Saturday 30 November 2013

Panas !! DPP Perak Dakwa Ustaz Kazim Elias Ahli PAS. @tv3malaysia @ustazkazim #umno2013


Dakwaan yang menyatakan Ustaz Mohamad Kazim Elias merupakan Ahli Pas. ISU ini timbul selepas UKE  menjadi antara antara sembilan orang yang dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Lantikan ini adalah sebagai tambahan kepada 25 yang dipilih menerusi pemilihan UMNO baru-baru ini.



Dengan perlantikan ini bermakna beliau secara automatiknya adalah ahli UMNO. Namun, ramai yang keliru dengan kenyataan yang dibuatnya (video) beberapa bulan yang lalu bahawa dia bukan ahli UMNO. Tambah mengejutkan, terkini ada pula pihak yang mendedahkan bahawa Ustaz Kazim adalah ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang sah. Beliau berdaftar sebagai ahli PAS cawangan Manjoi, kawasan Tambun, Ipoh Perak dengan nombor keahlian 0475276. Tarikh keahlian beliau ialah pada 17 Julau 1998.

No comments:

Post a Comment