Showing posts with label azizan razak. Show all posts
Showing posts with label azizan razak. Show all posts

Thursday, 22 August 2013

Pilu Bekas Menteri Besar Angkat Sumpah di Hospital ? #1Malaysia #rakyatnews #KEDAHAMANMAKMUR @MukhrizMahathir


Kalau dibiarkan seorang wakil rakyat yang tidak ketidakmampuan menjalankan tugas menjejaskan perkhidmatan ... Inilah tanggungjawab yang harus kita ambil daripada rakyat, mandat yang telah diambil dari pengundi dari pilihanraya yang lalu.Sekalipun sukar tetapi tanggungjawab itu lebih penting ataupun amanah rakyat itu yang penting.

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak hari ini mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurut bekas Setiausaha Akhbar beliau, Helmi Khalid, rombongan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Md Rozai Safian tiba di wad hospital berkenaan kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi untuk proses angkat sumpah itu.
"Proses berkenaan mengambil masa kira-kira 15 minit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Antara yang hadir semasa proses angkat sumpah itu ialah Timbalan Speaker Datuk Azmi Che Husain; Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Syed Isa Syed Ibrahim; Penasihat Undang-undang negeri Datuk Anas Ahmad Zakie dan Adun Anak Bukit Datuk Ir Amiruddin Hamzah.

Difahamkan proses angkat sumpah berkenaan berjalan lancar dan Azizan tidak menandatangani, sebaliknya hanya menggunakan cap jari sebagai pengesahan diri.

Jadi macamana kita hendak bergerak ke depan kerana seorang pemimpin perlu komited dalam menjalankan amanah dan tugas beliau dan jalan terbaik adalah beliau berundurlah secara terhormat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 14 August 2013

TERKINI !! Bekas MB Kedah Dipindahkan Ke Hospital Alor Setar. #rakyatnews #1Malaysia #HanyaDiKedah


Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini Rabu dari Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah lebih tiga bulan menerima rawatan di HPP.

Azizan, 69, tiba di HSB kira-kira 11.15 pagi Rabu ditemani saudara mara terdekat.

Seorang daripada anak lelakinya yang enggan dikenali berkata anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Limau itu berada dalam keadaan stabil dan baik ketika dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke sini.

"Kami bertolak dari Pulau Pinang kira-kira pukul 10 pagi. Keadaannya ok sepanjang perjalanan dan kesihatannya semakin baik," katanya ketika ditemui di HSB.

Sementara itu, bekas Setiausaha Akhbar Azizan, Mohd Helmi Khalid berkata mereka telah dimaklumkan semalam bahawa Azizan akan dipindahkan ke Kedah.

Katanya keadaan kesihatan Azizan semakin baik, dan luka di kedua-dua kakinya yang terpaksa dipotong akibat komplikasi penyakit kencing manis, beransur sembuh.

Bagaimanapun kata Helmi, doktor tidak membenarkan Azizan menerima terlalu ramai pelawat ketika ini, kerana beliau perlu banyak berehat.

"Azizan sudah boleh bercakap dan berkomunikasi dengan mereka yang melawatnya. Tetapi beliau masih di bawah pemerhatian rapi doktor," katanya.

Azizan terpaksa menjalani pembedahan kedua-dua kakinya bagi mengelakkan jangkitan kuman pada kakinya merebak ke anggota badan yang lain.

Beliau menerima rawatan di Kedah Medical Centre pada 6 Mei sebelum dipindahkan ke HPP sehari selepas itu. -

BERNAMA

KK : Semoga Azizan cepat sembuh dan pulih..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 6 August 2013

Terkini !! Azizan Razak Semakin Pulih, mungkin tiada PRK dalam masa terdekat. #HanyaDiKedah #KedahAmanMakmur


Azizan

Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut ketibaan Syawal, namun sambutan pastinya tiada makna tanpa orang tersayang di sisi, terutama ketika ahli keluarga tidak dapat meraikan bersama seperti lazimnya.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang masih menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak 7 Mei lalu, kini bertambah sihat namun masih belum dibenarkan pulang ke Alor Setar.

Isteri beliau, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, pihaknya masih menanti maklum balas doktor yang merawat Azizan, berhubung perpindahan itu.

“Buat masa ini, kami akan beraya di sini jika Azizan perlu menerima rawatan di HPP, jika sebaliknya, saya akan umumkan kemudian,” katanya.

Menurutnya, sepanjang Ramadan ini, Azizan dilihat lebih bersemangat dan sering mengajak ahli keluarga berbual, namun mereka cuba menghalang beliau daripada berbuat demikian kerana bimbang beliau keletihan.

