

Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas tuduhan mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).

Khabarnya, Afghani tidak lagi bersama Pas. Beliau kini aktif menulis buku termasuk mendedahkan kepincangan dan kesesatan dalam Pas.Mengapa beliau yang dikenali sebagai aktivis tegar Pas meninggalkan parti itu?

Rupa-rupanya ada cerita di sebalik perubahan beliau. Afghani telah menulis sebuah buku bertajuk Air Mata Di Bumi Memali yang diterbitkan pada 2010. Dalam buku itu, beliau telah mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali, iaitu tabung yang dilancarkan oleh Pas bagi membantu anak yatim dan balu mangsa Memali.

Pendedahan tersebut mencetuskan kontroversi. Isu tersebut panas dan ternyata ramai pemimpin Pas kurang senang.Afghani sendiri mengaku beliau menerima ugutan sehingga terpaksa membuat aduan polis selepas penerbitan buku itu.



Dari orang Baling untuk Rakyat Baling.... Jom kita dengar kupasan dan penjelasan dari Cikgu Non yang selama ini berjuang dengan "AMANAT HJ HADI" sehinggakan sanggup mengkafirkan IbuBapa sendiri.

Jom orang Baling, kita pakat 'mai dengaq' apa yang hendak di luahkan dan diberikan kepada kita terutamanya ahli-ahli Pas sekalian. Cuba jangan pekakan telingan, jangan nafikan hak hati.. jom fikirkan dengan akal yang waras... 




Saturday, 30 March 2013

Video (PART II) : Siapa Lelaki yang sanggup "menganiaya" Ustza Ibrahim Libya ? @mainstreamedia




PAS adalah punca insiden mamali..Namun Alhamdullillah Allah berikan rakyat keturunan bijaksana supaya dapat menilai perkara silam pada masa kini...bangkitlah wahai anak muda guna akal fikiran untuk memakmurkan Malaysia...BERSYUKURLAH keamanan Allah beri di bawah pimpinan Kerajaan yang sedia ada demi Agama Bangsa dan Negara.

Video Tragedi Memali Menyingkap kembali sejarah Memali bagi memberi pencerahan kepada generasi muda hari ini tentang hal sebenar yang diputarbelitkan oleh pembangkang terutamanya PAS bagi memburukkan pihak polis/kerajaan.

Alhamdulilah Allah telah menunjukan kebenaran di sebalik peristiwa terbabit. Bukan orang lain tetapi si ayah ibrahim libya sendiri yang mengupas peristiwa apa yang berlaku kepada 
ananknya pada masa itu.

Apa yang berlaku ini semua adalah ajaran sesat yang di bawa oleh PAS melalu amat Hj Hadi. Lihatlah sampai begitu sekali amanat dan menghalal darah semasa ISLAM memecahkan perpadua serta merosakan pemikiran sehingga penduduk kampung mcam di rasuk syaitan.

Anda saksikan video terbaru bahagian II :


Video : Bukti pembohongan pemimpin PAS dan pembangkang

Part ( 1)


Berikut merupakan rakaman Video, Pengakuan Bapa kepada Ustaz Ibrhim Libya yang menyatakan kekesalan dengan sikap taksub anaknya itu. Bapa ini,  juga  tidak merasa sedih dengan apa yang berlaku (Peristiwa Memali) kerana baginya apa yang berlaku adalah mereka yang terlibat tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku. 

Malah Ibrahim Libya sendiri terpengaruh dengan dakyah sonsang yang di bawa oleh ahli politik, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. 

Bapa Ibrahim Libya sendiri membuat pengakuan tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.
bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Malah Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.




Gempar !!!! Ceramah Cg Non Memali di Pekan Bakal Cetus 'HuruHara" dalam PAS . #savekedah #TolakPR



Dari orang Baling untuk Rakyat Baling.... Jom kita dengar kupasan dan penjelasan dari Cikgu Non yang selama ini berjuang dengan "AMANAT HJ HADI" sehinggakan sanggup mengkafirkan IbuBapa sendiri.

