Friday 22 November 2013

#MuktamarPAS : Pemilihan AJK tidak sah, tangguh esok !! @rakyatnews


Pemilihan bagi jawatan Ahli JawatankuasaKerja PAS Pusat terpaksa dibatalkan kerana berlakunya kesilapan pada kertas undi.



Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi berkata, proses pemilihan bagi 18 AJK PAS Pusat itu akan diadakan semula pada Sabtu pagi. "Kita kesan terdapat kesalahan pada kertas undi, jadi bagi mengelakkan sebarang implikasi yang lebih besar... kita tangguhkan hingga esok," katanya.

Bagaimanapun Asmuni menjelaskan proses pengundian bagi jawatan timbalan dan naib presiden diteruskan seperti yang dijadual-kan.

Kesilapan itu dikesan selepas 45 minit perwakilan melakukan proses pemilihan bermula 4 petang Jumaat. 61 calon bersaing merebut 18 kerusi AJK PAS Pusat yang dipertandingkan.

No comments:

Post a Comment