“Azizan sering tanya hal anak-anak terutama cucu berusia empat bulan yang menetap di Sungai Petani. Beliau ada kata rindu pada riuh rendah anak cucu seperti di rumah sebelum ini,” katanya.

Faekah berkata, sambutan raya kali ini juga dibuat ala kadar kerana mereka sekeluarga agak sedih dengan keadaan Azizan.
“Tiada persediaan pun kerana kami tak mampu untuk bergembira sedangkan ketua keluarga dalam keadaan sakit. Saya sendiri pun tak rasa seronok nak raya, apatah lagi nak buat sambutan raya.

Saya serah pada anak-anak uruskan,” katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, beliau bersyukur kerana Azizan kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan dan tiub (wayar) yang sebelum ini berselirat untuk rawatannya.

“Hanya tiub untuk makan dan suntikan ubat yang kekal, lain semua sudah ditanggalkan. Malah bekalan ubat juga sudah berkurangan,” katanya.

Faekah turut melahirkan rasa syukur susulan majlis kenduri yang diadakan di HPP pada hari kedua berpuasa berjalan lancar.

“Saya bersyukur majlis yang dihajatkan Azizan itu lancar dan semua kakitangan termasuk pelawat berkesempatan menikmati juadah yang disediakan. Ini sebagai tanda penghargaan kami sekeluarga terhadap layanan dan perkhidmatan yang diberikan selama ini,” katanya.


Azizan, 69, yang juga Adun Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya pada 9 Mei lalu, akibat komplikasi diabetes. Beliau dipindahkan ke HPP dari Kedah Medical Centre (KMC) selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya.

sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini Azizan kekal sebagai Adun Sungai Limau setelah berjaya mempertahankan kerusinya itu pada PRU13, 5 Mei lalu.

Menurutnya, desas-desus menyatakan Azizan menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Adun di kawasan tersebut adalah tidak benar.

“Kedudukannya bergantung kepada tahap kesihatan beliau, kita lihat tahap kesihatannya semakin pulih.

KK: jika tak mampu mejalankan tugas yang diamanahkan lepaskan jer lah...

Saturday, 13 July 2013

Terkini !! Keadaan Azizan Lebih Baik - @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah


Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada Sabtu menziarah Tan Sri Azizan Abdul Razak di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Beliau yang diiringi Setiausaha Politiknya Datuk Azimi Daim tiba kira-kira 12.55 tengah hari dan meluangkan masa kira-kira 20 minit melihat keadaan bekas menteri besar Kedah itu di Unit Rawatan Rapi.

Mukhriz kemudiannya memberitahu pemberita bahawa Azizan kelihatan semakin pulih dan keadaannya adalah stabil.

"Kali ini saya datang melawat beliau, beliau sedar dan kenal saya dan cuba nak bercakap, walaupun suaranya tak berapa nak keluar.

"Saya rasa ini satu keadaan ataupun perkembangan yang jauh lebih baik daripada waktu saya datang lebih sebulan lepas. Alhamdulillah, nampak keadaannya lebih elok dari dulu," katanya.

Mukhriz berkata beliau turut memberitahu Azizan bahawa pihaknya meneruskan tradisi beliau dengan mengadakan kuliah setiap Sabtu di Seri Mentaloon, iaitu kediaman rasmi menteri Besar.

"Itu yang saya nak laporkan tadi. Tapi oleh kerana suara beliau tak berapa nak keluar...yang saya dapat faham, beliau ucapkan terima kasih atas kunjungan saya hari ini," katanya.

Sementara itu isteri Azizan, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata suaminya berhasrat untuk mengadakan kenduri bagi kakitangan HPP.

"Beliau minta untuk sedekah kenduri lembu bagi pihak hospital. Bulan puasa beliau selalu buat kenduri, jadi beliau minta untuk buat kenduri untuk hospital," katanya.

Faekah berkata keadaan suaminya kini bertambah baik, bagaimanapun proses pemulihan mengambil masa lama dan katanya Azizan menggunakan cara bertulis untuk berkomunikasi.

Azizan, 73, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis awal Mei lepas.

Beliau dipindahkan ke HPP pada 8 Mei dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya, dua hari sebelum itu.

