Showing posts with label Kalimah allah. Show all posts
Showing posts with label Kalimah allah. Show all posts

Tuesday, 25 February 2014

Panas !! Resolusi 10-Perkara tersebut benar-benar bodoh ? #KalimahAllah


Ada yang mendakwa Resolusi itu membenarkan kalimah Allah diguna-pakai oleh pendakyah kristian; ada yang memfitnah Najib telah menjual kalimah Allah kepada kristian melalui Resolusi itu; ada yang mendakwa Kerajaan tunduk kepada pendakyah kristian dalam menggubal Resolusi 10 Perkara tersebut.

Jika diteliti dengan akal yang waras, kita dapat melihat dengan jelas bahawa Resolusi 10 Perkara ini langsung tidak ada kena-mengena dengan dan tidak menyentuh langsung penggunaan kalimah Allah atau apa-apa juga perkataan yang dilarang penggunaannya oleh Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam.

Sokongan Hadi Awang kepada pengumuman Anwar-Kitsiang membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah pada 08 Jan 2012 telah mengelirukan ramai pengikut dan penyokong PAS kerana ianya bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura' PAS bertarikh 13 Jan 2012 yang melarang penggunaan kalimah Allah oleh selain Islam kerana membabitkan isu aqidah!

RESOLUSI 10-PERKARA:

1. Bibel dalam apa jua bahasa boleh di impot masuk kedalam Malaysia, termasuk dalam Bahasa Malaysia/ Indonesia;

2. Bibel-bibel ini juga boleh dicetak didalam Semenanjung Malaysia, Sabah and Sarawak;

3. Bibel dalam bahasa asal kaum di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang juga boleh dicetak atau diimpot;

4. Bagi Sabah dan Sarawak, dengan mengakui ujudnya masyarakat Kristian bagi negeri-negeri ini, tiada syarat akan dikenakan bagi pengimpotan dan percetakan bibel dalam semua bahasa, termasuk dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa tempatan. Juga tiada keperluan untuk setem atau nombor siri;

5. Mengambil kira kepentingan masyarakat Islam yang besar di Semenanjung Malaysia, bibeldidalam Bahasa Malaysia/Indonesia, samada dicetak atau diimpot, mestilah tercatat  “Penerbitan Kristian” dan ‘salib’ dicetak di halaman hadapan;

6. Diatas semangat 1Malaysia, dan mengakui bahawa ramai orang bergerak diantara Sabah dan Sarawak dan Semenanjung Malaysia, maka tiada sebarang larangan atau sekatan untuk mana-mana orang membawa bibel atau bahan kristian bagi pergerakan tersebut;

7. Arahan berkaitan bibel ini telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan perlaksanaan keputusan cabinet ini disempurnakan. Kegagalan untuk mematuhi arahan ini boleh menyebabkan pegawai berkenaan dikenakan tindakan disiplin dibawah Perintah Am. Taklimat komprehensif oleh para pegawai kanan termasuk Peguam Negara akan diberikan kepada semua pegawai berkaitan untuk memastikan pemahaman yang baik dan perlaksanaan yang sempurna arahan ini;

8. Untuk bibel yang telah dirampas di Kucing, pihak Gideon, pengimpot bible tersebut boleh mengambil semula 30,000 naskah bible tersebut tanpa sebarang bayaran. Kami juga akan membayar semula kos-kos pihak yang terlibat. Tawaran yang sama juga diberikan keatas 5,100 naskah Bibel yang dirampas di Pelabuhan Kelang, yang telah pun diambil semula oleh Bible Society Malaysia (BSM) minggu lepas;

9. Melangkaui isu bibel ini, Kerajaan berhasrat menegaskan komitmennya untuk bekerjasama dengan kumpulan kristian dan semua kumpulan agama lain untuk memastikan isu-isu antara-agama dibincangkan secara baik dan bekerja untuk memastikan pencapaian aspirasi semua agama berdasarkan Perlembagaan, dengan mengambilkira undang-undang sedia ada didalam negara ini. Untuk memastikan penyegeraan perihal ini, YAB Perdana Menteri akan menemui perwakilan Christian Federation of Malaysia (CFM) untuk membincangkan hal ini;

10. Para Menteri kabinet beragama kristian akan mengadakan pertemuan secara berkala dengan pelbagai kumpulan kristian untuk membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan mereka dengan mana-mana Menteri atau Perdana Mentari untuk tujuan menyelesaikannya; SAMBUNG [BACA DISINI] -

Jadi tidak timbul isu Kerajaan ataupun Dato' Sri Najib membenarkan kristian menggunakan kalimah Allah sebagaimana yang difitnah oleh pihak-pihak yang sudah kehabisan modal politik.

Monday, 3 February 2014

Letak jawatan dari dok' kedarah gaji buta wahai Ahli MKPN yang bergama ISLAM. #KalimahAllah @NajibRazak



Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) diwujudkan menjelang akhir tahun ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan berhubung penyatuan nasional rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Setiap penghinaan terhadap Islam dan Quran dipandang sepi. Tapi bila ada penghinaan terhadap kristian. Dibela sepenuhnya Apa nk jadi ni ?