Jom orang Baling, kita pakat 'mai dengaq' apa yang hendak di luahkan dan diberikan kepada kita terutamanya ahli-ahli Pas sekalian. Cuba jangan pekakan telingan, jangan nafikan hak hati.. jom fikirkan dengan akal yang waras... 

Sedikit berkenaan Cg. Non.

Keadaan itu menjadi bertambah parah dengan lahirkan Amanat Haji Hadi yang disampaikan pada 7 April 1981 di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu. Sehingga hari ini amanat yang dianggap mencetuskan pelbagai konflik dalam kalangan umat Islam khususnya antara pengikut UMNO dan Pas tidak ditarik balik oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menjadi Presiden Pas.

Sebab itulah dalam buku itu, Al-Afghani mencoretkan sebuah 'Warkah Buat Datuk Seri Haji Hadi' yang antara lain meminta Abdul Hadi menarik balik amanat tersebut dan isytihar secara terbuka bahawa UMNO tidak kafir di sisi Islam.

''Dengan ini juga memudahkan lagi kami yang dalam dilema ini berlepas diri daripada ikatan amanat tersebut. Memudahkan kami memohon maaf kepada saudara kandung dan ahli keluarga, jiran tetangga, orang kampung, rakan sekerja juga pimpinan UMNO yang pernah dikafirkan satu masa dulu. Selagi mana Datuk Seri tidak mahu mengisytiharkan begitu, selagi itulah persoalan yang sering menghantui 'Kafirkah aku jika bersama UMNO, Kafirkah aku setelah dipecat dari Pas' tetap mencengkam saya. Datuk Seri harus bertanggungjawab di atas keresahan ini, bebaskanlah kami dari ikatan amanat Datuk Seri itu," tulis Al-Afghani.

Hakikatnya, buku 'Kafirkan Aku?', bukan sekadar berlegar kepada kesan amanat Abdul Hadi sahaja tetapi jauh daripada itu satu renungan dan iktibar serta peringatan kepada ahli-ahli Pas yang masih taksub dengan perjuangan parti itu untuk memahami hala tuju parti tersebut yang semakin bercelaru.

Ia kerana seperti mana dipaparkan Al-Afghani terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh Pas sekarang bertentangan dengan prinsip perjuangan asal parti itu dan segala-galanya berlaku kerana keterujaan Pas untuk mengejar kuasa ke Putrajaya bersama rakan-rakan sekutunya.

Malahan apa yang paling mengecewakan insan-insan perjuang tegar Pas seperti Al-Afghani, pemimpin-pemimpin parti itu bersedia melakukan apa sahaja kerana 'dalam mencapai matlamat (ke Putrajaya), pedulikan dulu apa juga yang ada di kiri kanan lebuh raya ke Putrajaya.'

Sebab itulah prinsip dan dasar sedia ada dikorbankan, tiada lagi ayat-ayat al-Quran atau dalil-dalil yang dibacakan oleh alim ulama Pas berhubung kerjasama dengan bukan Islam seperti mana dahulu mereka sering membaca surah al-Nisa ayat 144 yang bermaksud;

''Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kami mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman.Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang dan nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu."

Al-Alfghani juga dalam bukunya itu turut mempersoalkan mengenai tindak-tanduk kepimpinan Pas terutamanya dalam perjuangan melaksanakan hukum hudud yang kini semakin dipinggirkan sedangkan perjuangan itulah yang mengakibatkan ahli-ahli Pas sanggup melakukan apa sahaja dengan hasrat ingin melihat Pas memerintah negara ini, menggantikan pemerintahan sekular yang dibawa oleh UMNO.

''Sering kali disebut oleh pemimpin Pas, andainya Pas dapat memerintah negara pada 12 jam tengah malam, maka undang-undang Islam akan dilaksanakan pada jam 12.01 minit. Terhapuslah di situ undang-undang Lord Reid. Sokongan padu pada Pas diberikan atas dasar ini, yakni mahu lihat hukum hudud dilaksanakan. Selagi hudud tidak dilaksanakan, ertinya perjuangan Pas masih gagal. Bagaikan makan tidak bergaram, minuman tidak bergula," hujah Al-Afghani.

