Showing posts with label PAS PEMBOHONG. Show all posts
Showing posts with label PAS PEMBOHONG. Show all posts

Sunday, 4 May 2014

#BERAMALKERANAALLAH !! WAJAH Unit Amal PAS disaman sebab jadi gengster belasah orang. #BantahGST @PDRMsia


"Mukadimah : Assalamualaikum warahmatullah! Saya anggota Unit Amal kawasan sekian-sekian.
Isi : Jangan nak tuduh Unit Amal. Jangan nak burukkan PAS. Babi, puki, celaka, laknat, sial dan sebagainya.
Penutup : Semoga awak dan keluarga awak masuk neraka jahannam."

Ahli-ahli PAS sekelian yang rasa dah confirmed masuk syurga, tak payah jadi juara hudud kalau kes macam ni pun korang tak mampu handle.

Antara komen diatas... diterima keluarga pengadu...


Adik saya cedera teruk dibelasah. Muka dan badan lebam teruk. Seorang lagi lelaki dicampak dalam longkang. Mereka berdua diserang oleh belasan orang Unit Amal PAS dengan kayu dan helmet, ditendang dan ditumbuk.
                                                           
Keluarga kami akan failkan saman terhadap PAS!!! Biar mahkamah haramkan Unit Amal PAS yang berlagak macam diorang anggota keselamatan beruniform. Sila sebarkan. PAS mesti bertanggungjawab terhadap perangai anjing anggota Unit Amal nya.


Tuesday, 22 April 2014

AKHIRNYA BEKAS KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA DEDAH SIAPA SEBENARNYA "DIA". @tantawi100



"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, di amanah sebagai ketua dewan pemuda Pas malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat pemuda jalan raja laut, isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang, simpanan tunai rm 9,000 dalam akaun simpanan tetap.  

Kalau hampa nak tau... ini kehidupan sebenar Ahli Parlimen Temerloh merangkap mantan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Tantawi yang juga sebagai MP Temerloh




Sedihla tengok orang-orang Melayu PAS.. apa lah depa ni mudah sangat kena tipu.. 



Monday, 17 February 2014

Subhanallah !! UMNO JUGA YANG SALAH TANGGUNGJAWAB SEORANG ANAK DIABAIKAN. @inspirasiislami


Tudia makin celaru puak-puak PAS.. inikah akhlak azkhir zaman sehingga kan tanggungjawab sebagai seorang anak pun nak dinafikan berpolitik...

hargai mak ayah kita sementara mereka masih ada....Ibu bapa merupakan insan yang paling mulia dan berjasa dalam kehidupan seorang anak. Belaiannya memenuhi setiap ruang nadi kehidupan sehingga memancarkan kedamaian dari celah-celah hati dan wajahnya. Ketulusan hati dan ketinggian budinya menghiasi persada nurani membekalkan harapan dalam menghadapi cabaran masa depan.
Keagungan ajaran Islam mewariskan segala aspek kehidupan termasuk hubungan antara anak dengan ibu bapa. Jika anak mengabaikan tanggungjawab tersebut maka musnahlah sendi agamanya dan hancurlah nilai kehidupannya. Kederhakaan anak akan mewariskan penderitaan berpanjangan dan menguburkan berkah dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Hanya anak yang soleh menikmati makna hakiki dari kehidupannya, kerana dapat menghirup air kedamaian dari kedua ibu bapanya, insya Allah.

Wednesday, 12 February 2014

Kisah Nyata bagaimana mengenanal "setan" upahan ? #HanyaDiKedah


Kes naya beb... "Kerana mulut badan binasa" Apa da hal... itu lah yang terjadi kepada "segerombolan" pentaksud tegar ini...mereka sangat kreatif dan inovasi mencipta fitnah yang akhirnya memakan diri kaum mereka sendiri.



Walaupun Pas Kedah mengarahkan ahli-ahli Pas memboikot program agama anjuran Kerajaan Negeri Kedah ini, Namun masih ada ahli-ahli Pas yang ingkar degan arahan dikeluarkan.Buktinya JELAS TERPANPANG..pada hari itu masih ada ahli-ahli Pas yang waras dan tetap pergi ke program Kedah Berselawat itu juga.

status yang dikelurkan oleh Cytropers PAS yang kecewa dengan beberapa "SYAITAN" PAS yang membelakangi Pemimpin PAS sendiri


Ahmad Dhuha Sobri
POSTER Gerakan Fitnah dan Boikot Majlis Mahabbatur


Mahabbatur Rasul difitnah?

Tuesday, 11 February 2014

Panas !! RM5000 Lesap, Masjid hanya Tinggal Nama. #HanyaDiKedah



Serang memeber penah bagitau kat KK Zaman lani.. 3 perkara jangan kita jangan percaya kat orang... Duit, Perempuan ngan Pemetik Api.. Uishhh Betuk ker ni... ? 

Rasanya betul lah kot" Pak lebai "Udang Galah" PAS pun sekarang ni, bila nampak salah satu dari benda yang member KK sebut terpesona.. nak tau pasal apa KK gelar depa udang !!

Tak percaya? baca kat bawah ni, 


Ada satu cerita menarik mengenai Pas di Kedah. Dah la masa Pas memerintah, satu masjid pun tak pernah buat. Lepas tu ada pengikhtirafan masjid terbaik. Masjid terbaik ni diberi kepada Masjid Ar-Rahman, Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam.

Siap dapat pengikhtirafan dari Baginda Sultan Kedah. Hadiahnya ialah sijil dan wang RM5000 untuk AJK Masjid. Tapi sayangnya, duit RM5000 yang sepatutnya dihadiahkan oleh kerajaan negeri (PAS KEDAH) kepada masjid berkenaan tak sampai.

  

Malah dah lebih 5 tahun AJK Masjid berkenaan menunggu duit hadiah hinggalah sekarang.

Paling menyedihkan apabila dikabarkan duit hadiah untuk masjid tu dah keluar masa zaman Pas lagi, namun hilang ditengah jalan.

 
Apa nak jadi dengan puak Pas ni. Duit hadiah masjid pun nak rembat ka? Cukup-cukup la rembat balak dengan tanah wakaf, duit hadiah masjid pun SAPU ?-Kedah Ke KL

Ha hahaha betul tak'.. sebab pa gelar depa "Udang Galah" cuba kita tengok udang galah... "sepit" atau penyepit dok tolak keluar... tetapi pantang ada yang depan mulut semua dia sapu...

Saturday, 23 November 2013

PANAS !! EGEN KHAS cuba rosakan pemilihan #MuktamarPas !! @anwaribrahim @cmlimguaneng @DPPMalaysia @harakahblog


Apa yang jelas di sini, apakah agenda dan perancangan jahat yang sedang diatur oleh ‘pelakon’ dan ‘duta’ khas kelompok tertentu yang cuba untuk menimbulkan tanda tanya dan keraguan perwakilan muktamar serta masyarakat luar yang mengikuti per-kembangan muktamar pada kali ini.

Apakah wujud campurtangan asing dalam memanipulasikan keputusan pemilihan muktamar kali ini ?

Pastinya para pemerhati dan media sedang menanti untuk melontarkan pandangan dan reaksi masing-masing terhadap apa yang sedang berlaku ini.Muktamar kali ini menjadi titik hitam kepada sejarah perjalanan pemilihan tonggak kepimpinan PAS.


AKIBAT SUKA SANGAT FITNAH, KE'MALUAN SENDIRI !! @DPPMalaysia @harakah


Apa punya cerita la kali.. pssstt ini cerita kisah baiknya...

Mungkin ini petunjuk Allah SWT kepada PAS yang selama ini bukan main sibuk dok perlekeh SPR dengan macam-macam dakwaan mengenai pengendalian pilihanraya. SPR kendali pilihanraya libatkan lebih 13 juta pemilih, manakala PAS yang buat pemilihan hanya libat 1,129 orang perwakilan boleh kelam-kabut.


Peribahasa Melayu sebut mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...
Lebih memalukan, kesilapan cetak kertas undi melibatkan 61 nama untuk mengisi 18 tempat kosong Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Dengar khabar ada beberapa nama tercicir, kejadian itu disedari selepas kira-kira setengah jam berlangsung pengundian selepas solat Jumaat tadi.

Antara nama yang disebut-sebut tak ada dalam senarai adalan Nasaruddin Hasan, bekas Ketua Pemuda PAS yang tak pertahan jawatan dan Ahli Parlimen Temerloh. Pihak Jabatan Pilihanraya PAS yang mengendali-kan proses pemilihan itu mengumumkan penangguhan pengundian untuk jawatan AJK Pusat. -22/11/2013 AgendaDaily

SIAPA LA PLAK YANG NAK DIPERSALAHKAN KALI INI ? UMNO lagi kah... Selepas sistem pemilihan DAP mencetuskan kontroversi, kini PAS pula menuruti kepincangan teknikal. Mungkinkah pemilihan PKR akan mencatat sejarah hitam.....

Hehhh... Kendalikan 1000 orang lebih pun dah kacau bilau..

Friday, 22 November 2013

#MuktamarPAS : Pemilihan AJK tidak sah, tangguh esok !! @rakyatnews


Pemilihan bagi jawatan Ahli JawatankuasaKerja PAS Pusat terpaksa dibatalkan kerana berlakunya kesilapan pada kertas undi.



Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi berkata, proses pemilihan bagi 18 AJK PAS Pusat itu akan diadakan semula pada Sabtu pagi. "Kita kesan terdapat kesalahan pada kertas undi, jadi bagi mengelakkan sebarang implikasi yang lebih besar... kita tangguhkan hingga esok," katanya.

Bagaimanapun Asmuni menjelaskan proses pengundian bagi jawatan timbalan dan naib presiden diteruskan seperti yang dijadual-kan.

Kesilapan itu dikesan selepas 45 minit perwakilan melakukan proses pemilihan bermula 4 petang Jumaat. 61 calon bersaing merebut 18 kerusi AJK PAS Pusat yang dipertandingkan.

Friday, 15 November 2013

TAHNIAH PAS !! Hudud: 'Patut sudah lama dilaksanakan' - Harun Taib @rakyatnews


Kerajaan Pas Kelantan sewajarnya segera menguatkuasakan hukum hudud di negeri itu seiring dengan kesediaan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berpendapat, kerajaan negeri berkenaan sepatutnya sudah lama menggerakkan usaha ke arah itu jika prasarana sudah disediakan.

"Kalau mereka (Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan) kata sudah sedia, baguslah dan boleh laksanakan sekarang. "Saya alu-alukan dan sokong sekiranya kerajaan Pas Kelantan segera laksana dan kuatkuasa hukum hudud yang telah kita (Pas) perjuangkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Harun diminta mengulas kesediaan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan melaksanakan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat.


Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad dilaporkan berkata, pihaknya mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksanakan hukum Islam itu.


Bagaimanapun, menurut Daud, kerajaan Pas Kelantan perlu menambah jumlah hakim sekiranya hukum itu mahu dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Terserahlah kepada kerajaan Pas Kelantan, kalau dah sedia nak jalankan, saya setuju lah. Sebagai orang Pas, saya berpendapat sepatutnya hukum hudud ini sudah lama dilaksanakan," katanya.

Wednesday, 7 August 2013

Tahniah !! Rakyat Kelantan terus nikmati kemudahan lebuh raya wakaf di musim perayaan. #rakyatnews #1Malaysia

Jalan 'Ikan sardin'

Menjelang sambutan Aidilfitri Khamis ini, jalan- jalan utama memasuki Kelantan khususnya yang menghala ke Kota Bharu mula dibanjiri kenderaan perantauan.

Aliran trafik ke pusat bandar dari Jalan Kuala Krai begitu ketara sehingga kenderaan bergerak perlahan.

Kenderaan bertali arus memasuki Kelantan melalui Gua Musang, Jeli dan Pasir Puteh. Paling ketara di laluan Gua Musang-Kuala Krai-Kota Bharu.

Paling teruk, bandar Kota Bharu sudah menjadi “ikan sardin” dan menjadi trauma kepada mereka yang ingin masuk  di bandar khususnya untuk membuat persiapan raya.

