Kehebatan yang ditunjukkan oleh Tun Dr. Mahathir itulah yang
membuatkan banyak pihak di Barat terutama sekali yang berkepalakan Yahudi
seperti George Soros, menaruh dendam yang cukup besar.
EKSKLUSIF: SETAHUN
SEBELUM BERLAKUNYA TRAGEDI MH370 (WAJIB BACA) | Bismillahir Rahmanir
Raheem..2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya menyusunnya kepada 3
bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini.
Pertama, usaha
perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.
Perkara Kedua,
sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal
untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal
untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan
dijalankan dirantau ini.
Ketiga, meletuskan
perang setelah kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuhkan sedikit-demi
sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk
meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.
Sentiasa saya
tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan dari isu
perubahan rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan Selat Melaka, kedudukan
Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku
di Ukraine.
Apa hubungkaitnya
dengan krisis Russia-Ukraine-US?
Pada Mei 2013, satu
kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas
kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi
negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi
menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.
Antara perkara
berani yang dibentangkan ialah :
1.
Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai
matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran +
Venezuela.
2.
Memperkenalkan satu matawang yang
akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.
3.
Memperkenalkan serta mempromosikan
kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.
Sergei Glazyev,
pemikir ekonomi dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia
melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh,
stabil dan kuat. Glazyev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika
dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk
menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia
melalui hutang-hutang yang diberikan. Glazyev menyatakan, sistem hutang dengan
riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam
satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan
pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka
dirampas.
Beginilah cara
sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan
keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak
yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi
bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu
yang realiti.
Semua ini perlu
dihentikan menurut Sergei Glazyev. Lalu beliau mencadangkan agar Russia
mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini
termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga
minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka.
Tiada siapa pernah
berani mencadangkan perkara demikian rupa kecuali Tun Dr. Mahathir sepuluh
tahun lebih awal daripada Glazyev. Yang membezakan Tun Dr. Mahathir dengan
Glazyev ialah, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin berfikiran jauh dari
sebuah negara kecil tanpa kekuatan tentera untuk memastikan setiap apa yang
diutarakan dapat dijalankan tanpa perlu takut dengan ugutan negara kuasa besar.
Tetapi beliau tidak pernah takut untuk mengutarakan idea tersebut berulang
kali.
Berbeza dengan
Sergei Glazyev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia.
Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan
untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif
yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuclear yang
hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.
Apabila Sergei
Glazyev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan bahawa ini merupakan jalan
perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko retaliasi termasuk sehingga
mencetus sebuah perang yang besar.
Russia tidak akan
bertindak sedemikian jika Washington tahu berpegang kepada janjinya 30 tahun
dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington telah berjanji untuk tidak
mengganggu blok negara Eropah Timur supaya menjadi sebahagian daripada negara
NATO. Tetapi, sepertimana Uncle Sam yang biasa, satu persatu negara Eropah
Timur ditarik masuk ke dalam NATO. Malah tentera-tentera NATO sudah pun mula
ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika krisis ekonomi Ukraine mula
memuncak.
Washington
menyedari Russia sedang cuba mengumpulkan kekuatan lamanya kembali. Jika
dahulu, melalui Warsaw Pact, Russia diperkukuhkan sehingga menjadi satu blok
ekonomi yang memberi saingan kepada Amerika dan Eropah. Lalu, satu persatu
tiang sokongan Russia di dalam Warsaw Pact ini diruntuhkan sehingga kejatutah
Kesatuan Soviet berlaku pada 1991. Melalui dasar Perestroika dan Glasnost,
Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet dengan anai-anai yang kemudiannya
menamatkan era Perang Dingin antara Amerika dan Russia.
Lewat beberapa
tahun ini, Washington melihat Russia sedang mengumpulkan kekuatannya kembali.
Eric Margiolis, melalui kolumnya yang disindiketkan kepada akhbar the
Sunmenyatakan bahawa Russia sedang menjalankanAncshluss (penggabungan) secara
senyap. Pungutan suara yang memasukan Crimea ke dalam Russia menunjukkan bahawa
Ancshluss itu benar-benar kini sedang berlaku tanpa diselindungkan.Bermula
2013, Russia cuba memperkukuhkan ekonomi negaranya dan membersihkan pemimpin
politik serta golongan oligarki daripada golongan yang senang diugut oleh
negara barat.
Vladimir Putin
telah memperkenalkan dasar anti-dana pesisir (Anti-offshore) bagi membersihkan
negaranya daripada kelompangan yang boleh menyebabkan golongan politikus dan
oligarki menjadi mangsa ugutan barat. Dalam masa yang sama dasar anti-offshore
tersebut akan mengembalikan sebahagian besar dana milik orang Russia di luar
pesisir kembali untuk mengukuhkan ekonomi Russia. Pada mula dasar ini
diperkenalkan, golongan mewah, politikus dan oligarki Russia dipujuk untuk
membawa masuk dana kembali secara sukarela. Tetapi, ramai yang tidak
mengendahkannya sehinggalah berlaku krisis ekonomi di Greek dan Cyprus.
Keruntuhan Ekonomi
Cyprus menjadi titik tolak kepada kejayaan Putin untuk menggalakkan dasar
Anti-pesisir untuk ditegakkan di dalam negara.Cyprus merupakan antara negara
luar pesisir di mana ramai golongan kaya Russia menyimpan kekayaan mereka.
Apabila berlaku masalah ekonomi sehingga memaksa kerajaan Cyprus mengambil
harta-harta yang disimpan untuk menghidupkan ekonomi mereka kembali, kerajaan
Russia berlepas diri daripada membantu golongan rakyatnya yang menyimpan
kekayaan di luar Russia.
Dari cara pujukan,
ia kemudiannya dijadikan undang-undang dengan mengharamkan mana-mana golongan
politik dan oligarki untuk mempunyai apa-apa kepentingan perniagaan serta
simpanan dana di luar pesisir. Kembalinya dana-dana milik Russia dari luar,
maka ekonomi Russia mula dipekukuhkan. Kita akan segera teringat dengan
tindakan yang sama dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir bersama Tan Sri Mohd Nor
Yaacop, apabila negara menghadapi krisis matawang pada 1998. Tahun yang sama
boneka dan kolum kelima yang dipasang Amerika untuk membuat perubahan rejim gagal
mencapai matlamat.
Vladimir Putin
mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di Russia biarpun Washington cuba
memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak penentang untuk menggugatkan
pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan Washington tidak senang duduk.
Apabila mereka mengganggu kecenderungan sokongan politik di Ukraine, Russia
sudah mentafsirkan tindakan Uncle Sam tersebut sudah melampaui batas yang
sepatutnya dihormati sejak 30 tahun dahulu.
Tiada guna untuk
berdialog dengan Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia untuk
segera masuk ke dalam Crimea untuk menunjukkan tahap seriusnya Russia dalam
mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada jatuh ke dalam perangkap
Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang maruah Amerika dengan penuh
bergaya.
Tetapi Washington,
salah sebuah negara Yakjuj dan Makjuj, masih bijak memanipulasi keadaan.
Perhatikan kini mereka sedang berusaha memencilkan sokongan ke atas Russia
dengan cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’. Mereka kini
sedang cuba memencilkan China daripada menyokong Russia di dalam isu di Crimea.
Orang Islam dengan matahati yang terang akan segera sedar permainan mereka di
sini. Walaupun Amerika cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my
friend’, kita melihat cara mereka mendekati China ialah dengan menggunakan
prinsip dalam pepatah Klingon sepertimana yang pernah digunakan di dalam filem
Star Trek, ‘Enemy of my enemy is the enemy I killed last’.
Bagaimana mereka
melakukannya? Masih ingat dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di stesen
keretapi di China dua minggu lepas? Puak pemisah Uighur telah dituduh sebagai
bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Seluruh negara China sekarang ini
berada di dalam satu bentuk sentimen membenci orang Islam kerana ‘perbuatan
etnik Uighur di stesen keretapi tersebut’.
Tahukah
sahabat-sahabat, bahawa apa yang berlaku di stesen keretapi tersebut adalah
satu skrip berulang dengan tempoh masa yang hampir sama sepertimana yang
Amerika pernah gunakan satu ketika dahulu sebelum menjajah Afghanistan? Mari
kita lihat persamaannya.
Dua minggu sebelum
Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan, mereka telah mengirimkan dua
orang wartawan yang dikatakan mewakili National Geographic untuk membunuh Ahmad
Shah Masood. Ahmad Shah Masood ialah pemimpin golongan mujahidin Pakatan Utara
yang digelarkan sebagai Singa Panjsher. Allahyarham tidak pernah mengizinkan
mana-mana wartawan menemubual dirinya kecuali oleh dua wartawan tersebut.
Apabila sesi temuduga tersebut dijalankan, sebutir bom yang diletakkan di dalam
kamera salah seorang wartawan tersebut telah diletupkan.
Pakatan Utara
sebelum daripada itu telah mencapai satu perjanjian damai dengan puak Taliban
supaya pihak mereka tidak bertembung dan berperang sesama sendiri. Tetapi
peristiwa letupan bom ini mengejutkan pihak Pakatan Utara. Amerika segera
mencadangkan kepada dunia melalui salakan anjing-anjing di dalam media mereka
bahawa Puak Taliban yang membunuh Ahmad Shah Masood. Oleh kerana majority
daripada penduduk Afghanistan tidak berminat untuk membaca dan meneliti berita,
sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia, maka fitnah itu kemudiannya dikipaskan
dengan deras.
Hasilnya, Pakatan
Utara mengangkat senjata kembali dan memulakan perang mereka dengan golongan
Taliban. Selang beberapa minggu selepas itu, Amerika melancarka perang ke atas
Afghanistan dengan membantu Pakatan Utara untuk berperang bagi pihak Amerika
dengan menundukkan Taliban di beberapa kawasan.
Itulah juga modus
operandi yang sedang dijalankan sekarang ini. Setelah mengejutkan negara China
dengan berita pembunuhan warga mereka dan menuduh puak pemisah Uighur yang
beragama Islam melakukannya, maka mereka telah menyediakan rakyat China dengan
satu bentuk sentimen membenci kepada orang Islam. Apa yang mereka perlukan
sesudah itu ialah satu lagi bentuk percikan api yang menyebabkan China
mengambil sikap anti Islam yang Amerika harap-harapkan. Disinilah sebahagian
cerita MH370 bermula.
Oleh : Imran Haaz
No comments:
Post a Comment