Apa yang menarik Al-Afghani turut menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kemelut yang berlaku dalam pentadbiran negeri di bawah Pas yang disimpulkan oleh beliau, ''Pada saya, Pas belum boleh diberi kepercayaan menerajui pemerintahan negara berdasarkan beberapa perkara. Biarlah rakyat dan ahli Pas Kedah tertipu, jangan pula seluruh rakyat Malaysia turut terpedaya. Slogan Kerajaan kebajikan, Kedah sejahtera dan Serambi Mekah masih jauh tersasar.''

Mungkin bagi mereka yang taksub kepada perjuangan Pas, seperti biasa mereka akan menuduh Al-Afghani sudah 'dibeli' oleh puak-puak tertentu, Al-Afghani adalah tali barut UMNO dan Barisan Nasional, Al-Afghani adalah pengkhianat kepada Pas.

Tetapi sebelum mereka membuat tafsiran dan tuduhan sedemikian, baca dan kajilah segala hujah dan fakta yang dipaparkan oleh Al-Afghani dalam buku berkenaan, kemudian bandingkanlah dengan situasi Pas sekarang, sudah pasti mereka akan menemui kebenarannya.

Bak kata, Al-Afghani dalam buku itu, ''Tujuan saya tidak lain, semata-mata menyelamatkan ummah yang sedang hanyut dibawa gelombang hijau, biru, merah dan kuning. Atas nawaitu ini, saya terpaksa membelakangkan segala tohmahan, Lontarkan rasa takut terhadap makhluk dan menelan segala kepahitan.

Arus yang dibawa oleh gelombang hijau ini, nampaknya begitu besar. Bagaikan tsunami yang melanda semua tumbuhan dan bangunan di tepi pantai. Saya tampil di suasana begini untuk berteriak, agar insan yang di tepi pantai segera menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi. Kembali ke landasan perjuangan sebenar berpandukan al-Quran dan sunnah.''

Oleh Zulkiflee Bakar, Utusan Malaysia


Thursday, 28 March 2013

[Video panas ] Edisi Khas #PRU13: MAT SABU ada "Teloq" sahut Cabara Cg Non Memali . #saveKedah #TolakPas @MukhrizMahathir



Pengakuan Mangsa seksual...


Cg Non belasah mat Sabu. Berani ker Mat Sabu menarik balik gelaran Al-juburi yang telah di anugerahkan kepada ANWAR AL-JUBURI....




"Sungguhpun keptusan memilih DSAI sebagai PM jika PR menawan Putrajaya selpas PRU13 ini telah dibuat, beberapa perkara harus difikir secara serius. Antaranya, 

Sebelum DSAI dipecat, Mohamad Sabu sering menyentuh isu liwat DSAI. Antaraistilah yang pernah disebutnya adalah ‘DSAI buka kilang kunyit’ dan juga menggelar DSAI sebagai ‘Anwar Al-Juburi’. Sehingga kini Mohamad Sabu tidak pernah menarik balik ucapannya. Pas Pusat juga tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadapkenyataan Mohamad Sabu itu. Ini bermakna Pas Pusat mengakui kebenaran dariucapan Mohamad Sabu. DSAI sememangnya terlibat dalam kes liwat pertama dahulu.Kalau tidak benar, Mohamad Sabu wajib tarik balik ucapannya dan memohon maaf  pada DSAI.

Sejarah telah membuktikan DSAI yang satu ketika menjadi Presiden ABIM telahlari meninggalkan jemaah Islam untuk menyertai Umno. Dengan tidak memilih Pas,saya fahamkan DSAI tidak menjiwai perjuangan Islam. Tidak mustahil, keadaan yang sama boleh berulang setelah DSAI diberi kepercayaan sebagai PM. MahukahPas sekadar menjadi batu loncatan kepada DSAI dalam mengejar cita-citanya.

Pendedahan Datuk S Nallakaruppan terhadap DSAI berhubung isu biseksual adalah serius. Logiknya Datuk S Nallakaruppan membantu DSAI memenangkanPR sebab DSAI bakal jadi PM. Sebagai kawan rapat tentu Datuk S Nallakaruppanboleh mengharapkan sesuatu. Oleh itu, selagi Pas tidak tubuh jawatankuasa khasmenyiasat isu ini, bermakna Pas masih mengamalkan sikap pilih kasih.