Bagi mereka yang menggunakan kenderaan untuk beraya, sudah pasti mereka terpaksa memikir panjang kerana tempoh perjalanan  yang lama sekali gus merencatkan mood raya.
Jalan 'Ikan sardin'

Masalah kesesakan jalan raya di negeri ini bagaikan tiada berkesudahan apabila isu ini semakin hari dilihat bagai melepaskan batuk di tangga oleh sesetengah pihak.

Mengikut analisis, setiap tahun, lebih 60,000 buah kenderaan akan memasuki negeri ini terutamanya di musim perayaan seperti Aidilfitri dan Tahun Baru Cina tersebut malah angka ini menunjukkan peningkatan saban tahun.

Jadi anggaplah projek lebuhraya Husam Musa tidak lebih dari sebuah cerita dongeng untuk menghadapi PRU tidak lama lagi. Dan juga sebagai menambah koleksi najis-najis janji Pas di Kelantan. Sebelum BN masukkan dalam manifesto PRU , dia potong awal-awal untuk buat terlebih dahulu. Sebab itu awal bulan umum hujung bulan pecah tanah.

Nampaknya cerita Husam nak buat lebuhraya sama lah macam cerita dongeng.


Lebuhraya Husam Musa" sepanjang 73km ini menghubungkan Dusun Damar, Kuala Krai hingga Pusat Bandar Kota Bharu telah dirasmikan upacara pecah tanah pembinaannya oleh YAB Menteri Besar Kelantan pada 28 Mei 2012.

Dibahagikan kepada 2 Pakej, Pakej 1 dari Kuala Krai Ke Machang sepanjang 43km dengan 4 persimpangan Bertingkat dikenali sebagai Dusun Damar Interchange, Keroh Interchange, Bukit Bakar Interchange dan akhir sekali Bukit Tiu Interchange.

Manakala Pakej 2 adalah Machang ke Kota Bharu dengan Kok Lanas Interchange, Ketereh Interchange, Kadok Interchange dan Pasir Hor Interchange sepanjang 30km.


Lebuhraya rakyat adalah satu bentuk penipuan yang akan dibuat oleh PAS di Kelantan. Membina dengan meminta sumbangan dari rakyat Kelantan untuk sama sama menderma menyiapkan.

Derma tersebut akan dikumpulkan oleh satu anak syarikat PMBK iaitu Baldah Toyyibah (Prasarana) Sdn. Bhd.(dahulunya dikenali Rowstead Systems Sdn. Bhd.)

Hendak tahu siapa pemiilik dalam Rowstead Sdn. Bhd itu? Salah seorangnya adalah Husam Musa. Kontraktor utama akan membina lebuhraya hasil derma rakyat ini adalah Menta Construction Sdn. Bhd. Yang berpusat di Kuala Lumpur.

KK : cerita dongeng PAS dari dulu sampai la tak pernah berubah

Tuesday, 28 May 2013

Amaran! ! PAS Kepada yang sangsi tehadap perjuangan dalam #PR @shamsuliskandar. #blackout505 #black505


Kalaulah benar dan betul sebagaimana yang diucapkan oleh Ketua Pemuda Pas ini. KK pun  tumpang berbanggalah....dengan sikap dan ketegasan kepimpinan PAS.Tapi beani ker...si GENERAL pemuda PAS yang dikatakan lantang itu nak 'bersabung' dengan anak emas si Abang Non a.k.a Anwar tu... Mengkut kenyataan yang dikeluarkan oleh sebuah portal kat bawah ni...

