Saturday 7 June 2014

Barang Malaysia lebih hebat & Menjadi Pilihan Masyarakat Golok, Thailand. @KPDNKK


Pekan Golok (Thailand ) bersebelahan dengan pekan Rantau Panjang Kelantan. Apa yang mengejutkan, selain dari "syurga membelibelah" ia juga menjadi lokasi penyeludupan barang-barang subsidi dari Malaysia. Bekalan barangan tersebut yang dijual secara terbuka itu merupakan barangan subsidi dari Malaysia yang diseludup masuk ke negara ini.


Tinjauan di sekitar pekan Golok mendapati tepung gandum dan minyak masak peket satu kilogram begitu mudah didapati di pasar serta kedai-kedai runcit.

Lebih mengejutkan, bekalan barangan tersebut yang dijual secara terbuka itu merupakan barangan subsidi dari Malaysia yang diseludup masuk ke negara ini.

Malah difahamkan, tepung gandum cap Blue Key dan Bunga Cempaka menjadi antara produk 'wajib' ada di kebanyakan kedai kerana sering menjadi pilihan pembeli.

Seorang peniaga, Rogayah Abdullah berkata, harga tepung gandum dari Thailand kebiasaannya dijual pada harga RM2.10 hingga RM2.30 sekilogram. Sementara itu, katanya, tepung gandum dari Malaysia pula dijual pada harga RM1.60 hingga RM1.80 sekilogram. "Di Malaysia, harga asal tepung ini RM1.35 sekilogram. Walaupun saya sudah naikkan harga, ia tetap laris kerana masih murah berbanding tepung gandum dari Thailand," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang peniaga yang ingin dikenali sebagai Mai pula berkata, permintaan minyak masak dari Malaysia tinggi kerana dijual pada harga RM3.50 bagi peket 1 kilogram berbanding produk dari Thailand yang mencecah RM5 sekilogram.

"Produk Thailand biasanya dijual dalam botol, paling kecil pun dua kilogram, tidak seperti produk Malaysia yang dijual dalam peket satu kilogram. "Secara jujur, saya sebenarnya mendapat lebih banyak keuntungan dengan menjual barangan dari Malaysia," katanya.

Selain tepung gandum dan minyak masak, turut dijual berleluasa di kaki-kaki lima di sekitar pekan ini adalah petrol dalam botol seliter yang diseludup dari Malaysia. Seorang peniaga yang enggan dikenali memberitahu, dia menjual petrol dari Malaysia dengan harga RM3 sebotol.

"Petrol di Thailand dijual pada harga RM4.92 seliter. Sudahlah mahal, kami tidak boleh beli dalam kuantiti kecil dari stesen minyak. Sebab itu petrol dari Malaysia yang saya jual laku macam pisang goreng panas," katanya. Utusan.

Jika beberapa negeri di Malaysia berdepan kekurangan bekalan tepung gandum dan minyak masak, situasi sebaliknya berlaku di pekan Sungai Golok di sini apabila berlaku lambakan dua barangan keperluan tersebut.

Kenapa nak pertikai perkara ini... Sebebnar ini semua kesilapan kita. Kita yang membenarkan perkara ini berlaku. Kita ada banyak agensi yang boleh mengawal dan membenteras penyeludupan ini tetapi sayang penguatkuasaan kita gagal.

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment