Berikut adalah sedikit pencerahan yang diambil dari page Misteri Villa Nabila di Johor Bahru :-
Villa Nabila merupakan sesebuah tempat yang disebut ramai di Johor Bahru. dikatakan Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut. agak scary jugak nama Villa Nabila ni.
Villa Nabila terletak di tepi Pantai Lido Johor Bahru. juga berdekatan dengan istana sultan johor. Tiada sumber yang mengatakan siapakah Nabila dan keluarga beliau. tetapi kebanyakkan orang akan mengatakan cerita yang sama tentang Villa Nabila.
Mengikut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakn berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut.
Pada masa itu dikata-kan ibu bapa Nabila keluar untuk urusan kerja untuk beberapa hari. dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau. Nabila juga adalah anak kesayangan dalam keluarga beliau.
Tetapi ada juga sumber lain yang mengatakan Nabila dibunuh oleh mak cik beliau kerana untuk merebut harta warisan ibu bapa Nabila. selain itu ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.
Kini rumah tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar. ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar, ada yang sebaliknya tetapi di ganggu oleh makhlus halus setelah keluar dari kawasan Villa Nabila.
Apa pun cerita yang kita dengar tentang Villa Nabila itu mungkin terdapat kebenaran di sebaliknya. janganlah kita membuat andaian kita sendiri kerana kita tidak mengetahui cerita yang sebenar. kepada mereka yang ingin ke Villa Nabila tersebut janganlah buat perkara yang tidak elok dan datanglah dengan niat yang baik. kerana niat yang tidak baik boleh membuatkan makhluk halus di kawasan tersebut "berminat" dengan anda.
kredit : FB Misteri Villa Nabila di Johor Bahru.
No comments:
Post a Comment