Antara kenamaan dan pemimpin yang telah melawat Azizan ialah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah terpaksa melepaskan jawatan menteri besar berikutan kekalahan pembangkang kepada BN di Kedah pada pilihan raya umum ke-13. - BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 1 July 2013

Terkini !! Keadaan Bekas MB Kedah Azizan Razak. #HanyaDikedah

Permaisuri Agong lawat Azizan di HPP
"Keadaannya semakin pulih walaupun tidak boleh bercakap berikutan tiub di lehernya, beliau memberikan respons dan kita faham apa yang beliau ingin cakap berdasarkan pergerakan bibirnya," katanya kepada pemberita selepas  lawatan Tuanku Hajah Haminah, di sini hari ini.

Permaisuri Agong lawat Azizan di HPP

GEORGETOWN - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menziarahi bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang masih dirawat di Unit Rawatan rapi
(ICU) Hospital Pulau Pinang  (HPP) di sini.

Gambar : - Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah diiringi oleh isteri bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah (kanan) semasa baginda berkenan melawat Tan Sri Azizan Abdul Razak di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang di Georgetown hari ini.

Baginda yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Farizan Darus tiba di HPP pada 11.15 pagi dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Azizan dalam wad ICU itu.

Ketibaan Tuanku Hajah Haminah disambut isteri Azizan, Puan Sri Faekah  Sheikh Hamzah dan anak-anaknya.

Sementara itu, anak Azizan, Rahmah, 33, berkata bapanya memberi respons dan sentiasa senyum selepas Tuanku Hajah Haminah bertanya khabar beliau.

"Keadaannya semakin pulih walaupun tidak boleh bercakap berikutan tiub di lehernya, beliau memberikan respons dan kita faham apa yang beliau ingin cakap berdasarkan pergerakan bibirnya," katanya kepada pemberita selepas  lawatan Tuanku Hajah Haminah, di sini hari ini.

Rahmah berkata mereka sekeluarga tidak bercadang memindahkan bapanya ke hospital lain kerana pasukan perubatan HPP menasihatkan supaya beliau dirawat di situ sehingga sembuh sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

"Dari segi perkembangan kesihatannya, ia bertambah baik namun masih  dipantau rapi doktor di sini. Ingatan ayah juga masih kuat dan kenal sesiapa yang melawatnya," katanya.

Azizan, 73, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Limau,  menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada awal Mei lepas.

Beliau dipindahkan ke HPP pada 8 Mei dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya dua hari sebelum itu.

Azizan yang juga, bekas Pesuruhjaya PAS Kedah melepaskan jawatan  Menteri Besar Kedah berikutan kekalahan pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

Antara pemimpin yang telah melawat Azizan ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad,  Menteri Besar Kedah yang baharu Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan Menteri Besar Perak Datuk  Seri Dr Zambry Abdul Kadir. - Bernama

Thursday, 27 June 2013

Keadaan terkini !! Mantan MB Kedah Azizan Razak, #HanyaDiKedah.


Azizan dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik.

"Kesihatan Azizan telah beransur baik dengan rawatan namun beliau tidak dibenarkan 'discharge' (keluar) dalam tempoh yang terdekat," katanya.

Azizan, 73, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada awal Mei lepas.

Beliau dipindahkan ke HPP pada 8 Mei dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya dua hari sebelum itu.

Azizan yang juga, Pesuruhjaya PAS Kedah terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah berikutan kekalahan pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN)dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, 5 Mei lalu.

BN memperoleh 21 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali gus mendapat majoriti mudah bagi membolehkan parti itu menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Agong Lawat Azizan Kali Kedua DI HPP

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada Khamis menziarahi bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak yang kini dirawat di Unit Rawatan rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Baginda diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Farizan Darus dan Exco Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin.

Tuanku Abdul Halim tiba di HPP pada 4.20 petang dan meluangkan masa kira-kira 10 minit menziarahi Azizan dalam wad ICU itu.

Antara pemimpin yang telah melawat Azizan termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah yang baharu Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Mohamad Salleh Man, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, Presiden Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Datuk Redza Rafiq Abdul Razak. - BERNAMA

KK : ermmm... Dalam senarai nama kat atas tu.. Tak der pulak cina DAP serta Kaki liwat!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











Thursday, 23 May 2013

Azizan: Reda kaki dipotong #HanyaDiKedah #blackout505


AZIZAN
Hari ini genap 17 hari bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjadi penghuni Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP).

Beliau kini masih lagi dipantau rapi oleh 10 doktor pakar antaranya kardiologi, ortopedik dan diabetes dan selepas menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis dihidapinya pada 9 Mei lalu.

Selepas mendapatkan rawatan yang terbaik di HPP, kini keadaannya semakin stabil dan beliau sudah sedar namun masih berada dalam keadaan yang masih lemah.

Bekas setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata, Azizan kini sedang menjalani rawatan mencuci luka di kakinya.

“Alhamdulillah kesihatannya semakin baik dan beliau dilihat bertambah pulih sejak dua hari lalu dan cuba berkomunikasi dengan ahli keluarga serta rakan rapat yang menziarahinya, namun tidak mampu bercakap dengan baik dan tersekat-sekat.

“Beliau juga sudah mengetahui kedua-dua belah kakinya sudah tiada, dari reaksi yang dapat saya lihat, beliau reda dengan apa yang menimpanya,” katanya.

Menurutnya, sepanjang berada di HPP, kedua-dua isteri Azizan, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah dan Shamsiah Shafie serta 14 anaknya setia menjaga di hospital.

Sepanjang menerima rawatan, Azizan tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai termasuk kepimpinan tertinggi negara.

Antara kenamaan yang hadir menziarahinya ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Perlis, Azlan Man. 

Sumber : SinarHarian

Bagaimanapun Mohd Helmi berkata, beliau tidak dapat menjangkakan sehingga bila Azizan akan menerima rawatan di HPP.

"Mungkin sehingga keadaannya benar-benar pulih sebelum dibenarkan keluar," katanya.

Wednesday, 15 May 2013

Panas !!! Mantan MB Azizan Razak luah perasaan sedih dan pilu dengan sikap Penyokong PAS. #HanyaDiKedah #black505 #PascaPRU13



Bismillahir-Rahmaanir-Rahim kisah ini bermula....

di sini . ini merupakan satu cerita yang agak sedih..ya..kasih benar seorang yang bergelar Pesuruhjaya PAS dan Mantan Menteri Besar.., tetapi mengapa ada yang "melukakan" hatinya. sedemikian rupa…bacalah dengan teliti cerita ini…hergailah mereka selagi kita masih punyai…



Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan

Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar.  Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan. 

Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar  perlu dilakukan.

Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan  untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."


Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.

Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.

"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang  calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah. 

Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun  dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"? 

MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan  meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan  Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan".  Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".

Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas. 

Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali. 

Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.

Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan  Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur. 

Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long  he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off".  Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.

Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok." 

"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah. 

Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar,  bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.

Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk.  Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan  membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.

Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu".

Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan  qasar.

Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.

Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.

Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!

Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah. 

Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.

Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.

Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur.  Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.

Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!

Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok!

KK cuma nak pesan jer..Takdir Allah, terimalah seadanya. Allah sebaik-baik perancang. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua. Sifat orang yang BERIMAN adalah tenang menghapai setiap dugaan dan Cabaran. Tenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan. so..orang PAS jangan jadi "Pencacai DAP dan PKR".


Saturday, 11 May 2013

PM @NajibRazak melawat Datuk Seri Azizan Abdul Razak. #NajibMyPM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu melawat bekas Menteri Besar Kedah. Datuk Seri Azizan Abdul Razak di wad unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada kira-kira 1.30 tengah hari dan meluangkan masa bersama Azizan dan anggota keluarganya kira-kira 15 minit.

"Saya baru melawat Azizan dan Alhamdulillah pembedahan sudah berlangsung. Beliau dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan terbaik," katanya kepada pemberita di sini.
Najib berdoa agar Azizan yang melalui pembedahan yang agak serius supaya cepat sembuh dan pulih.

"Sebagai pemimpin, walaupun Azizan dalam parti yang lain, saya hormati beliau sebagai sahabat. Terima kasih kepada ahli keluarganya kerana terima kedatangan saya dengan baik," katanya.

Najib berkata, bantuan yang sepatutnya akan dihulurkan kepada Azizan untuk memastikan tidak ada masalah daripada segi perbelanjaan.

Sementara itu, setiausaha akhbar kepada Azizan, Mohd Helmi Khalid meminta jasa baik kepada orang ramai yang ingin melawat Pesuruhjaya PAS Kedah itu tidak berbuat demikian bermula Ahad bagi memberi ruang kepada beliau untuk berehat.

"Saya mewakili ahli keluarga beliau (Azizan) meminta orang ramai memberikerjasama kerana kita ingin memberi keselesaan kepada pesakit atas nasihat pihak hospital," katanya.
Beliau berkata, keadaan kesihatan Azizan menunjukkan pekembangan positif dan beliau telah membuka mata sebanyak empat kali dari pukul 6.30 pagi hingga 8.30 pagi Sabtu.

Mohd Helmi turut melahirkan rasa kesal terhadap segelintir pengunjung yang memuat naik gambar Azizan dalam keadaan sakit di laman sosial dan berharap kejadian itu tidak berulang lagi bagi menghormati anggota keluarga beliau.

