Showing posts with label PAS KELANTAN KAKI SONGLAP. Show all posts
Showing posts with label PAS KELANTAN KAKI SONGLAP. Show all posts

Wednesday, 10 July 2013

Premis Arak di Kelantan. Toke cina keras kepala.


Premis diserbu tiga diserbu.

Degil! Walaupun sudah diserbu sebanyak tiga kali, namun empat premis yang didiami oleh keluarga berbangsa Cina, di Kampung Cina, Jalan Pantai Cahaya Sri Bulan (PCB) di sini masih menjual minuman keras dan tuak masam kepada pelanggan Melayu bagi meraih keuntungan.

Malah ketika anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) melakukan serbuan di premis berkenaan petang kelmarin, mereka masih dengan sikap kepala batu dan tidak membuka pintu malah mendiamkan diri di dalam premis berkenaan sehingga pihak terbabit menggunakan pemotong khas (cutter) untuk memotong pintu pagar, barulah salah seorang dari penjual di premis berkenaan terpaksa membuka pintu.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa, Ramly Che Hussien, dalam operasi bersapadu yang dilakukan kelmarin disertai seramai 18 penguat kuasa MPKB-BRI bersama penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Kelantan (JAHEIK), Polis dan Kastam.

"Operasi dilakukan atas aduan orang awam yang sentiasa melihat penjualan yang dilakukan secara berleluasa kepada golongan Melayu.

"Kita ambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Establishment Makanan 1987 dan boleh dikompaun dari RM500 hingga RM700 dan barang yang dirampas diserahkan kepada kastam," katanya kepada media semalam.

Beliau berkata, bekalan arak mudah didapati dari sempadan Thailand manakala tuak masam mudah didapati dari pembekal Melayu.

"Setakat ini kita masih tidak berjaya mengesan pembekal ini, namun giat menjalankan operasi untuk membanteras kegiatan terbabit daripada terus berleluasa.

"Ini juga bagi menyelamatkan umat Islam dari terus terjebak dalam gejala tidak sihat dan melakukan perkara yang boleh merosakkan akidah mereka," katanya.

Sinar 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 13 June 2013

[ Video ] Rakyat Kelantan terima habuan dari "lebuhraya rakyat" . #blackout505



Tudia..... dah mula pecah dah... cerita Lebuhraya Rakyat. Projek Lebuh Raya Kota Bharu - Kuala Krai (Lebuh Raya KBKK) merupakan projek lebuh raya rakyat yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan sumbangan wakaf daripada rakyat Kelantan dan Malaysia. Ia dijangka dapat disiapkan menjelang Jun 2014. Apa yang menariknya, untuk merealisasikan Projek Husam Musa berkenaan, sebuah Tabung derma juga dilancarkan oleh Pas Kelantan.

Kecurigaan Rakyat Kelantan akan berlakunya penyelewengan terhadap projek pembinaan Lebuhraya ini, mula timbul setelah berlaku beberapa perkara pelik terhadap projek berkenaan.



Pekerja projek Lebuh Raya Rakyat tak dibayar gaji?

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengakui ada mendengar 'cerita' mengenai pekerja di tapak projek Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai tidak dibayar gaji sejak beberapa bulan lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, sehingga kini tiada sebarang aduan rasmi dibuat oleh pekerja terbabit atau mana-mana agensi yang terlibat.

"Saya pun tidak tahu (pekerja tidak dapat gaji) sebab tidak ada orang bagi tahu saya, saya pun ada dengar tetapi saya tidak pasti. Saya tidak boleh komen (lanjut)," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai pendedahan beberapa akaun laman sosial Facebook terhadap rintihan seorang isteri kepada salah seorang pekerja di tapak projek lebuh raya tersebut dikenali sebagai MrsNor Wahid yang mendakwa suaminya tidak menerima gaji dan elaun.

Sementara itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan berkata, pihaknya telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad mendapatkan maklumat terkini tentang pelaksanaan projek lebuh raya itu.

"Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) telah mengeluarkan kenyataan akan meneruskan pembinaan lebuh raya seperti dipersetujui sebelum ini, cuma kita sedang perhalusi kaedah pelaksanaannya kerana kita dengar Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek lebuh raya dari Kota Bharu ke Kuala Krai, kita pun nak tengok dari segi jajaran dan peruntukan.

"Mungkin kita bekerjasama (dengan Kerajaan Persekutuan) sebab asas lebuh raya adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan tetapi beberapa kali kertas cadangan dalam Rancangan Malaysia lima tahun tidak diberi perhatian oleh Kerajaan Pusat," katanya.

Katanya, kerja-kerja asas pembinaan projek tersebut telah dimulakan tetapi setakat mana kemajuannya, masih belum diketahui berikutan belum menerima laporan lengkap dan terkini.

Majlis pecah tanah pakej pertama projek itu telah dilancarkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei tahun lalu.

Projek tersebut adalah cetusan idea bekas Exco Kerajaan Pas negeri, Datuk Husam Musa yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan.

KK : Pas juga pernah menggelapkan Derma Tabung Mangsa Memali  disamping cubaan mengelirukan akaun Tabung Derma mangsa Lahad Datu tak mustahil duit Leburaya rakyat juga depa gelapkan....

Thursday, 30 May 2013

Penemuan " Minyak" di Kelantan @RoyaltiKelantan (R) mampu ambil alih tugas Petronas.#Black505 #blackout505 #IniKaliLah



Akhirnya perjuangn Royalti (R) berjaya, Apabila usaha keras selama ini berhasil menjumpai telaga minyak di Negeri Kelantan. cerita lawak apa plak ini. Jom baca cerita dari sinar.

Tiga sekeluarga di Kampung Baru Pasir Pekan di sini, terkejut apabila telaga yang digunakan sejak 30 tahun mengeluarkan minyak dipercayai petrol. Kejadian itu disedari Zulnurain Ahmad, 28, ketika membersihkan telaga di rumahnya dua minggu lalu.

“Semasa saya ceduk air telaga dengan timba, saya nampak air telaga ini berminyak dan berbau seperti minyak petrol.“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa tetapi selepas ditapis ia seakan minyak petrol,” katanya.

Lebih meyakinkan Zulnurain, minyak yang diambil dari telaga itu apabila dituangkan ke dalam tangki mesin rumput, ia berfungsi dan apabila dicucuh api, ia terbakar.Dengan penemuan itu, misteri air telaga Zulnurain berbau minyak petrol selama empat bulan lalu terjawab.

Zulnurain berkata, dia amat risau keselamatan keluarganya kerana telaga tersebut berada di dalam rumah.“Saya ada anak kecil berusia lapan bulan, bau petrol dari telaga itu memenuhi ruang rumah saya.“Bukan sahaja mendatangkan pencemaran bau, tetapi boleh mengundang kebakaran dan memudaratkan kesihatan saya kerana air telaga itu sudah tercemar,” katanya.

Zulnurain berkata, sejak penemuan minyak itu, hampir 100 liter minyak dipercayai petrol berjaya dikumpulkan dan diletakkan dalam tangki mesin rumput. Dua telaga jiran Zulnurain turut terlibat

Tinjauan Sinar Harian di kampung tersebut mendapati dua lagi telaga iaitu di rumah Nik Yusof Nik Salleh, 75, dan Ahmad Othman, 69, turut berbau minyak petrol dan airnya berminyak. Didapati telaga milik Nik Yusof yang berada di belakang rumahnya seperti ada mata air bercampur minyak membuak keluar dari celah kerek telaga itu.

Dari mana minyak ini datang terus menjadi misteri, bagaimanapun tinjauan wartawan mendapati kira-kira 200 meter dari kediaman mereka, beroperasi sebuah stesen minyak.
Masalah air telaga bercampur minyak di percayai petrol sudah dimaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar.

“Kami harap masalah ini dapat diselesaikan segera kerana ia melibatkan keselamatan kami tiga sekeluarga di sini. 

Sinar.

kk : Tudiaaaaa.... Ni sekor lagi... nak cari publisiti paling dungu...Kat tempat lain minyak kalau keluar dari bumi masih perlu diproses & disaring, kat Kelantan dah siap proses lagi


Bodoh !!!! KK nak pesan ler juga kat "mamat botok ni" kalau nak buat pekara bodoh, jangan babitkan rakyat... Pegi ler bengong sekor.... buat malu melayu...


Bodoh !!!! cerdik tak boleh nak tumpang...Bodoh tak boleh nak ajar.... kalau nak "popular pun" agak-agak la....

Saturday, 23 February 2013

[VIDEO] Gempar !! Kesan peninggalan kerakusan "objek" aneh di Kawasan Pembalakan. #TukarKelantan #GelombangMerah


"amar ma'aruf nahi mungkar"





Pertubuhan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), sebuah badan bukan kerajaan, mendedahkan kerakusan kerajaan negeri memberi konsesi pembalakan tanpa kawalan kepada beberapa syarikat untuk tujuan pembangunan pertanian mega dan Ladang Rakyat.
Pendedahan itu dibuat menerusi rakaman video dari udara berdurasi lebih 10 minit yang jelas memaparkan penggodolan beberapa buah bukit, bermula dari Dabong, Kuala Krai ke Neggiri, Gua Musang, didakwa membabitkan ratusan hektar tanah termasuk hutan simpan.
Presiden Ombak Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang sehingga kini masih merahsiakan perkara sebenar mengenai aktiviti pembalakan yang berlaku di kawasan selatan Kelantan.
Beliau berkata tidak dapat dipastikan sama ada pembalakan itu menepati undang-undang, dibuat secara sindiket atau satu jenayah tanah terancang kerana modus operandinya bukan di tepi jalan raya atau kawasan penempatan penduduk yang boleh dilihat dari jauh.
"Kerajaan negeri sepatutnya tampil menjelaskan kepada rakyat sudah berapa banyak tanah di Kelantan diberi kepada pemaju ataupun syarikat, sama ada dari negeri ini ataupun luar Kelantan.
"Kita nak tahu status konsesi balak ataupun pertanian kelompok yang dijalankan oleh syarikat berkenaan," katanya kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Rakan Online Bersama Tok Pa di sini malam tadi.
Majlis yang dirasmikan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed itu turut dihadiri kira-kira 350 pengamal media sosial (blogger).
Rakaman video itu yang diambil pada 8 Feb lalu turut diselaraskan dengan aplikasi Google Maps, juga ditandai dengan koordinat sebenar video ketika rakaman berlangsung.
Beliau berkata jika dibandingkan dengan aplikasi Google Maps yang diperbaharui pada 2006 itu, jelas menunjukkan penggodolan bukit-bukau berlaku secara besar-besaran di kawasan tersebut.
"Saya mohon kerajaan negeri berikan angka sebenar (hutan yang telah ditebang) ataupun adakah lagi saki-baki tanah di Kelantan ini," katanya.
Wan Khairul Ihsan, yang juga bekas Ketua Pemuda Angkatan Muda Keadilan, berkata Ombak sedia memberi bukti itu kepada kerajaan negeri jika mereka tidak mengetahui aktiviti pembalakan yang terjadi di kawasan berkenaan.
Ombak, katanya, turut mempunyai maklumat mengenai jumlah sebenar kawasan yang terlibat, namun masih menunggu ketelusan kerajaan negeri untuk mendedahkan sendiri angka itu kepada pengetahuan umum. - Bernama