Monday 26 March 2018

#DiMatamu Ternyata ramai di sini pernah dikecewakan #1st




Lagu yang diberi judul Di Matamu Official Music Video ini terbukti menarik minat masyarakat apabila ia menerima lebih 3 juta kali tontonan di YouTube sejak dimuat naik pada 22 Mach 2018 lalu menjadi paling trending di Malaysia.


kisah mereka dilihat semakin rancak diperkatakan apatah lagi apabila kisah putus tunang ini melibatkan ibu bapa kepada pasangan tersebut.
Selepas ibu kepada Elfira Loy membuat kenyataan bahawa wang hantaran tidak cukup punca anak perempuannya itu putus tunang, kali ini ayah El pula bersuara mengenai isu tersebut. Menurut ayah Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin beliau seolah-olah dapat merasakan hubungan anaknya bersama penyanyi, Sufian Suhaimi itu tidak akan kekal lama memandangkan ketika majlis pertunangan sahaja perjalanan majlis dilihat seperti tidak berjalan seperti apa yang dirancangkan.

P/S : semua orang boleh buat penilaian sendiri tentang kisah dalam lagu ni kan ? aku nak buat penilaian yang mungkin aku atau smua orang nampak dalam mv ni. ia tentang seseorang yang terlalu mencari kesempurnaan dan akhirnya terlepas kesempurnaan itu kerana ego nya sendiri semua orang pernah rasa btol tak ?

No comments:

Post a Comment