Azizan, 69, yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, menjalanipembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis pada Khamis lepas.

Beliau dipindahkan ke HPP pada Rabu lepas dari Kedah Medical Centre selepas dirawat kerana jangkitan kuman pada kakinya sejak Isnin lalu.


- BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

[Gambar] Tun Mahathir prihatin lawat Bekas MB Kedah Azizan Razak #PRU13 #BetterNation.


Bekas Mantan Menteri Besar Kedah Azizan Razak yang sedang di rawat di Hospital Pulau Pinang. Gambar ihsan dari blog http://kedahkekl.blogspot.com

Dr Mahathir, yang ditemani oleh isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan anak lelakinya Datuk Mukhriz Mahathir turut melawat bekas MB Kedah kira jam 11:20 pagi. (Gambar dari bernama)

Azizan Razak telah sedarkan diri tetapi diletakkan dalam keadaan koma bagi memastikannya tenang.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 10 May 2013

Bekas MB Kedah Azizan Bakal Jalani Pembedahan Potong Kaki.

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dijadualkan menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya di Hospital Pulau Pinang.

Bekas Setiausaha Akhbarnya, Mohd Helmi Khalid berkata doktor telah memberitahu ahli keluarganya bahawa kaki Azizan perlu dipotong bagi mengelakkan jangkitan di kaki beliau merebak ke bahagian anggota badan yang lain.


(Gamba 1) Azizan menjalani pembedahan bagi memotong keda-dua belah kakinya untuk mengelak jangkitan kuman di Hospital Pulau Pinang petang Khamis



"Doktor menasihatkan supaya kedua-dua belah kaki Azizan dipotong dari bawah paras lutut. Kedua-dua isteri dan anak-anak beliau akur dengan nasihat itu selepas perbincangan dilakukan.

"Pembedahan dijangka akan diadakan satu jam dari sekarang (4.45 petang)," katanya ketika dihubungi.
Azizan, 69, dipindahkan daripada hospital swasta di sini ke Hospital Pulau Pinang pada pukul 4 petang Selasa selepas mengalami jangkitan virus yang serius di bahagian kakinya.
Helmi turut menjelaskan bahawa Azizan dimasukkan ke hospital kerana penyakit diabetes dan bukannya serangan jantung.
Azizan jatuh koma pada 5.30 petang Rabu namun kembali sedar pada pukul 9 pagi Khamis.


(Gambar 2) Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang beredar dari bilik CCU selepas menziarahi Azizan di Hospital Pulau Pinang pad aKhamis.-Foto BERNAMA

Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang melawat Azizan di Hospital Pulau Pinang, meminta semua umat Islam melakukan solat hajat dan berdoa agar Azizan cepat sembuh.
Turut menziarah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pertembungan empat penjuru dengan calon Barisan Nasional, Mohd Fazillah Mohd Ali dan dua lagi calon Bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.
Azizan memperoleh 13,294 undi manakala Mohd Fazillah yang juga sepupunya mendapat 10,520 undi.
Sobri dan Abdullah masing-masing mendapat 100 dan 84 undi.

Sumber berita Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












Thursday, 9 May 2013

Kesihatan bekas MB Kedah dalam pemerhatian rapi doktor di Hospital Pulau Pinang.

Orang ramai sabar menanti berita kesihatan Mantan MB Kedah

Kesihatan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak beransur pulih tetapi masih dibawah pemerhatian rapi doktor di Hospital Pulau Pinang.

Setiausaha politik beliau, Mohd Helmi Khalid berkata pada Khamis, Azizan sudah boleh bercakap dan menerima makanan lembut."Dia masih lemah tetapi boleh bercakap dan mengenali mereka yang melawat beliau," katanya ketika dihubungi.

Azizan, 69, dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dari sebuah hospital swasta di sini kira-kira pukul 4 petang Selasa selepas mengalami jangkitan kuman di kakinya.Beliau dalam keadaan koma pada pukul 5.30 petang Rabu selepas alah kepada antibiotik untuk jangkitan kuman itu.

Azizan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dalam pertembungan empat penjuru dengan calon Barisan Nasional, Mohd Fazillah Mohd Ali dan dua lagi calon Bebas, Sobri Ahmad dan Abdullah Hashim.

Azizan memperoleh 13,294 undi manakala Mohd Fazillah yang juga sepupunya mendapat 10,520 undi.Sobri dan Abdullah masing-masing mendapat 100 dan 84 undi.

sumber : mstar