Pensyarah
pro-Umno, Ridhuan Tee Abdullah (gambar) hari ini mengecam tindakan seorang
calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang
yang berucap di gereja demi kepentingan politik.
Menulis
di ruangannya di akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah calon
tersebut, yang memasuki serta berucap dalam gereja Holy Family Kajang, sebagai
perbuatan liberal dan keterlaluan.
"Luar
biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di
luar pun kalau boleh, cuba elakkan. Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau
boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat
lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’
Islam. Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.
"Kini,
tidak lagi. Melayu tanpa segan silu masuk ke rumah ibadat orang bukan Islam
demi kepentingan politik. Tidak mustahil satu hari nanti, mereka akan
bersama-sama menimbang khinzir. Melayu bolehlah katakan!" tulisnya.
Beliau
menasihatkan calon PRK Kajang itu agar jangan menggadaikan maruah demi
kepentingan politik.
"Saya
memohon kepada sesiapa pun yang ingin bertanding di Kajang, jangan kerana
terlalu obses untuk menang, kita menggadaikan segala-galanya. Jangan gadaikan
maruah agama, bangsa dan negara, untuk mendapat undi dan nafsu serakah politik.
Ingatlah, sekali maruah dan hak tergadai, sukar untuk dicari ganti," katanya.
Bagaimanapun,
beliau berpendapat tiada salahnya masuk ke gereja demi tujuan dakwah.
"Saya
tidak melarang orang Melayu untuk masuk ke dalam rumah ibadat bukan Islam jika
ada tujuan dakwah, seperti pernah saya lakukan membantu membawa ibu ke tokong
untuk dia sembahyang, ziarah kubur ibu bapa dan lain-lain, ihsan anak kepada
orang tua," katanya.
Lokasi : Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja, Kajang
Tarikh : 16/2/2014 @ 12.00 pm
Sebelum
ini, calon Pakatan Rakyat (PR) untuk PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berucap di gereja selepas upacara keagamaan mingguan penganut Kristian di
gereja tersebut.
Langkahnya
mendapat sokongan ramai penganut Kristian yang hadir, namun dikecam Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan beberapa mufti negeri.
The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment