Tuesday, 12 November 2013

Isma: Kami cukup bukti keterlibatanMarina Mahathir. @rakyatnews


Ikatan Muslimin Malaysia, (Isma) hari ini, menegaskan bahawa pihaknya mempunyai bukti yang cukup untuk memperlihatkan sokongan Marina Mahathir terhadap gerakan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).


Menurut Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahaya, selaku Ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SIS), Marina Mahathir semestinya bertanggungjawab dan terlibat secara langsung atau tidak secara langsung terhadap tindakan pihak Comango tersebut.


“ Adalah mustahil seorang Ahli Lembaga Pengarah tidak mengetahui dan bersama dalam aktiviti pertubuhan yang beliau bersama-sama ketuai.

"ugutan Marina untuk menyaman Isma juga memperlihatkan sifat hipokrasi beliau yang selama ini melaungkan hak kebebasan bersuara. Namun apabila isu ini terkena diri beliau sendiri beliau mengugut untuk menyaman.


“Isma ingin menegaskan bahawa kami mempunyai bukti yang cukup untuk memperlihatkan sokongan Marina terhadap gerakan Comango ini,” katanya memetik kenyataan media Isma hari ini.


Sehubungan itu, Isma mempertahankan kenyataannya didalam risalah yang menyatakan keterlibatan, SIS, dalam tindakan Comango yang menghantar laporan kepada United Nation Human Rights Council (UNHRC) yang menuntut perkara tersebut.


“Kebebasan beragama termasuk bebas untuk murtad, menghalalkan seks songsang termasuk pengiktirafan golongan LGBT, penghapusan hak keistimewaan orang Melayu menghapuskan undang-undang syariah, dan menuntut kebebasan penyebaran fahaman Syiah.


“ oleh itu.. Isma berpandangan perkara-perkara ini adalah amat serius kerana ia boleh menggugat kedaulatan negara dan kemuliaan agama Islam di negara ini,” tegasnya.
Sumber.

1 comment:

  1. APAKAH CABARAN PALING GETIR BUAT TUN Dr MAHATHIR?.
    Anak perempuan Tun Mahathir dan kakak kepada Datuk Mukhriz ini mempunyai pendirian liberal dan tidak sehaluan dengan pemikiran Tun Mahathir dan sebahagian besar rakyat Malaysia di dalam perihal Lesbian, Gay Biseksual dan Transgender. (LGBT).

    Amat malang sekali, penglibatan Marina di dalam gerakan memertabatkan LBGT ini, menyedihkan Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah. Marina juga terlibat di dalam perhimpuan haram Bersih 1,2 dan 3. Beliau bersengkokol dengan pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah. Amat jelas perhubungan baik mereka ketika Nurul izzah berkunjung ke Jakarta beberapa bulan dahulu.



    Marina Tun Mahathir turut disenaraikan sebagai salah seorang pemimpin NGO daripada 54 NGO yang bernaung di bawah COMANGO yang telah memanjangkan gerakan memertabatkan LBGT ke peringkat antarabangsa. Mereka terlibat di dalam proses semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva. Mereka meminta campur tangan antarabangsa untuk menekan Malaysia supaya menerima tuntutan mereka.

    Penulis amat dukacita kerana umat Islam yang berada bersama di dalam COMANGO ini tidak menurut perintah ALLAH yang memerangi aktiviti haram LBGT tersebut serta bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.

    Jesteru itu, penulis yakin cabaran `top 5’ yang paling getir Tun Mahathir termasuklah kepesongan pemikiran dan pegangan agama Islam anak perempuan beliau, Marina Tun Mahathir. Antara cabaran lain yang paling getir ialah cabaran kejatuhan matawang Malaysia dan kemerosotan ekonomi, pertandingan Presiden UMNO melawan Tengku Razaleigh, Pengharaman UMNO dan pembangunan Negara dan memperkasakan ekonomi Bumiputera.

    Wahai Marina Tun Mahathir, insaf dan bertaubatlah. Kasihani lah ayah dan bonda anda.

    ReplyDelete