Friday, 29 June 2012

PELARIS KEDAI : CARA UNTUK MENGESANYA




Bagaimana cara untuk mengesan kedai makan yang menggunakan pelaris syirik?

Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ini tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Jadi, bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut?

Cara mudah untuk tahu sesebuah kedai mempunyai pelaris (khadam jin) adalah denganmembaca ayat Qursi 3 kali di luar kedai. Sebaiknya semasa di dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri, puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam Ustaz Ismail Kamus ajar).

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "khadam" akan marah dan akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah sebegitu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir:

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith:

Ertinya: Baginda S.A.W telah berkata kepadaku: "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa Yang Disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 (Nuzhatul Muttaqin, no 1457, 2/229) At-Tirmidzi: Hasan Sohih, An-Nawawi: Sohih.

Sumber: Fitrihadi.com

e-disi Am : KEHEBATAN BULAN SYAABAN


Rejab sudah berlalu. Kini telah pertengahan Syaaban. Lambaian Ramadan 15 hari lagi. Kita belum terlambat untuk menceriakan hidup dengan keberkatan Syaaban.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili ra, berkata: Rasulullah bersabda, "Apabila masuk bulan Syaaban, (cerialah) dan sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Kita munajat dan berdoa seperti doa Rasulullah ketika masuknya Rejab:
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغّنا رمضان
"Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan"
Maksudnya: "Ya Allah Ya Tuhan kami, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan umur kami Ya Allah sehingga kami dapat bertemu dengan Ramadan."
Inilah doa tiga serangkai yang memadukan kemuliaan ketiga-tiga bulan yang sangat berkat ini. Tiga bulan inilah bulan medan perjuangan pejuang untuk membina jati diri, membentuk sahsiah dan memupuk kebersihan hati.
Selari dengan erti Syaaban iaitu berpecah-pecah atau berpuak-puak.
Pada zaman Jahiliyah, masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Rasulullah mengekalkan nama Syaaban sehinggalah sekarang.
Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.
Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya.
Diantara hadis yang paling masyhur ialah: Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?" Para sahabat menjawab, "Allah dan RasulNya lebih mengetahui." Sabda Rasulullah SAW, "Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali." (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Fadhilat Syaaban
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan.
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."

Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah SAW
Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)

Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban

1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.


BETUL KE....INI KERJA ORANG DALAM

twitter Jabatan Penerangan kena hack oleh pihak yang tidak bertanggungjawab!

Sila baca di bawah :


Di bawah adalah mesej yang dihantar oleh pihak tersebut :


BLOGSPOT :- SEJARAH YANG PERLU DIKETAHUI



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Berbalik pada tajuk asal . Pada tahun 2006 telah tercipta satu sejarah apabila majalahTIME menamakan komputer sebagai “Person Of the Year” atau tokoh tahun ini sekaligus menumbangkan beberapa individu terkenal yang sering ditonjolkan berdasarkan kepakaran dalam bidang masing-masing.  Perkembangan ini ternyata hasil daripada ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama penggunaan blog semakin diiktiraf di peringkat global.
Pengaruh blog dan blogger juga diakui telah memberi impak besar kepada keputusan drastik pilihan raya umum ke-12 lalu yang telah merubah senario politik Malaysia, begitu juga dengan kemenangan bersejarahBarrack Obama di dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat baru-baru ini.  Kini, tidak siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi serta tanggungjawab tersendiri dalam dunia maklumat.

Kira-kira 10 tahun dahulu, individu yang mengaku mempunyai laman blog sendiri atau menjadi penulis blog akan dianggap pelik seperti makhluk asing.  Kini, kita boleh membaca lebih kurang 500,000 blog yang diwujudkan oleh blogger di negara ini sahaja.  Kemuculan blog hanya hangat diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan lebih memberi fokus kepada blog politik.
Sebelum wujudnya blog, terdapat beberapa bentuk komuniti-komuniti digital yang agak popular seperti Usenetiaitu satu sistem perbincangan maya di internet.  Ia merupakan satu daripada sistem komunikasi rangkaian komputer tertua dan masih digunakan hingga ke hari ini.

Selain daripada itu terdapat juga perkhidmatan-perkhidmatan bersifat komersial dalam talian seperti GenieBIX dan CompuServe, senarai emel dan sistem papan bulletin (BBS).
Sejarah kemunculan blog dikatakkan bermula sekitar tahun 1983-1990an kesan daripada perkembangan penggunaan Usenet.  Ia merupakan perantara bersiri utama yang terangkum dalam takrif “Jaringan Sejagat” (WWW – World Wide Web) yang asal yang menonjolkan Kumpulan Berita Sederhana yang membenarkan semua pengeposan dikawal oleh individu atau sekumpulan kecil pengguna.  Kebanyakan kumpulan berita tersebut hanya merupakan forum-forum perbualan sederhana.

