Showing posts with label red bean army. Show all posts
Showing posts with label red bean army. Show all posts

Thursday, 4 July 2013

Melampau !!! Gadis ini terima UGUTAN Rogol diatas perabutanya. @PDRMsia


Sebelum ini kita didedahkan dengan isu berhubung ancaman bunuh dan rogol yang dibuat oleh penyangak cyber pro-DAP terhadap seorang gadis yang merupakan penyokong Barisan Nasional (BN).

Apabila terbongkarnya kumpulan jahat rasis Red Bean Army, kita telah mulai memantau alam maya yang menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Cina. Ternyata bahawa warga maya yang menggunakan 2 bahasa tersebut lebih terdedah kepada propaganda yang bukan sahaja lebih teruk tetapi melibatkan ugutan dan character assasination yang melampau.

Dan isu ini timbul kembali setelah ditulis di dalam Mingguan Malaysia hari ini dan kemudiannya dimainkan pula oleh portal pembangkang SorosKini Malaysia Kini
Laporan portal itu sudah tentu mendapat komen yang banyak dan berbau menyerang Utusan Malaysia seolah-olah media perdana itu menyebarkan fitnah.





Dan isu ugut rogol itu sebenarnya wujud dan tertimpa kepada gadis Cina di bawah :











Lihat video di bawah :



Dek video di atas, gadis tersebut telah diserang dengan teruk tanpa belas kesihan dengan pelbagai penghinaan, mencarut dan juga ugutan rogol seperti yang didedahkan oleh Utusan Malaysia. 


Sebagai buktinya, anda baca sendiri 6 printscreen di bawah dan anda saksikan sendiri betapa teruknya propaganda pro-pembangkang dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina!









Di bawah adalah beberapa akaun pro-pembangkang yang menghina dan ada juga yang mengugut mahu merogol gadis tersebut :

Dickie Ten

Zzjimmy Chan

Samuel Yap

Stewart Yap

Marc Antoni

Beginilah caranya cybertroopers pembangkang meniupkan propaganda jahat mereka untuk mempengaruhi pengguna siber generasi muda terutamanya bangsa bukan Melayu. Dan selama ini, mereka termasuk Red Bean Army bermaharajalela sesuka hati mereka menabur apa sahaja lebih-lebih fitnah memburuk-burukkan kerajaan.

Tetapi MiM yakin mereka itu akan berdepan dengan tindakan undang-undang terutamanya Red Bean Army seperti yang dinyatakan oleh Menteri KDN sebelum ini .

Sunday, 2 June 2013

"RED BEAN ARMY" cuba tarik perhatian Presiden AS. #black505 #BetterNation #PRU13


Tindakan terdesak "Red Bean Army" yang cuba menaraik perhatian Dunia mengenai tindakan tegas tegas yang akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa keatas indvidu atau kumpulan yang cuba menghasut dan menfitnah Kerajaan melalui laman siosial.

DAP menubuhkan pasukan tentera sibernya untuk menyerang dan meruntuhkan kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi beberapa tahun sebelum PRU13 berlangsung. Dikatakan anggotanya berjumlah 1500 orang yang menggunakan kemahiran dan kepakaran mereka dalam dunia IT untuk menimbulkan kekacauan dan kekeliruan dikalangan ahli masyarakat.





Saranan itu diutarakan pembaca Utusan Malaysia, Kevin J. C. Chuah, yang baru-baru ini menyatakan sokongan supaya tindakan tegas diambil terhadap kumpulan Red Bean Army. 

Semalam Utusan Malaysia melaporkan polis telah mengenal pasti sebanyak 30 individu yang bertanggungjawab merancang menggulingkan kerajaan menerusi pergerakan Red Bean Army.





Kevin berkata, kebanyakan laman sosial yang dimiliki Red Bean Army menggunakan bahasa Mandarin selain bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi.

Beliau yang mengetahui perkara itu menerusi pemerhatian di laman Facebook 'We Fully Support PKR' dan 'Hew Kuan Yau' mendapati, komen-komen mereka mula ke arah memberi amaran sesama sendiri supaya tidak membongkar identiti ahli mereka sekiranya ditahan pihak berkuasa.

"Ada antara mereka sudah mula mengalih haluan termasuk menghentam rakan-rakan mereka yang telah dihubungi polis. Mereka mahu dilihat seolah-olah tiada kaitan dengan individu-individu yang dikenal pasti pihak berkuasa.

"Contohnya, seorang tentera mereka yang menggunakan nama 'Sam Chen' dalam Facebooknya meminta rakan-rakannya menghentikan tindakan menghentam sesama mereka termasuk tidak menjadikannya sasaran," katanya.

Menurut beliau, Sam Chen sebelum itu menulis di laman Facebooknya: "Telah dihubungi oleh cawangan khas polis bagi menjawab beberapa soalan dan turut mencapai persetujuan melalui perbualan itu."

Menurut Kevin, Sam Chen turut memberitahu polis yang menghubunginya bertindak sopan dan terlebih dahulu memberitahu tujuan panggilan tersebut menyebabkannya bersetuju bekerjasama namun menegaskan tidak akan membongkarkan identiti sesiapa pun dalam kalangan mereka.

Tambahnya, seorang lagi tentera Red Bean Army yang menggunakan nama 'Medoli Siang' mendedahkan menjadi 'terkenal' selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjemputnya 'minum teh' yang bermaksud disoal siasat.

Selain itu, tambah beliau, seorang lagi tentera siber pembangkang, 'Woodstock Lee' menerusi Facebooknya dengan lantang mengaku salah seorang tentera Red Bean Army dan mencabar pihak berkuasa menangkapnya -
 UM