Tuesday 25 February 2014

Panas !! Resolusi 10-Perkara tersebut benar-benar bodoh ? #KalimahAllah


Ada yang mendakwa Resolusi itu membenarkan kalimah Allah diguna-pakai oleh pendakyah kristian; ada yang memfitnah Najib telah menjual kalimah Allah kepada kristian melalui Resolusi itu; ada yang mendakwa Kerajaan tunduk kepada pendakyah kristian dalam menggubal Resolusi 10 Perkara tersebut.

Jika diteliti dengan akal yang waras, kita dapat melihat dengan jelas bahawa Resolusi 10 Perkara ini langsung tidak ada kena-mengena dengan dan tidak menyentuh langsung penggunaan kalimah Allah atau apa-apa juga perkataan yang dilarang penggunaannya oleh Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Sokongan Hadi Awang kepada pengumuman Anwar-Kitsiang membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah pada 08 Jan 2012 telah mengelirukan ramai pengikut dan penyokong PAS kerana ianya bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS bertarikh 13 Jan 2012 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam kerana membabitkan isu aqidah!

RESOLUSI 10-PERKARA:

1. Bibel dalam apa jua bahasa boleh di impot masuk kedalam Malaysia, termasuk dalam Bahasa Malaysia/ Indonesia;

2. Bibel-bibel ini juga boleh dicetak didalam Semenanjung Malaysia, Sabah and Sarawak;

3. Bibel dalam bahasa asal kaum di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang juga boleh dicetak atau diimpot;

4. Bagi Sabah dan Sarawak, dengan mengakui ujudnya masyarakat Kristian bagi negeri-negeri ini, tiada syarat akan dikenakan bagi pengimpotan dan percetakan bibel dalam semua bahasa, termasuk dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa tempatan. Juga tiada keperluan untuk setem atau nombor siri;

5. Mengambil kira kepentingan masyarakat Islam yang besar di Semenanjung Malaysia, bibeldidalam Bahasa Malaysia/Indonesia, samada dicetak atau diimpot, mestilah tercatat  “Penerbitan Kristian” dan ‘salib’ dicetak di halaman hadapan;

6. Diatas semangat 1Malaysia, dan mengakui bahawa ramai orang bergerak diantara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, maka tiada sebarang larangan atau sekatan untuk mana-mana orang membawa bibel atau bahan kristian bagi pergerakan tersebut;

7. Arahan berkaitan bibel ini telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan perlaksanaan keputusan cabinet ini disempurnakan. Kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh menyebabkan pegawai berkenaan dikenakan tindakan disiplin dibawah Perintah Am. Taklimat komprehensif oleh para pegawai kanan termasuk Peguam Negara akan diberikan kepada semua pegawai berkaitan untuk memastikan pemahaman yang baik dan perlaksanaan yang sempurna arahan ini;

8. Untuk bibel yang telah dirampas di Kucing, pihak Gideon, pengimpot bible tersebut boleh mengambil semula 30,000 naskah bible tersebut tanpa sebarang bayaran. Kami juga akan membayar semula kos-kos pihak yang terlibat. Tawaran yang sama juga diberikan keatas 5,100 naskah Bibel yang dirampas di Pelabuhan Kelang, yang telah pun diambil semula oleh Bible Society Malaysia (BSM) minggu lepas;

9. Melangkaui isu bibel ini, Kerajaan berhasrat menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan kumpulan kristian dan semua kumpulan agama lain untuk memastikan isu-isu antara-agama dibincangkan secara baik dan bekerja untuk memastikan pencapaian aspirasi semua agama berdasarkan Perlembagaan, dengan mengambilkira undang-undang sedia ada didalam negara ini. Untuk memastikan penyegeraan perihal ini, YAB Perdana Menteri akan menemui perwakilan Christian Federation of Malaysia (CFM) untuk membincangkan hal ini;

10. Para Menteri kabinet beragama kristian akan mengadakan pertemuan secara berkala dengan pelbagai kumpulan kristian untuk membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan mereka dengan mana-mana Menteri atau Perdana Mentari untuk tujuan menyelesaikannya; SAMBUNG [BACA DISINI] -

Jadi tidak timbul isu Kerajaan ataupun Dato' Sri Najib membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang sudah kehabisan modal politik.

No comments:

Post a Comment