Tapi BILA JAIS serbu Gereja Depa pulaka yang dok riuh !!

MKPN kesal dengan serbuan JAIS

Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kesal dengan serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Persatuan Bible Malaysia di Damansara Kim, Khamis lalu.

Namun, pada masa yang sama, majlis itu meminta agar semua pihak mengekalkan perpaduan negara bagi mewujudkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama. sambung baca disini




Friday, 17 January 2014

@ustazKazim NASIHAT KERAJAAN JANGAN BERLEMBUT LAGI BERKENAAN #KalimahAllah .


Pendakwah bebas, Mohd Kazim Elias Al Hafiz berkata, kerajaan sudah terlalu lama berlembut dan berdiplomasi berhubung perkara tersebut sehingga golongan bukan Islam, khususnya Kristian, mula mendesak agar kalimah ALLAH digunakan dalam kitab Bible mereka.

Mohd Kazim berkata, desakan golongan itu jelas melanggar perlembagaan negara kerana ia melibatkan kesucian umat Islam dan kesucian ALLAH itu sendiri.


“Kalimah ALLAH ini sebenarnya tidak ada dalam kitab Bible mereka. Yang ada hanyalah perkataan ‘god’ atau ‘yahweh’. Jadi gunalah perkataan ‘god’ atau ‘yahweh’ itu sahaja berbanding kalimah ALLAH yang hanya khusus kepada umat Islam.


“Kita juga kena ingat, selama ini mereka jarang menggunakan bahasa Melayu dalam upacara-upacara di gereja. Jadi, kenapa yang sibuk-sibuk nak guna kalimah ALLAH sedangkan selama ini kekok untuk bahasa Melayu?

“Justeru, dalam isu-isu sebegini, khususnya yang melibatkan soal keselamatan, agama, dan ketenteraman awam, kerajaan tidak boleh berlengah atau memberi ruang masa yang terlalu lama untuk bertindak. Ini akan beri kesan yang tidak elok kepada negara,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah Peringkat Risda Negeri Perak, di sini, semalam.

Katanya, Mohd Kazim berkata, wujud pendapat yang mengatakan sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, golongan kafir telah menggunakan kalimah itu.


Katanya,  penggunaan kalimah ALLAH oleh golongan kafir pada ketika itu salah dan jauh bertentangan dengan ajaran Islam.


“Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk bawa pengajaran sebenar kepada mereka. Tanggapan bahawa ALLAH ada anak dan Nabi Isa itu  jelmaan ALLAH tidak betul.


“Oleh sebab itulah Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk perbetulkan keadaan dan membawa pengajaran yang sebenarnya, ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan,” katanya. -GPB

Thursday, 9 January 2014

PADERI GUNA KALIMAH ALLAH UNTUK MURTADKAN ISLAM. #KalimahAllah


Akhirnya pihak Kristian mengakui bahawa Kalimah Allah memang merupakan alat yang cukup ampuh untuk misi murtadkan umat Islam. PAS yang kononnya memperjuangkan Islam telah mengistiharkan menyokong penggunaan Kalimah Allah yang sebenarnya bertujuan menghancurkan Islam. Oleh itu mereka yang mendabik dada angkuh menyokong PAS kononnya Islam sangat perlu muhasabah diri dan berfikir dengan mendalam samada PAS ini “relevan” dengan Islam ataupun sebaliknya.

Laporan cover story majalah Christianity Today dalam keluaran Februari 2011 yang bertajuk Muslims and the “Son of God” telah membongkar rahsia sebenar niat jahat pihak Kristian untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” untuk tujuan penyebaran agama Kristian. Missiologist Kristian berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks”. Oleh itu Kalimah Allah yang sinonim dengan umat Islam mahu dipergunakan untuk memudahkan misi murtadkan Islam.
Chritinaty
Mereka mahu penggunaan Kalimah Allah ini untuk membuka minda umat Islam untuk menerima dan membaca Bible. Mereka mensasarkan untuk murtadkan umat Islam terutama bagi mereka yang masih lemah akidah dan pengamalan agama. Sebuah organisasi Kristian, The People of the Book yang termuat dalam risalah strategi mereka mengakui bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan ‘God’ di dalam Bible, namun organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam.


John Hultvall, seorang mubaligh Mission Covenant Church of Sweden  juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan dalam kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam.

Kevin Greeson, yang juga seorang mubaligh Kristian juga telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ!. Kaedah ‘The Camel’ dalam penyebaran agama Kristian kepada orang Islam menggunakan  kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Muslihat terselindung yang mampu memberi manfaat kepada Kristian dengan mengunakan kalimah ‘Allah’ sebagai ‘jambatan’ untuk mendekati serta memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.

Oleh itu tindakan Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew yang jelas tidak menghormati keputusan mahkamah terhadap penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Bible berbahasa Melayu sekaligus menderhaka terhadap titah perintah Sultan Selangor amat biadap dan tidak boleh diterima. Beliau terlalu berani kerana bertindak atas tujuan yang cukup jelas untuk memurtadkan umat Islam. Kami rakyat Malaysia yang agama rasminya Islam amat terpukul dengan keangkuhan dan kebiadapan mereka.  Kita menggesa pihak berkuasa mengenakan tindakan maksima terhadap petualang agama ini.

Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama selama ini berada dalam keadaan aman, tidak seperti negara-negara lain yang berperang dan berbunuhan. Sikap DAP yang berkeras mahu menggunakan Kalimah Allah untuk Kristian menunjukkan betapa mereka tidak peduli kepada  sensitiviti umat islam. Jelas mereka cuba menyakiti hati rakyat. Mereka langsung tidak mempedulikan dan menghormati keputusan mahkamah.

Umat Islam dan Bangsa Melayu perlu bersatu demi menjaga kepentingan dan kesinambungan kita. Tidak mungkin kita boleh bergantung kepada pihak yang dari dulu kini dan selama-lamanya sentiasa bercita-cita menghancurkan kita dari luar dan dalam.  Ingatlah BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH.

sumber :  

Tuesday, 7 January 2014

#KalimahAllah : PERMULAAN PERANG SALIB MODEN ? @inspirasiislami @NajibRazak

Mengapa kristian tidak terjemahkan perkataan 'God' kepada 'Elohim' , 'Eli', atau 'Adonai'

seperti terkandung dalam bible bahasa hebrew, bahasa asal Jesus?

Mengapa mereka berkeras mahu terjemah menggunakan perkataan 'Allah' ?

PERANG SALIB MODEN?




Salam 2 all.


Saya mengecam keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (MKPN) yang mengadakan perbincangan semalam mengenai isu kalimah ALLAH dan perampasan bibel versi Bahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang disampaikan oleh Pengerusi MKPN Tan Sri Samsudin Osman seperti yang dilapurkan oleh media cetak dan elektronik termasuk media portal dan siber, MKPN dipetik sebagai mengkritik JAIS atas alasan kononnya tindakan JAIS itu adalah satu 'blatant disregard for the agreed 10-Point Resolution' yang kononnya dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan dipersetujui oleh pihak kristian.

Saya mengecam tindakan dan kenyataan MKPN itu atas alasan-alasan berikut:

1. Pihak JAIS langsung tidak dipanggil menghadiri mesyuarat tersebut, atau diberi peluang memperjelaskan tindakan mereka atau membela diri mereka. Pada saya ini adalah satu pencabulan hak asasi dan pelanggaran prinsip keadilan sejagat (natural justice) yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah badan yang ditubuh untuk tujuan memupuk perpaduan nasional;

2. Tindakan JAIS adalah dalam menguatkuasakan peruntukkan undang-undang jenayah iaitu Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang berkuatkuasa didalam Negeri Selangor. Seksyen tersebut dengan jelas melarang penggunaan beberapa kalimah termasuk kalimah ALLAH dan menjadikan pelanggarannya suatu perlakuan jenayah;

3. Tindakan JAIS bukannya merampas bibel versi Bahasa Melayu per se, tetapi merampas penerbitan yang melanggar Seksyen 9 tersebut, iaitu disyaki mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang penggunaannya termasuk kalimah ALLAH. Ini adalah satu kesalahan jenayah yang, jika cukup bukti, boleh dikenakan tindakan pertuduhan jenayah di Mahkamah Jenayah sivil;

4. Oleh itu, tidak timbul soal JAIS harus berbincang atau berunding dengan mana-mana pihak yang disyaki melakukan suatu perlakuan jenayah. Sebagaimana agensi penguatkuasaan yang lain, tugas, tanggungjawab dan bidang kuasa JAIS adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan mencegah sebarang perlakuan jenayah;

5. Sama juga seperti agensi penguatkuasaan yang lain seperti polis dan lain-lain. Contohnya pihak polis tidak menahan sesebuah kenderaan per se, tetapi menahan kenderaan itu kerana disyaki membawa dadah. Adakah perlu diwajibkan pihak polis berunding dengan pemandu tersebut sebelum mengambil tindakan? Namanya pun agensi penguatkuasaan, maka tindakan JAIS menguatkuasakan undang-undang adalah dalam bidangkuasanya dan menjadi tanggungjawab dan kewajipan yang harus dilaksanakan.

6. Sekiranya mana-mana OYDS (Orang Yang Di Syaki) atau OKT (Orang Kena Tuduh) merasakan mereka mempunyai pembelaan dalam mana-mana prosiding pertuduhan jenayah, maka mereka mempunyai hak mengemukakan pembelaan tersebut didalam Mahkamah dalam prosiding tersebut. Tidak timbul soal hak asasi dan hak membela diri mereka dicabuli atau dilanggar!

