Wednesday 4 April 2018

Ketua UMNO bahagian di tahan Polis Positif ?

DATUK RIZALMAN AKUI BERADA DI KELAB HIBURAN 
UTK NYANYI TAPI TAK AMBIL DADAH

Ketua Umno bahagian Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar mengakui dirinya ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kelab malam, di Kuala Lumpur, pada awal pagi Isnin lalu baru-baru ini.

Dakwanya, dirinya disabotaj dan menafikan beliau menggunakan dadah meskipun ujian air kencing yang dijalankan oleh polis menunjukkan ia adalah positif.

Rizalman juga mendakwa kejadian itu adalah satu perangkap untuk menjejaskan peluangnya untuk menjadi calon BN bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak.

“Saya syak kemungkinan lebih daripada agenda politik, sama ada siapa yang lakukan saya tak pasti,” katanya pada satu sidang akhbar di ibu negara hari ini untuk menerangkan apa yang berlaku.

Rizalman berkata, kejadian yang berlaku itu sangat spesifik dan seakan dirancang oleh pihak tertentu berunsurkan politik dengan niat untuk menjatuhkan reputasnya sebagai pemimpin Umno di Bandar Tun Razak.

Menurutnya, beliau tidak akan sesekali meletakkan jawatan yang disandang susulan kes itu dan menyerahkan segalanya kepada pucuk pimpinan parti dan BN untuk membuat keputusan.
Menceritakan apa yang berlaku pada kiejadian itu, katanya, beliau ke kelab berkenaan untuk berhibur dan hanya mengambil kopi dan minuman ringan.

“Tiada minuman keras mahupun dadah. Itu yang saya pelik bagaimana saringan awal mendapati saya positif dadah.

“Saya boleh katakan ini perangkap kerana tidak mengambil dadah dan ketika ditahan pun saya normal serta tidak khayal,” katanya.

Disoal wartawan mengapa beliau memilih ke kelab hiburan berkenaan dan bukannya gerai di jalanan untuk berbual bersama rakan-rakannya, Rizalaman berkata, beliau gemar menyanyi.
I love to sing, so you can drag (?) with me,” katanya sambil mengakui sempat mendendangkan dua atau tiga lagu sebelum ditahan pihak berkuasa.

Kerusi Parlimen Bandar Tun Razak kini dipegang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim semasa bersama PKR pada pilihan raya umum ke-13.

Secara tradisi, BN menyerahkan kerusi itu kepada MCA untuk ditandingi tetapi akhir-akhir ini akar umbi Umno melobi agar kerusi majoriti Melayu itu diberikan kepada parti itu.

MCA juga telah menamakan Ketua Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Chew Yin Keen sebagai calon manakala Umno dipercayai mahu Rizalaman bertanding di kerusi berkenaan.

DIPETIK DARI MALAYSIAKINI

No comments:

Post a Comment