Friday 7 June 2013

Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh. #beritamalaysia

Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi di sini, Khamis. Runtuhan yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikhuatiri menghempap beberapa kenderaan yang sedang lalu di jalan berkenaan.

Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.

Pihak polis bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar.

Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.

Anggota keselamatan giat menjalankan pemeriksaan bagi mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat. Mstar.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment