Awas !! perkara ini bukanya kali pertama berlaku... Kerajaan Malaysia juga harus bertegas dan memberi tempoh waktu tertentu untuk menyelesaikan masalah ini dengan segera.
Seramai 62 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang, Gelang Patah di sini yang sedang menduduki peperiksaan mendakwa terganggu dengan bunyi kuat apabila setiap kali pesawat pejuang, disyaki dari negara jiran melintasi kawasan persekolahan berkenaan.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Azahar Abd. Rahman berkata, kehadiran pesawat pejuang itu disedari penduduk setempat sejak 7 November lalu apabila melalui ruang udara di kawasan berkenaan hampir setiap hari kecuali cuti hujung minggu.
''Kehadiran jet-jet pejuang disyaki dari Singapura ini telah mengganggu tumpuan para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan kerana boleh dikatakan selang beberapa minit ada sahaja jet pejuang akan lalu.
''Bunyinya pula cukup kuat kerana terbang pada ketinggian sederhana dan sekurang-kurangnya 10 kali pesawat ini berulang alik dari ruang udara di sini bermula pukul 10 pagi hingga ke petang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menurut Azahar, masalah tersebut perlu ditangani segera kerana bukan hanya mengganggu para pelajar ketika menduduki peperiksaan, malah melibatkan kedaulatan dan keselamatan negara.
Ketua Kampung Tiram Duku, Abdul Manaf Abd. Rahman berkata, pencerobohan ruang udara disyaki oleh pesawat tentera udara republik tersebut bukan pertama kali terjadi kerana masalah sama pernah berlaku sebelum ini.
''Agak lama juga jet-jet pejuang tersebut tidak melalui ruang udara di sini dan kali ini kembali semula. Ini menunjukkan bahawa pihak pemerintah Singapura tidak menghormati keputusan kerajaan Malaysia berkaitan dengan larangan menggunakan ruang udara negara ini bagi jet-jet Singapura.
''Justeru, saya berharap pihak yang berkenaan seperti Kementerian Pertahanan dan Wisma Putra memandang serius perkara ini termasuklah membuat bantahan kepada pemerintah Singapura," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam UMNO Gelang Patah, Mohd. Faiz Abdullah yang menerima aduan berhubung kejadian tersebut telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Gelang Patah di sini semalam
Artikel Penuh:Sumber
© Utusan Melayu (M) Bhd
INI BUKAN KALI PERTAMA JIKA SEBELUM LAPORAN
No comments:
Post a Comment