Wednesday, 2 April 2014

Kenaikan Harga Petrol RON95 Sebanyak 30 SEN Tengah Malam Ini ? @Sinaronline



Kenaikan Harga Petrol RON95 Sebanyak 30 SEN Tengah Malam Ini. ... subsidi 30 sen RON95 dan minyak naik kononnya tengah malam ini...

INI PENJELASAN.....nya

Tiada kenaikan harga RON95 tengah malam ini


Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi tersebut masih kekal RM2.10.

"Pasa masa ini, harga petrol RON95 di pasaran dunia adalah RM2.73 dan setelah disubsidi menjadi RM2.10 manakala diesel pula RM2.80 menjadi RM2 setelah disubsidi," katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rasionalisasi subsidi dengan mengurangkan subsidi minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen pada 2 September lalu.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek turut menafikan khabar angin itu.


Katanya, khabar angin itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment