Apa cerita ni sebenarnya? Keputusan menunjukkan Tan Sri
Pandikar Amin menag sebagai Yang Di Pertua Dewan Rakyat dengan undi sebanyak
133 manakala Datuk Kadir yang menjadi pilihan pembangkang dapat 89 undi.
Yang
Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyeru semua Ahli Dewan
Rakyat supaya berubah dan melakukan transformasi dalam usaha memartabatkan
Parlimen Malaysia.
Menerusi
ucapannya selepas dipilih semula sebagai Speaker Dewan Rakyat bagi penggal
Parlimen ke-13, Pandikar Amin mencuri tumpuan persidangan apabila melaungkan
beberapa slogan yang dipopularkan kerajaan dan pakatan pembangkang.
Katanya
slogan seperti 'ubah', 'transformasi', 'reformasi' dan 'ini kalilah' yang
dilaungkan pemimpin politik dan rakyat perlu dilihat dari sudut positif untuk
kebaikan semua pihak.
"Bagi
mereka yang mempopularkan seruan ini mungkin mempunyai pengertian tersendiri,
akan tetapi seruan-seruan ini bermesej iaitu menyeru mengubah sikap untuk
membuat kebaikan.
"Ayuh
kita ubah, kita bereformasi, kita bertransformasi...kalau bukan kita siapa
lagi, kalau bukan sekarang bila lagi? Ini kalilah.
"Ini
kalilah...kita julang memartabatkan Parlimen Malaysia ke tahap yang tinggi
dengan menunjukkan sikap yang baik," katanya sambil disambut tepukan ahli
Dewan Rakyat.
mstar
KK : Kalau disimpan lebih lama si Al-Juburi ni..nampak akan hancurlah se3buah negara yang bernama Malaysia.
No comments:
Post a Comment