Tuesday 19 November 2013

MISTERI !! VILLA NABILA HILANGKAN 23 INDIVIDU. PENDEDAHAN DARI BLOG MAZIDUL. @inspirasiislami



Heboh di laman sosial, kes 23 individu didakwa hilang di Villa Nabila, Johor Bahru, Johor. 

"Wanita, Norhayati Mohamad, 38 tahun, membuat laporan polis, anaknya, Mohamad Izzat Izzudin, 16 tahun, keluar dari rumah dan tidak pulang sejak Sabtu lalu. Awal pagi tadi, ibu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan," lapor Zulhazri.

"Jadi apakah hubung kaitnnya dengan kisah tersebar di laman sosial, 23 individu hilang di Villa Nabila?," tanya saya lagi.

"Terdapat maklumat mendakwa kononnya Izzudin dilihat masuk ke Villa Nabila bersama 30 rakan pada jam 4 pagi Ahad lalu. Bertindak secara proaktif, hasil daripada maklumat disalurkan itu, polis serta kakitangan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru telah melakukan pemeriksaan di setiap ruang di Villa terbabit, di antara jam 3.30 pagi dan 5.30 pagi tadi. Saya kemudian menghubungi Pemangku Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd. Samad Salleh, beliau menafikan berita kehilangan 23 individu itu," jelas Zulhazri.

"Fakta sebenar?," itu soalan terawal saya ajukan kepada sahabat, wartawan, juga blogger, Zulhazri Abu Bakar di Johor Bahru.

Klik di sini dan di sini untuk membaca hasil tinjauan saya ke villa sama pada bulan Julai 2012. 
Laporan The Star, di sini.

No comments:

Post a Comment