Pada tahuan 1994, Brian E. Redman dan beberapa orang rakannya telah mula menghantar bahan-bahan yang dipetik dari laman-laman web lain dari internet secara tetap dengan gaya penerbitan jurnal bersiri yang hampir sama dengan bentuk blog masa kini serta menonjolkan pautan ke laman-laman web berkaitan yang lain.
Pada tahun 1994-2001, blog era moden telah berkembang bermula dengan buku-buku diari harian dalam talian yang digunakan untuk menyimpan huraian selari tentang kehidupan peribadi individu.  Kebanyakan para penulis ketika ini telah menjadikan diri sendiri, wartawan atau penulis jurnal sebagai bahan rujukan.

Kelompok kecil penulis ini menggelarkan diri mereka sebagai eskribisionis (escribitionist).
Justin Hall yang menggunakan blog peribadi sejak tahun 1994 ketika masih belajar di Kolej Swarthmore boleh dianggap sebagai perintis blog yang awal bersama-sama rakannya iaituJerry Pournelle.  Pada peringkat awal, kebanyakan weblog hanya merupakan komponen-komponen laman web biasa yang telah dikemaskinikan secara manual.

Walaubagaimanapun, kemajuan teknologi telah memudahkan penghasilan dan pemeliharaan rencana-rencana web yang diterbitkan mengikut tertib kronologi terbalik oleh individu yang kurang mahir dari segi keupayaan teknikal.  Perkembangan ini akhirnya telah menyebabkan sebuah kelas penerbitan dalam talian yang terdiri berbagai rencana dan jurnal yang diakui pada hari ini sebagai blog.
Terkini, penggunannya telah dimudahkan lagi dengan bantuan beberapa perisian blog sepertiWordPress, Movable Type, Blogger, liveJournal dan DreamHost.

Istilah “weblog” buat pertama kalinya telah dicipta oleh Jorn Barger pada 17 Disember 1997.  Manakala singkatannya, “blog” pula dicipta oleh Peter Merholz secara tidak sengaja apabila beliau telah memisahkan perkataan weblog menjadi frasa we blog di palang sisi blog miliknya iaitu Peter.com pada April atau Mei 1999.  Ia telah diterima baik sebagai kata nama mahupun sebagai “kata kerja”,  dalam bahasa Inggeris “to blog” bermaksud “mengedit weblog atau menghantar pesanan ke weblog“.

Sejak itu jumlah laman blog telah menunjukkan peningkatan yang mendadak.  Sebagai contoh,  laman web Xanga yang dilancarkan pada tahun 1996 mempunyai hanya 100 kemasukan pada tahun 1997 tetapi jumlah itu telah menjadi lebih 20 juta pada bulan Disember 2005.  Pada bulan November 2007, enjin carian blog Technorati telah menjejaki lebih 120 juta blog dalam internet, angka yang meningkat dua kali ganda berbanding penemuan awal Januari tahun yang sama.

Thursday, 28 June 2012

Info AWAM: GELAGAT LELAKI "MIANG" DIRAKAM. AWAS !!!






GELAGAT SEORANG LELAKI YANG CUMA MERABA PENUMPANG WANITA DI RAKAM KETIKA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM.










e-disi Kantoi......... AKSI "PANAS" REMAJA KINI

BILA SELEBRITI BUAT MUNCUNG ITIK.........

asian girls duck lips posing 01

asian girls duck lips posing 02
Ngoc Trinh

asian girls duck lips posing 03
Zhao Wei

asian girls duck lips posing 04
Phuong Trinh

asian girls duck lips posing 05
Han Ga In

asian girls duck lips posing 06
Fan Bing Bing

HyunA sexy lips 01
Hyuna
HyunA sexy lips 02

HyunA sexy lips 03

HyunA sexy lips 05

HyunA sexy lips 04


Ini saja jalan penyelesaiannya:


Hahahaha.. just for Fun


elmerfudd hunts duckface  

GEMPARRR.. BILA BLOGGER TMK :DUKE OF UMNO MEMPERTAHAN Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.


Di sini K.K tak perlulah nak ulas panjang-panjang berhubung serangan sebuah PARTI yang berideologi KOMUNIS @ DAP yang di sokong pula oleh sebuah PARTI yang kononya memperjuangkan ISLAM (PAS). Padahal apabila seorang tokoh dan ahli Perniagaan Melayu yang banyak membantu sekolah-sekolah melayu (kebangsaan) di luar bandar,  diserang hebat oleh ahli politik DAP, di mana suara PAS....ahhhhhhh!!!! aku malas nak ulas... Korang baca lah apa yang Duke of UMNO nukilan :-

Aku dengar DAP dah mula serang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Paling hebat, diorang canang kat Penang bahawa Tan Sri Syed Mokhtar memiliki hutang sebanyak RM34.4 bilion..!!! Perghhh..!!! Banyak tuuuu..!!!

