Sunday 3 November 2013

#PRKSgLimau : Panas !!! Tun M "Hentam" @Mukhriz Mahathir, apa kes pulak ni #BeraniHijrah #KEDAHAMANMAKMUR @NajibRazak


Semasa berlasung sidang Media petang, Tun M mengakui akan melakukan sesuatu jika DPMM gagal mentadbir dan memajukan Negeri Kedah. 

Dr. Mahathir berkata kali terakhir beliau berucap di hadapan masyarakat di Sungai Limau ialah pada tahun 1969.


Menteri Besar Mukhriz, kata Mahathir berjenaka ialah anak beliau walaupun botak, tetapi sentiasa berfikir untuk majukan Kedah.

Mahathir juga berjenaka beliau akan rotan Mukhriz kalau tidak berusaha kuat majukan Kedah, kerana rakyat memberi kepercayaan kepada beliau.


Peluang BN Menang Di DUN Sungai Limau Kini Lebih Baik - Dr Mahathir.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang baik untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau daripada PAS, pada pilihan raya kecil (PRK) DUN itu, pada Isnin.

"Saya lebih yakin daripada masa saya dulu...masa saya dulu nak masuk pun tak boleh," katanya dalam sidang media di Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di sini Ahad.

Dr Mahathir berkata, semangat BN kini tinggi, tidak seperti dahulu di mana banyak kawasan yang dulunya tidak boleh dimasuki kerana penduduknya menentang BN telah berubah dan sanggup mendengar penjelasan.

"Saya yakin apabila mereka dapat dengar daripada BN, mereka akan berani masuk dan sokong kita kerana jasa BN banyak. Boleh buat perbandingan, dulu tak ada perbandingan kerana selalunya kerajaan BN.

"Tapi sekarang, satu penggal PAS memerintah tak ada kemajuan walaupun pemimpinnya (arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak) cukup baik tetapi kemajuan tidak dapat dicapai," katanya.

Dr Mahathir berkata, beliau yakin dengan kejayaan BN di Kedah untuk membawa kemajuan yang lebih pesat dan peluang pekerjaan lebih luas selain pendapatan rakyat dapat ditingkatkan.

Beliau berkata, Allahyarham Azizan adalah sahabat baiknya yang berhasrat untuk mengurangkan pepecahan di kalangan orang Islam, namun kini pengundi di DUN Sungai Limau harus memilih seorang yang boleh meneruskan perjuangan tokoh Islam itu.

"Untuk meneruskan perjuangannya (Azizan), saya berpendapat supaya tidak berpecah, kita sokong yang baik dan tolak yang buruk. Saya menyeru agar fikir tentang pejuangan parti-parti di Malaysia, melihat perbandingan antara PAS dan Umno," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, pengundi DUN Sungai Limau perlu bijakmemilih calon bagi PRK DUN itu pada Isnin, demi kepentingan generasi masa depan,negeri Kedah dan negara.

Katanya, pengundi tidak harus memilih calon mengikut perasaan dan PRK DUN Sungai Limau adalah penting untuk membuktikan pilihan yang dibuat itu adalah baik untuk memilih calon yang mampu membawa kemajuan.

Walaupun tidak berapa sihat, Dr Mahathir memilih untuk berada di sini sehari sebelum hari mengundi. BERNAMA

No comments:

Post a Comment