7. Berkaitan 10-Point Resolution yang dijadikan sandaran oleh MKPN, ianya sudah dihujahkan di Mahkamah Rayuan dengan panjang lebar dalam isu kalimah ALLAH. 10-Point Resolution itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimpotan bibel versi bahasa Melayu kedalam negara ini. Ia langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah ALLAH.

Sebagai pihak yang berbidangkuasa didalam hal-ehwal impot-ekspot dan perdagangan antarabangsa, Kerajaan Persekutuan berhak memberi kelonggaran atau syarat kepada mana-mana pihak yang mahu membawa masuk atau mengimpot apa juga barangan daripada luar.

8. Dan sebagaimana dalam soal kemasukan dan impot-ekspot barangan luar kedalam negara ini, ianya wajib mematuhi undang-undang negara. Dan undang-undang negara melarang penggunaan beberapa kalimah dan perkataan tertentu dalam mana-mana penerbitan termasuk kalimah ALLAH. Maka membawa masuk atau mengimpot mana-mana penerbitan yang mengandungi perkataan atau kalimah yang dilarang adalah prima facie satu pelanggaran undang-undang yang boleh dikenakan tindakan termasuk merampas bahan penerbitan itu dan dikenakan pertuduhan jenayah di mana-mana Mahkamah Jenayah sivil;

9. Selanjutnya, 10-Point Resolution tersebut hanyalah dasar dan polisi Kerajaan. Mana-mana pihak yang mempunyai sedikit asas pengetahuan perundangan akan sedar bahawa dasar dan polisi Kerajaan tidak boleh melanggar, bercanggah atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara. Dan jika ianya bercanggah, bertentangan atau melanggar mana-mana undang-undang negara, ianya tidak terpakai dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Saya kesal melihat pihak MKPN seolah-oleh tergesa-gesa dan gopoh dalam menangani isu ini. Mengapa pihak MKPN tidak memanggil semua stake-holder dan pihak yang berkepentingan untuk memberi penjelasan atau hujah masing-masing sebelum MKPN membuat sebarang keputusan?

Apa yang saya khuatirkan ialah kelak nanti timbul persepsi seolah-olah MKPN dipenuhi oleh golongan tertentu yang mewakili suara kumpulan tertentu dan sekadar menjadi mouthpiecekepada pihak berkepentingan.

Jika persepsi ini berlaku, maka tanggungjawab legal dan moral MKPN untuk menjadi sebuah badan tanpa kepentingan bertujuan untuk mencari kata sepakat dalam mencapai dan memupuk perpaduan nasional dan keharmonian antara pelbagai agama dan kaum akan gagal; malah sebaliknya akan dilihat lebih mengeruhkan keadaan lagi.

Pada saya MKPN telah gagal dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara matang, profesional dan berhemah dengan mematuhi lunas-lunas hak asasi dan prinsip keadilan sejagat (natural justice).

Satu perkara yang juga ingin saya sentuh ialah mengapa semua pihak terlalu beriya-iya memperkatakan tentang soal penyalahgunaan kalimah ALLAH oleh segelintir pendakyah kristian yang jelas telah menterjemahkan secara salah perkataan 'god' ke dalam Bahasa Melayu menggunakan perkataan 'Allah' walaupun terjemahan sebenar dan betul perkataan 'god' dalam Bahasa Melayu ialah perkataan 'tuhan'?

Saya hairan mengapa pihak pendakyah kristian ini tidak menterjemahkan perkataan 'god' kepada 'elohim', 'eli' atau 'adonai' seperti yang digunakan dalam bibel versi bahasa hebrew, iaitu bahasa asal Jesus. Sedangkan perkataan 'god' dalam bahasa hebrew ialah 'elohim', 'eli' atau 'adonai'!

Sikap degil dan keras kepala mereka mahu juga menggunakan perkataan 'Allah' dalam menterjemahkan perkataan 'god' sangatlah pelik dan mengundang syak wasangka yang sangat serius. Apakah mereka mempunyai agenda tersirat dan tersembunyi?

Selanjutnya mengapa isu ini langsung tidak dilihat dari perspektif umat Islam? Apakah umat Islam di Malaysia ini sudah tidak ada hak dalam mempertahankan aqidah dan hak asasi kami untuk menganut, mengamal dan melaksanakan agama Islam dengan aman dan harmoni sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan?

Apakah umat Islam di Malaysia sudah tiada hak didalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama bagi Persekutuan?

Satu perkara yang perlu saya tegaskan ialah kita tidak pernah mnenghalang umat kristian untuk menganut, mengamal dan melaksanakan keprcayaan mereka. Malah kita berbangga negara umat Islam Malaysia merupakan antara negara yang mengamalkan sifat toleransi agama dan kaum yang sangat tinggi, dan begitu akomodatif terhadap agama dan bangsa lain walaupun kita menjadi tunjang pemerintahan sejak zaman Kesultanan Melayu sehinggalah era pemerintahan moden ini.

Dan antara rahsia besar pengekalan keamanan dan keharmonian serta perpaduan unik ialah kerana sikap umat Melayu-Islam yang cukup bertolak ansur dan toleran.

Oleh itu kita berharap tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menguji kesabaran dan sikap toleran umat Melayu-Islam, terutama dalam hal berkaitan bangsa Melayu dan agama Islam. Kerana tiap kesabaran ada hadnya; dan mencabul dan menghina agama Islam dan bangsa Melayu adalah sempadan yang rapuh yang memungkinkan pelbagai perkara berlaku.

Oleh itu saya memberi amaran kepada semua pihak supaya bersikap rasional dan matang dalam menjaga keharmonian antara agama dan perpaduan nasional yang telah kita bina begitu lama. Jangan sampai ianya tercemar dek kerana nafsu dan keghairahan segelintir antara kita yang tidak langsung mengerti untuk menghormati sensitivit dan hak orang lain.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.

Selasa
06 Rabi'ul Awal 1435
07 Januari 2014

Friday, 3 January 2014

Wajah Sebenar EXCO Makan gaji Buta ? @inspirasiislami @n_izzah @anwaribrahim


Muslihat ahli Politik ?? Kalau hampa buat keja elok pasti pekara ini tidak akan berlaku....

Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi berkata, beliau tidak mengetahui mengenai serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim di sini.


Serbuan yang dilaksanakan oleh JAIS sehingga dapat merampas 321 Bible dalam versi Bahasa Melayu pada hari ini tidak diketahui malah tidak direstui oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Exconya. Ini diakuinya dalam kenyataan beliau di dalam Malaysian Insider. Persoalannya, adakah YB Exco Selangor cuba bermain politik di dalam urusan agama yang diuruskan beliau?

 

Adakah salah JAIS cuba menjalankan tugas mereka? Jika semua tindakan perlu tanya dengan ahli politik , adakah JAIS boleh laksanakan tugas mereka dengan TELUS?




Sunday, 22 December 2013

Astaghfirullahaladzim !! Sedang Berlansung Majlis Anjuran Puak Kristian Guna Nama "kalimah Allah" . @dsjamilkhir @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Sekarang ini SEDANG BERLANSUNG Satu Majlis Kristian bertempat di Hotel Gold Cost, Sepang. International Full Gospel Fellowship GA ALLAH Klang, Satelit Nilai & Satelit Puchong.  info klik sini

Lahanat punya penganjur !! Tindakan mereka memang sengaja mahu mencari nahas dan mencabar undang-undang dan titah Sultan. 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua rakyat khasnya di negeri ini tanpa mengira kaum serta latar belakang agama akur dan patuh kepada larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Titah baginda itu dinyatakan menerusi kenyataan khas yang dikemukakan Setiausaha Dewan diRaja Selangor, Hanafisah Jais di sini hari ini.

Dalam kenyataan khas itu, baginda mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti mana yang telah tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di kalangan Orang Islam) 1988.

Menurut Hanafisah, menerusi kenyataan khas itu, baginda turut bertitah enakmen tersebut adalah terpakai kepada semua rakyat Selangor sama ada mereka itu beragama Islam atau bukan Islam.

"Selanjutnya, baginda bertitah supaya semua rakyat negeri Selangor perlu patuh kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 18 Februari 2010.

"Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan kalimah Allah adalah kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan untuk merujuk kepada tuhan dalam agama-agama lain," katanya.

Dalam masa sama, menurut Hanafisah, kenyataan khas itu turut menyatakan penegasan baginda terhadap kedudukan agama Islam di negara ini yang mana telah didaulatkan dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai agama Persekutuan dan mempunyai kedudukan istimewa berbanding agama-agama lain. -UTUSAN ONLINE

Mengapa perkara sebegini masih lagi berlaku... sedang jelas Larang tersebut sudah dikeluarkan ? jika dilihat secara terangan di "banner" tersebut tertulis Allah... 


Thursday, 17 October 2013

#KalimahAllah : @abby_abadi112 kata Mahkamah Malaysia "BODOH" Sebab menangkan Islam. @rakyatnews @inspirasiislami #OhMalaysiaku


Isnin lalu, 14 Oktober memberikan berita gembira kepada seluruh umat Islam di Malaysia apabila Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan kalimah Allah S.W.T hanya hak mutlak agama Islam. Isu kalimah Allah S.W.T ini menjadi isu berbangkit sejak beberapa tahun ini yang dibawa khas oleh parti pembangkang, Pakatan Rakyat.


Setelah keputusan diperolehi, masih lagi ada pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan keputusan muktamad yang dikemukakan oleh mahkamah.

Salah seorangnya adalah ‘Ustazah’ Abby Abadi yangdilahirkan dalam parti PAS, parti di mana yang dipimpin oleh presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga punyai pendirian penggunaan kalimah suci itu oleh golongan Kristian boleh diizinkan.

Dalam lama sosial Twitternya, Abby Abadi menyokong kenyataan pengikut-pengikutnya yang mengatakan institusi Mahkamah di negara ini adalah bodoh dalam menentukan rayuan majalah mingguan Katolik, The Herald, untuk mengguna pakai kalimah Allah S.W.T.


Selain itu, Abby Abadi turut menyokong keadaan di negara-negara Arab membolehkan kalimah Allah S.W.T diguna pakai oleh penganut agama lain yang seharusnya diamalkan juga di Malaysia.

Keadaan ini akan mewujudkan situasi pergaduhan sesama rakyat di Malaysia selain menampakkan Abby Abadi sebagai batu api dalam menyemarakkanpertelingkahan antara kaum dan agama di negara ini.

Sumber.

Tuesday, 15 October 2013

Tiada bukti, sejarah kalimah 'Allah' dalam Bible bahasa Melayu‎. #KalimahAllah #rakyatnews @inspirasiislami @abby_abadi112


‎PUTRAJAYA 14 Okt. - Kalimah Allah yang digunakan dalam Al-Kitab (versi Bible bahasa Melayu) dan perkataan tersebut yang digunakan dalam majalah mingguan The Herald merupakan dua penerbitan yang berbeza.

Ini kerana, Al-Kitab yang merupakan Bible versi bahasa Melayu sangat jelas adalah untuk penganut agama Kristian.

Demikian kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dalam penghakiman bertulis setebal 34 muka surat ketika membenarkan rayuan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan lapan yang lain.

Hakim Abdul Aziz berpendapat, ketiadaan bukti dan fakta sejarah mengenai perkataan Allah dalam Bible bahasa Melayu merupakan alasan kukuh Menteri Dalam Negeri untuk tidak mempertimbangkan penggunaannya dalam majalah mingguan The Herald.

Tambahan pula, Menteri Dalam Negeri dengan jelas telah mengenakan syarat bahawa Bible bahasa Melayu hanya untuk digunakan di gereja dan dalam kalangan penganut Kristian.

Malahan, Bible bahasa Melayu dengan jelas dicetak pada muka hadapannya perkataan Bukan Untuk Orang Islam.

Syarat tersebut telah dinyatakan dengan terperinci oleh Menteri Dalam Negeri dalam suratnya bertarikh 24 April 2007 kepada Gereja Roman Katolik selaku pihak responden dalam rayuan tersebut.

The Herald pula adalah surat berita atau dalam kategori yang sama seperti akhbar (walaupun dengan peredaran terhad) atau mungkin digunakan sebagai alat gereja Katolik untuk menyebarkan maklumat atau aktiviti gereja atau penganut Katolik.

Peguam yang mewakili pihak gereja sendiri bagaimanapun mengakui, majalah mingguan The Herald hari ini, boleh diakses oleh sesiapa sahaja dalam talian sama ada bukan Islam mahupun penganut agama Islam.

Atas alasan tersebut, pada hemat saya kebenaran yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri bagi mencetak dan mengedar Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah, tidak boleh diterima dengan cara yang sama seperti percetakan dan penerbitan The Herald menggunakan perkataan Allah," ujar Hakim Abdul Aziz.


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, 14 October 2013

#KalimahAllah : ini alasan hakim tolak rayuan Herald. @rakyatnews @abby_abadi112


Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berpendapat, kalimah suci itu jika dibenarkan penggunaanya akan mencetuskan kekeliruan dalam masyarakat.

Sehubungan itu, beliau berpuas hati bahawa tiada alasan mengapa majalah berkenaan berkeras untuk menggunakannya dalam penerbitan mingguan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

KEPUTUSAN #KalimahAllah : The Herald Dilarang Guna Kalimah Allah‎. @najibRazak @rakyatnews @abby_abadi112


Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya - The Herald.
Keputusan itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.
Panel tiga hakim itu turut dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 16 Februari, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakimanmenamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntutantara lain, perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan KementerianDalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisiundang-undang, tidak sah dan batal.
Kerajaan kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.
Sumber
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Sunday, 13 October 2013

#KalimahAllah : Esok Hari Penentuan. @PDRMsia tempatkan anggota. @rakyatnews @inspirasiislami. #pemilihanUMNOI


Polis menasihatkan orang ramai tidak mengganggu ketenteraman awam sempena keputusan isukalimahAllah yang akan diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Istana Kehakiman, Putrajayaesok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata polis sememangnya menyedari perkembangan tersebut dan telah bersedia dalam menempatkan anggota polis dalam mengawal orang ramai yang berada di Istana Kehakiman.

"Kita menyedari perkara ini dan dijangka esok akan ramai orang membanjiri mahkamah untuk mendengar keputusan tersebut dan kita telah pun bersedia dalam mengawal keadaan yang dijangka akan menempatkan beberapa anggota polis di setiap lokasi berhampiran mahkamah," katanya ketika dihubungi oleh Astro AWANI.