Rasanya, dah tentu ramai yang tertanya-tanya kenapa DAP serang Tan Sri Syed Mokhtar secara tiba-tiba, kan? Ye la...Tan Sri Syed Mokhtar tak pernah kacau orang. Dia orang business dan tak interested dengan permainan politik...

Dalam kajian sumber dalaman DAP, aku dapat tahu bahawa diorang serang Tan Sri Syed Mokhtar sebab beliau nak take over Penang Port dari Kerajaan. 

Penang Port tu bawah kerajaan, tapi mengalami kerugian lately. Nak tahu kenapa? Khabarnya Penang Port tu rugi sebab banyak kargo yang beroperasi secara "black market". 

Siapa dalangnya? Khabarnya ia didalangi oleh tauke-tauke Cina yang kebanyakkannya menyokong dan memberi dana kepada DAP. Bila Penang dapat kat DAP, maka makin seronoklah diorang sebab DAP memang dikatakan dah lama beraksi sebagai "king" dalam hal ehwal "black market" kat Penang Port tu..!

Sebab tu la Penang Port rugi sejak 3 - 4 tahun kebelakangan ni...

Atas sebab tu Kerajaan nak jual sebahagian sahamnya dalam Penang Port tu kat syarikat luar. Dan sudah tentulah saringan demi saringan dibuat...

Kalau nak serah Penang Port kat taikun-taikun Cina macam Robert Kuok, Vincent Tan dan sebagainya, dah tentulah makin teruk jadinya aktiviti "black market" kat Penang Port tu. Silap-silap, makin banyak kargo yang diorang "black market"kan.

Maka sebab tu la Kerajaan pilih TS Syed Mokhtar sebab beliau berniaga ikut undang-undang, bayar cukai, tak lari dari kastam, mempunyai empayar perniagaan yang meyakinkan dan sangat berpengalaman dalam shipping company.

Dalam erti kata lain, setakat TS Syed Mokhtar nak handle Penang Port tu.."sap sap sui" je...senang je padanya...cuma, yang jadi cabarannya ialah sudah tentu penyangak-penyangak yang lari dari bayar cukai dan operasi "black market" kat situ...

Ye la bro...bukan senang nak "putih"kan kawasan "hitam", kan? Maka sebab tu la dikatakan DAP serang TS Mokhtar...DAP tak mahu "lubuk duit haram" di Penang Port tu "dibersihkan" oleh TS Syed Mokhtar..! Lagipun, DAP ada banyak rahsia kat situ...heh!

Betul ke TS Syed Mokhtar ada hutang sebanyak RM34.4 bilion? Heh! Menipu sangat le tu! Sapa yang "baik hati" sangat nak kasi hutang sebanyak tu kat TS Mokhtar? Kalau RM34.4 juta tu mungkin la...tapi kalau RM34.4 bilion tuuuu...hanya orang takde akal je yang percaya..!

Kalau korang nak tahu, GLC sepenting MAS tu nak cari RM9 bilion pun susah! MAS terpaksa menyembah banyak agensi kewangan untuk cari fund untuk revive business MAS. RM9 bilion yang MAS dapat tu pun dalam bentuk sukuk! Kena bayar balik ikut perjanjian...

Dan logik sangat ke TS Mokhtar senang-senang je dapat pinjaman sebanyak RM34.4 bilion??? Bank mana yang nak lulus..??? Gila ke apa? Bodoh betul la sapa yang buat cerita fitnah tu...

Tapi tu la hakikatnya. Cina-cina DAP dok tabur jugak fitnah tu kat Penang. Yang paling menyedihkan, puak-puak PAS yang tak reti satu haram hujung pangkal tu tepuk tangan kat Cina tu. Bingai...sorry to say la...memang bingai pun...

Pada aku, TS Mokhtar adalah salah seorang ahli perniagaan yang sepatutnya menjadi ikon kebanggaan orang Melayu, termasuk aku. Memang aku tak kaya macam beliau, tapi aku salute TS Mokhtar sebab dia membuktikan bahawa anak Melayu boleh jadi hebat dan berjaya.

Tapi yang menyedihkan, ada juga orang Melayu yang jeles dan nak menjatuhkan TS Mokhtar. Korang pernah tengok ke orang Cina jatuhkan rakan-rakan pesaingnya yang lain dengan cara yang kotor? 

Korang pernah tengok Robert Kuok pedajal Vincent Tan atau Lim Goh Tong? Tapi, orang-orang Melayu yang tak sedar diri ni terlebih bijak pula bila terpengaruh dengan propaganda DAP nak jatuhkan orang Melayu sendiri...sedih, kan? 

Come on la bro...make up your mind la. Kita perlu supportive sesama kita untuk maju. Cuba tengok orang-orang Cina..diorang bersatu. Dan kenapa kita tak boleh ubah perangai dan contohi sifat baik yang ada pada orang-orang Cina? Belajar la berfikir dengan bijak sikit...please..!