Saya ulang sekali lagi, kalau PR menang, Islam tidak tertegak, untuk apa lagi perjuanganPas ini hendak diteruskan. Apakah Datuk Seri dapat memberi jaminan, setelah Pasberkuasa tanpa melaksanakan hudud, maka Allah akan turunkan keberkatan.

Gempar !!! Pengakuan Ayah kepada Ustaz Ibrahim Libya Memali. #TolakPas #TukarKedah



Berikut merupakan rakaman Video, Pengakuan Bapa kepada Ustaz Ibrhim Libya yang menyatakan kekesalan dengan sikap taksub anaknya itu. Bapa ini,  juga  tidak merasa sedih dengan apa yang berlaku (Peristiwa Memali) kerana baginya apa yang berlaku adalah mereka yang terlibat tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku. 

Malah Ibrahim Libya sendiri terpengaruh dengan dakyah sonsang yang di bawa oleh ahli politik, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. 

Bapa Ibrahim Libya sendiri membuat pengakuan tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.
bapanya tidak sedih dengan apa yang berlaku kerana mereka semua tidak mengikut nasihatnya untuk mengelak kebinasaan yang berlaku. Ibrahim Libya dipengaruhi oleh anasir asing, ahli PAS dari Alor Setar (Mat Hassan) yang menggalakkan mereka menentang kerajaan berdasarkan Amanat Haji Hadi. Malah Bapa Ibrahim Libya tidak mengaku anak jika Ibrahim tidak menyerah diri.



Setakat yang saya tahu, perjuangan Assyahid Ustaz Ibrahim adalah untuk mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan syariat Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir. Itu yang beliau selalu ucapkan. Malahan itu adalah antara sebab utama Assyahid menentang UMNO pada masa itu. Beliau malah beranggapan berjuang menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan hudud, qisas & ta'zir adalah satu jihad! Sebab itu Assyahid menyertai PAS, kerana pada masa itu perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan syariat hudud, qisas & ta'zir cukup jelas.

Malahan baru beberapa tahun sebelum itu Amanat Haji Hadi disampaikan di Terengganu, amanat yang cukup jelas dan matlamat dan perjuangannya. Matlamat yang menarik perhatian ramai anak muda Islam memilih untuk menyertai PAS, termasuk saya. Matlamat yang tumbuh subur searus dengan gelombang kebangkitan Islam yang divetuskan oleh revolusi Iran pada masa itu. Tapi itu PAS pada masa itu, PAS yang disokong dan didokong oleh ramai anak muda yang dahagakan pengembalian pemerintahan Islam!

Saya tidak tahu apa agaknya tanggapan Assyahid jika melihat keadaan PAS sekarang. PAS yang sedia bersekongkol dengan kafir harbi DAP. PAS yang sanggup mengadakan perjanjian persefahaman penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat bersama DAP/PKR yang tidak menerima undang-undang Islam dan menolak perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. PAS yang membenarkan nama ALLAH digunakan secara syirik oleh kumpulan Kristian. PAS yang membenarkan tempat sujud ruku' umat Islam dicemari oleh kaki kafir harbi yang tidak menghormati hukum berpakaian Islam. PAS yang menghalalkan penggunaan hasil arak untuk pembangunan. PAS yang membenarkan anak isteri dijadikan bahan gadai politik dengan bai'ah talaq tiga. PAS yang membenarkan kuil hindu dibina dikawasan perumahan orang Islam. PAS yang bersedia meletakkan calun kafir bertanding atas tiket PAS. PAS yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim!!