Kritik Hadi: PAS Tidak Akan Tutup Mulut

PETALING JAYA: PAS tidak akan 'menutup mulut' daripada menjawab kritikan walaupun daripada rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat hanya kerana mahu menjaga hubungan yang dibina atas dasar politik.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, PAS tidak akan membiarkan parti itu dianggap dungu dan naif apabila hanya berdiam diri walaupun dikecam tanpa asas.
Tegasnya walaupun PAS bersifat terbuka dalam menerima kritikan, tidak semestinya mereka hanya perlu berdiam diri tanpa diberi peluang untuk memberi penjelasan.
"Namun terbuka dan bersedia menerima kritikan bukan bermakna kami mesti diam membatu atau bungkam membisu dalam menerima kritikan tersebut.
"Ramai menyangka maksud menerima kritikan ialah "zip" mulut dan mendengar apa jua hamburan kata yang ditujukan kepadanya sehingga kadangkala kita boleh dianggap dungu dan naif," katanya di sini, Selasa.
Nasrudin berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin pada Kongres PKR ke-9, Jumaat lalu yang secara lantang mengkritik pimpinan Pas terutama Abdul Hadi atas tindakannya mengeluarkan watikah bertanding calon Pas hingga menyebabkan pertindihan calon.
Tegas Nasrudin, setiap pemimpin dan ahli PAS bertanggungjawab mempertahankan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikritik berhubung isu pertindihan kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Tambah beliau, memberi jawab balas, menangkis dan membuat pencerahan semula terhadap kritikan tersebut adalah sebahagian daripada kaedah mengurus serta menangani kritikan yang normal.
"Sebagaimana pihak pertama ada hak untuk mengkritik, kenapa pula kita mesti nafi dan hilangkan hak pihak kedua menjawab kritikan yang dilemparkan.
"Selayaknya pihak pengkritik, mesti bersedia menghadapi kritikan balas bagi menilai potensi kritikannya. Adakah ia berasas atau tidak. Adakah kritikan tersebut berpaksikan hujah atau fitnah. Adakah kritikan itu dengan tujuan membina atau meruntuhkan," katanya.
Bagaimanapun, katanya sekiranya kritikan itu berbentuk fitnah yang dirancang untuk menjatuhkan maruah, maka ia memerlukan penjelasan.
"Jika sesuatu kritikan itu dibuat secara terbuka, ia boleh mencipta prasangka buruk kepada masyarakat. Justeru mahu atau tidak, jawab balas mesti dikemukakan terhadap kritikan itu bagi memperbetulkan semula persepsi.
"Jika kritikan tersebut ada hujah yang jelas, kita akur dan bersyukur lantaran kritikan itu membuka jalan bagi berubah ke arah yang lebih baik," katanya. Sumber Mstar.
kk : Biar betul.... Selama ini pun bukankah PAS dan menjadi 'leaders' dalam pakatan haram ke...(bersangka baik). Apa

Sunday, 17 March 2013

Isu #LahadDatu : Dewan Ulama PAS "sanggah" keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan. @hmetromy




Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Sabah sebagai  'syahid dunia'.

Kenyataan dibuat Harun itu sekali gus menolak tanggapan sesetengah pihak yang mempertikaikan status kematian perwira negara sebelum ini dan menjelaskan mereka terkorban kerana mempertahankan keselamatan negara daripada pencerobohan kumpulan bersenjata warga Filipina di Sabah.

“Kalau mereka mahu pertahan negara itu (mati) syahid (iaitu) syahid dunia, bukan syahid dunia akhirat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Makan Malam Dana Pilihan Raya Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Parlimen Kuala Nerus, di Kuala Ibai, di sini.

Hadir sama, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Harun yang juga Adun Manir berkata, syahid ada dua iaitu syahid dunia dan syahid dunia akhirat.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, kematian perwira terbabit tidak dikategorikan syahid dunia akhirat kerana tidak jelas niat sebenar mereka sama ada untuk pertahankan negara, membela Islam atau sebab-sebab lain.

“Syahid dunia akhirat ini adalah syahid memperjuangkan dan mempertahankan Islam atau mengembangkan Islam. Jadi, apabila mati di medan perang maka dikata syahid dunia akhirat," katanya. Sinar

Terdahu sebelum ini, 
Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpendirian bahawa anggota-anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan keselamatan rakyat dan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah baru-baru ini tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, kematian mereka dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan negara adalah sangat mulia di sisi agama.

“Jasa dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan tersebut sangat besar kepada negara kerana mereka terkorban dalam mempertahankan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.

“Saya menyeru semua pihak berdoa mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran setimpal atas jasa dan pengorbanan besar yang telah dilakukan mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

KK masih bingung dengan dengan pendirian PAS ini,
Jasa anggota keselamatan gugur pertahan negara tak ternilai apakah keputusan Dewan Ulama di dorong oleh sekutunya DAP dan keadilan.