Beliau bagaimanapun tidak dapat menyatakan berapa ramai keanggotaan yang dikerah dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam di mahkamah esok namun menegaskan bahawa anggotanya akan dikerahkan di beberapa kawasan dalam menjaga sebarang kemungkinan yang akan berlaku.


"Anggota polis akan berada di situ (mahkamah) sebelum mahkamah memulakan sidangnya pada jam 8.30 pagi dan kita mengharapkan tiada sebarang insiden buruk yang akan berlaku selepas keputusan diumumkan mahkamah," katanya lagi.


Pada 10 September lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Aziz Abd Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh, telah menangguhkan keputusan rayuan ke14Oktober selepas mendengar hujah rayuan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan The Herald menggunakan kalimah 'Allah'.
Orang ramai dinasihat tak timbul kekacauan sempena keputusan isu kalimah Allah
Isu kalimah Allah telah dibawa ke Mahkamah Rayuan oleh kerajaan selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal pada 31 December 2009.

Pada 16 Februari, 2010, gereja itu memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Mereka menuntut perisytiharan keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada "Tuhan" dalam edisi bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

#SELAMATKAN AKIDAH UMMAT ISLAM.

Thursday, 22 August 2013

#KalimahALLAH : Keputusan Mahkamah Rayuan ? @drhasanali #KalimahAllah #Merdeka56 #HinaIslam

 

Dalam perjuangan ini hanya Allah berhak menilai keimanan seseorang. Apakah kita berjuang kerana Allah ataupun kerana dunia? Kerana takutkan Allah atau kerana takutkan manusia?


Cukuplah hanya Ust Nasha seorang yang mewakili PAS. Itupun kira Alhamdulillah, dalam PAS masih ada lagi segelintir yang beriman dan beramal soleh!!

Ada kumpulan lobai PAS buat perhimpunan membantah penganjuran konsert Mentalica semalam tapi hari ini pabila kes penggunaan khalimah Allah oleh kristian..dimahkamah rayuan takde lah pulak muka puak-puak ni..semua nya sorokkan diri sebab takutkan DAP dan nuar brahi marahh..Hakikat sebenarnya ini lah perangai double standard konon nya pejuan islam. sumber (komen blog)


Keputusan rayuan Ketua Biskop Roman Katolik Tan Sri Murphy Pakiam untuk mengetepikan rayuan Putrajaya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil berbahasa Melayu akan didengar pada jam 3.00 petang ini.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Samah Nordin yang mengetuai panel tiga hakim bersama-sama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Rohana Yusof untuk mendengar rayuan itu. 
LensaPjO [klik!]

Saturday, 17 August 2013

#22OGOS2013 : Benarkah Akan Berlaku Suatu mimpi 'Ngeri' buat umat Islam. @drhasanali #KalimahAllah #Merdeka56 #HinaIslam


Pada 22 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan Persekutuan akan menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan Paderi Besar Kristian Katholik Tan Sri Murphy Pakiam yang memohon supaya Mahmakah Rayuan menolak rayuan yang dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini atas pertimbangan kebebasan beragama mengizinkan Kalimah Allah digunakan oleh mereka yang bukan beragama Islam khususnya di kalangan penganut Kristian.

Pakiam memfailkan permohonan tersebut sambil membuat ulasan dan kritikan terhadap Kerajaan Malaysia melalui Menteri Dalam Negeri yang bertindak mengemukakan rayuan. Beliau telah menggunakan perkataan "tidak rasional" dan "tidak sensible" di pihak kerajaan yang membuat rayuan padahal kabinet telah memutuskan mengikut fahaman Pakiam bahawa Jemaah Menteri juga akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi melalui kenyataan 10 perkara yang telah dikeluarkan.

Ulasan yang dibuat oleh Pakiam itu sesungguhnya bersifat subjudice, biadap dan sama sekali mengenepikan sensitiviti umat Islam di negara ini khasnya.

Manakala permohonan Pakiam untuk mengenepikan rayuan pihak Menteri Dalam Negeri juga adalah satu tindakan yang keterlaluan dan berniat jahat yang sengaja ingin menguji tahap kesabaran umat Islam di negara ini.

Umat Islam yang menjadi penduduk majoriti negara ini telah sepakat tidak bersetuju dengan keputusan untuk membenarkan penganut agama lain menggunakan Kalimah Allah atas alasan-alasan dan rasional yang telahpun diberikan melalui berbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang berotoriti di negara ini.

JATI menganggap bahawa tarikh 22Ogos 2013 adalah merupakan satu tarikh penting yang akan mencatit sejarah samada Mahkamah Rayuan membenar atau tidak membenarkan rayuan Menteri Dalam Negeri itu diketepikan melalui permohonan Pakiam.

Untuk lebih menjelaskan lagi, seandainya permohonan Pakiam diterima oleh Mahkamah Rayuan ini bermakna rayuan yang dipohon oleh Menteri Dalam Negeri akan tamat di situ. Ini bermakna prosiding rayuan penuh yang dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan. 

Ini juga bermakna bantahan umat Islam terhadap penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya penganut Kristian tidak lagi menjadi isu dan mereka akan bebas menggunakan Kalimah Allah sewenang-wenangnya.

Kesan jangka pendek dan jangka panjang telah dihuraikan panjang lebar oleh pihak berotoriti yang telah mengemukakan pandangan dan pendapat mereka.

Seperti yang diketahui Gabungan NGO-NGO Islam melalui PEMBELA akan menganjurkan satu wacana khas agenda Kristian pada hari Sabtu 17 Ogos bertempat di Pusat Islam KL untuk memberi pencerahan mengenai tarikh 22hb Ogos ini kepada masyarakat Islam.

Dengan usaha mencerahkan isu sedemikian diharapkan masyarakat Islam mempunyai alasan yang kukuh untuk tidak mengizinkan bukan Islam menggunakan Kalimah Allah di samping memberikan penjelasan isu Kalimah Allah ini dari sudut perundangannya.

JATI menyokong penuh dan menggesa ahli-ahlinya supaya menghadiri seminar tersebut.

Selain daripada itu usaha juga telah dibuat untuk mengadakan perhimpunan pada pagi 22Ogos 2013 di Kompleks Mahkamah (POJ), Putrajaya untuk menyuarakan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada sebarang usaha untuk mempertahankan Kalimah Alah sebagai hak ekslusif untuk penganut agama Islam dalam negara ini.

JATI mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang telah bersetuju untuk menyediakan teks khutbah khas menyentuh persoalan kalimah Allah yang akan dibaca oleh para khatib pada hari Jumaat 16 Ogos dan akan diikuti dengan solat hajat khusus sebaik-baik sahaja selesai solat fardu Jumaat untuk memohon kepada Allah SWT agar keputusan Mahkamah Rayuan nanti akan berpihak kepada umat Islam.
Pada masa sama JATI ingin menggesa pihak-pihak yang berwajib dan umat Islam di seluruh negara dapat mengambil tindakan yang sama seperti yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS. Penglibatan penuh masyarakat Islam dalam isu yang kritikal seperti ini sudah tentu dapat membantu pihak-pihak yang sedang memperjuangkan kesucian Kalimah Allah di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Marilah kita besama-sama demi menjag amaruah agama dan kesucian Kalimah Allah ini menggembeling ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat, teman sekerja untuk bersama-sama dalamper juangan suci ini demi memartabatkan agama Allah SWT.

Mudah-mudahan berkat doa dan usaha umat Islam seluruhnya dan dengan izin Allah SWT jua, keputusan Mahkamah Rayuan nanti akan berpihak kepada umat Islam.

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
Tmn TunDr Ismail KL


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, 10 July 2013

Pertama Ramadhan: Isu kalimah 'Allah'.Tuntutan dari sebuah majalah mingguan Katolik the Herald. #kalimahAllah #BLACK505 @inspirasiislami


Pertahankan sebagai Hak Mutlak umat Islam.

Umat Islam perlu bersatu dalam mempertahan 'Kalimah Allah' kerana sekarang ini, tuntutan penggunaan 'Kalimah Allah' dari sebuah majalah mingguan katolik sedang rancak berjalan. Penggunaan kalimah ALLAH adalah hak mutlak umat Islam, ia tidak boleh digunakan oleh kaum lain.

Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh majalah mingguan Katolik the Herald.

Peguam S.Selvarajah berkata notis usul itu difail di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan semalam. Beliau memaklumkan pemberita bahawa Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh untuk mendengar permohonan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, rayuan kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) disebut untuk pengurusan kes hari ini di depan Timbalan Pendaftar Saiful Bahari Adzmi.
Kerajaan dan kementerian itu mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Dis 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Roman Katolik berkenaan bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.

Saiful Bahari menetapkan 10 Sept ini untuk pengurusan kes bagi membolehkan kerajaan memfailkan afidavit balasan dan pencelah memperbetul rekod rayuan serta rekod tambahan rayuan.

Kerajaan diwakili Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi dan Munahyza Mustafa manakala Majlis Agama Islam Negeri Terengganu, Selangor, Kedah, Johor, Wilayah Persekutuan dan Melaka, yang menjadi pencelah pada prosiding itu, oleh peguam Abdul Rahim Sinwan.

Pada 16 Feb 2009, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah 'Allah' dalam penerbitan gereja serta menamakan KDN dan kerajaan sebagai responden.

Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Jan 2009 berhubung larangan berkenaan adalah tidak sah, dan kalimah 'Allah' bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah mingguan itu, yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah 'Allah' sebagai terjemahan untuk 'God' bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah 'Allah' hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. - bernama

Perkara ini timbul setelah rakan sebantal PAS, DAP mendapat kerjasama dan sokongan dari Parti PAS yang kononya memperjuangkan islam. Sebelum ini, SetiausahaAgung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu.


KK : Selamatkan Akidah Ummat.... marilah kita bersama zahirkan keperihatinan dalam usaha selamatkan akidah ummat...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.