Malah saya terkejut apabila diberitahu Anwar adalah salah seorang jemputan khas perayaan anjuran PAS untuk sambutan jubli perak 25 tahun memperingati peristiwa Memali. Mungkin PAS lupa bahawa Anwar pada masa kejadian adalah Ketua Pemuda UMNO, parti yang dituduh menjadi "pembunuh syuhada' Memali". Mungkin PAS lupa Anwar adalah anggota kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh merancang pembunuhan Memali. Mungkin PAS lupa Anwar bukan sahaja tidak berbuat apa-apa, malahan bersekongkol dengan Kerajaan UMNO pada masa itu. Hari ini manusia bernama Anwar itu dijulang sebagai hero oleh PAS dan dijemput sebagai tetamu mengenang peristiwa Memali. Pada saya ini satu penghinaan besar kepada para syuhada dan mangsa Memali !!
 
Zulkifli Nordin.

Wednesday, 27 March 2013

[Video] Edisi Khas #PRU13: Cg Non Memali "tangan ghaib" di #KUIN. #saveKedah @hmetromy


Saya akan bongkarkan apa dah jadi kepada Masjid, asrama, dan pelajar yang terang-terang PELAJAR-PELAJAR KUIN di "aniaya".





KAMPUS KUIN TANPA ASRAMA DAN MASJID DIPERSOAL

Nabi hijrah buat masjid, KUIN pindah bangga dengan tasik, sekular betul !

 
JITRA 9 Mac - Datuk Mukhriz Tun Mahathir mempersoalkan kegagalan kerajaan negeri menyediakan asrama pelajar secukupnya di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil sedangkan kos pembinaannya merangkumi bangunan penginapan pelajar.

Beliau berkata, amat membimbangkan apabila para pelajar dikatakan terpaksa tinggal di dalam bangunan kuliah yang dijadikan tempat penginapan pelajar.

"Saya pun bingung kenapa perkara ini boleh berlaku, sebab jumlah kos pembinaan (RM330 juta) cukup untuk membina semuanya (termasuk masjid dan asrama). Jumlah yang dibelanjakan tidak berkurangan, kita nak tahu ke mana perginya duit itu.

RM330 Juta bina KUIN termasuk masjid, tapi bila siap tak ada masjid, pelik kan ???

"Adakah ia digunakan untuk perkara tidak berfaedah yang tidak termasuk dalam perancangan," katanya katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 1Litar@Kedah di Taman Aman di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas dakwaan kakitangan Kuin bahawa pihak pengurusan menjadikan bilik kuliah sebagai asrama pelajar kerana bangunan sementara yang dijanjikan untuk penginapan pelajar masih gagal dibina walaupun pelajar telah diberi cuti hampir sebulan.

"Di manakah maruah kita sebagai anak Kedah, apabila satu projek yang diangkat sebagai kebanggaan kerajaan negeri, tetapi ia serba kekurangan. Masjid dan asrama tidak dibina walaupun ada dalam pelan dan sekarang pelajar-pelajar pula hendak disuruh duduk dalam bilik kuliah.

Beliau meminta Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan dalam isu itu bagi membantu para pelajar. 

Sumber : BERITA KUIN

Monday, 25 March 2013

[Video] Edisi Khas #PRU13: Cg Non Memali "Bongkar" SetPol MB terima DUIT Balak. #TukarKedah. @hmetromy



08072010146


Kerana kerakusan dan terlalu memikirkan cara untuk memenuhkan kocek PAS Kedah untuk PRU-13 akan datang, sehingga ada yang sanggup kurang ajar walaupun baru pulang dari Mekah.... Ikuti Video di bawah.





Usahlah kerakusan mengkembungkan poket sendiri ini menggadaikan nasib penduduk-penduduk kampung yang majoritinya beragama Islam dan berbangsa Melayu ini. Usahlah terus diperbodohkan oleh tauke-tauke Cina dan meletakkan nasib bangsa kita dikampung-kampung sebagai galang gantinya. Jika perkara ini tidak dilakukan, tunggulah pembalasan dari Allah. Doa penduduk kampung yang teraniaya dan dizalimi itu lebih maqbul berbanding pemerintahan yang zalim dan bodoh Muhammad Sanusi itu ! - My KMU





[Video] Edisi Khas Asam Pedas #PRU13: Cg Non Memali "buat Kecoh" di Pekan Sik, Kedah. #TukarKedah. @hmetromy


Apa yang berlaku sebenarnya ... Mengapa Cg. Non sanggup "menderhaka" kepada PAS kedah.. Jom kita saksikan antara sebab Cg. membelasah dan mededahkan keburukan pemimpin PAS.



Dalam PRU 12 tahun 2008 PAS Kedah telah mengeluarkan satu Manifesto Pilihanraya yang cukup hebat lagi menarik bertajuk " KEDAH SEJAHTERA NIKMAT SEMUA".

Terdapat tiga Teras dalam manifesto tersebut dan ianya ialah:Petadbiran,Hal Ehwal Islam, Hak dan Kepentingan Non Muslim. Isi kandungan manifesto diperjelaskan seperti berikut :


1. PENTADBIRAN.

A. Mentadbir dengan baik dengan mengutamakan KEADILAN, PERTANGGUNGJAWABAN dan INTEGRITI.
B.  Mempastikan pentadbiran yang SIFAR RASUAH.
C. Mengkaji semua elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh MENTERI BESAR dan Ahli Majlis Mesyuarat (EXCO) Kerajaan.
D. Melaksanakan pemberian kontrek secara telus dan adil.
E. Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menambah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.
F Menyediakan kemudahan pinjaman tanpa FAEDAH untuk kakaitangan kerajaan.

2. HAL EHWAL ISLAM

A. Menubuhkan Institusi Imam (Maahad Imamah)untuk melahirkan pegawai mesjid yang terlatih.
B. Elaun untuk imam yang setimpal dengan peranan mereka sebagai ketua kariah.
C. Memberi elaun kepada guru guru Al-Quran persendirian.
D. Mempercepat proses penyelesaian masaalah kekeluargaan Islam dalam Mahkamah Syariah.

3. HAK DAN KEPENTINGAN NON-MUSLIM

A. Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing.
B. Mengiktiraf dan menjamin budaya, adat resam semua kaum.
C. Melantik EXCO daripada bukan Islam.

Selepas 2 Tahun 2 Bulan Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS memerintah negeri Kedah sudahkah mereka menunaikan semua janji janji yang mereka tabur semasa berkempen dan ianya terkandung didalam Manifesto mereka.Secara rambangnya kita dapati PAS dan PR tidak dapat mentadbir Kedah dengan baik serta efisien.Masaalah air, sampah, pelaburan luar dan domestik,pengangguran,kemiskinan dan berbagai bagai masaalah lagi makin bertimbun dan PAS GAGAL untuk menyelesaikanya.

Tetapi yang paling malang sekali untuk Rakyat dan pengundi Kedah ialah janji meraka untuk melaksanakn hukum HUDUD jika menang dalam pilihanraya telah hilang sama sekali.

Rakyat dan pengundi Kedah cuba renung,bertenang, berfikir secara rasional dan ikhlas apakah kita masih mahu Kerajaan sebegini terus memerintah negeri yang kita sayangi ini ?

kedah times

Sunday, 24 March 2013

[Video] Edisi Khas Asam Pedas #PRU13: Cg Non Memali "PUKUL" YB Joe, Kupang. #TukarKedah


Mengapa Pemimpin PAS sanggup menipu penyokong PAS dan Rakyat tentang hala tuju dan perjuangan PAS. Pemimpin PAS sanggup menyalak di pentas-pentas ceramah mewujudkan negara Islam sedangkan apa yang mereka lakukan kini bertetangan dengan pembentukan negara Islam bersama DAP dan PKR.



Pada Januari 2003 di hadapan petugas Piliharaya menjelang PRU 11

" Jesteru kerana isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud dan syariat menjadi pubca pepercahan Barisan Arternatif dahulu, maka PAS PERLU MEMBUAT SATU PENGORBANAN dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukan persoalan hudud di peringkat persekutuan.

Peruntukan mengenai ISLAM adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam perembagaab Persekutuan dan seperti yang di amalkan kini.

Seandainya menag dalam pilihanraya akan datang, Pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil diperingkat pusat, yang akan mendokongi perlembagaan Persekutuan sedia ada"

-Haji Abdul Hadi Awang.

P/S : Makin ramai yang tak puas hati dengan pendedahan Cg. Non ini....